Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Saturday, August 21, 2010

Mengunakan nafsu mengalahkan nafsu lain

Kesibukkan dan kebetulan beberapa hari kebelakangan ini terpaksa ke beberapa tempat membuatkan fokus saya kepada blog ini tidak dapat dilakukan. Tak kering idea untuk dikongsi bersama hanya tak cukup masa untuk menulis, kerana menulis ini bukanlah mudah bagi cikgu sains macam saya yang SPM BM sekadar kredit sahaja...

Anak saya berumur 6 tahun telah dilatih untuk berpuasa. hari pertama puasanya setakat pukul 3 petang, hari kedua al hamdulillah boleh sampai waktu berbuka. Esoknya sampai pukul 1 sahaja. Maknanya dia ini bergilir untuk dapat puasa penuh.

Suatu hari (lupa hari ke berapa) dia minta untuk berbuka dalam sekitar pukul 1.00 tgh. Saya mengalih perhatiannya dengan membenarnya menonton filem kartun yang saya download dalam PC saya.. (kebetulan PC saya menggunakan monitor HP 20" yang cukup cantik bagi paparan video walaupun saya hanya menggunakan kad NDIVIA GeoForce GT220)

Tak sampai 15 minit menonton dia meregek kepada ibunya untuk berbuka puasa...

Saya mula berpusing-pusing akal mencari akal untuk dia bertahan sehingga waktu berbuka. Memang sukar untuk latih anak yang baru berusia 6 tahun..

Saya tanya dia "Mursyid nak main games?"

Dia jawab ayah "Ayah pecat komputer" Jawapan ini adalah merujuk kepada saya yang telah menyimpan satu PC untuk anak-anak kerana dia orang tidak mengikut jadual bermain games pada PC. Lagi saya tak suka dia sorang elalu "berbalah" semasa bermain... itu menaikkan darah seorang ayah!!

Mursyid yang serius bila bergambar
Saya suruh dia senyum... Ini hasilnya membuatkan saya pula tersenyum!!

Saya mengaku walaupun saya ada banyak pc/notebook tapi jarang saya bagi anak-anak saya guna. Seminggu sekali itu kira sudah nasib baik. Walaupun perkara ini selalu meng'hantui' fikiran saya, tapi saya kuatkan tindakan saya dengan kata-kata dalam hati "Aku pandai komputer pun ketika berumur 21 tahun!!"

Kata-kata itu membuatkan saya bertindak tidak sewenang-wenangnya memberikan anak-anak saya "bermain" (saya lebih suka guna bermain daripada menggunakan) komputer. Sehingga anak saya akan mengambil kesempatan ke rumah bapa saudaranya untuk bermain games (PC), sedangkan komputer di rumah bapa saudaranya juga adalah pemberiaan saya kepada anak-anak beliau.

"Main pada notebook ayah" saya menjelaskan.

"Mana ada games" dia menjawab pantas. Dia sudah maklum saya tidak minat games. (nanti kalau ada masa aku dicerita lebih detail)

"Ayah letaklah" jawab saya

Dia terus datang ke meja saya. Saya pun buka internet dan cari laman http://www.miniclip.com/ ambil satu games mana yang tercapai. Games simple dan tak menarik langsung, terus saya berikan kepada anak saya dan pergi ke bilik sebelah (Bilik T rumah saya) menggunakan PC untuk buat kerja dan tidak menghiraukan apa dia orang buat pada notebook saya itu.

Tiba waktu berbuka, saya terus ke meja makan untuk merasai 'air tangan isteri'. Semua anak-anak bersedia kerana semua berpuasa melainkan Atiqah anak bongsu saya yang berumur 3 tahun.

"Mana Mursyid?"  Saya bertanya. Serentak abang dan kakaknya menjawab "Main games".


Nak azam ni.. masuk waktu berbuka. Mursyid masih lagi dalam bilik saya. Hanya dengan laungan "Nanti sekejap" Saya menjerit "Oii orang dah makan, masuk waktu buka dah"
Dia masih belum keluar.. Saya menjerit lebih kuat "Mursyid!!!"
Dia keluar dan datang ke meja makan....

Dalam hati saya terfikir "RUPANYA NAFSU BOLEH MENGALAHKAN NAFSU LAIN". Patutlah Iman Ghazali menulis dalam Kitabnya Minhajul Abidin ada menulis pasal 7 tanjakan dan nafsu adalah salah satu tanjakan tersebut....

Kata Iman Ghazali, nafsu ibarat kuda liar yang kita tak boleh matikannya tetapi jinakkan dia untuk diguna manafaatkan. Walahulam...

3 comments:

  1. http://1.bp.blogspot.com/_vKGPjwXYMu8/TG_EcE7fP3I/AAAAAAAAAOQ/3LGJxHD-SDY/s320/mursyid2.jpg

    siam goh r anok cg nih...

    ReplyDelete
  2. Nak azam ni.. masuk waktu berbuka. Mursyid masih lagi dalam bilik saya. Hanya dengan laungan "Nanti sekejap" Saya menjerit "Oii orang dah makan, masuk waktu buka dah"



    heheheeh...nak AZAM.....heheeheh

    ReplyDelete