Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.

Tuesday, January 29, 2013

Bagaimana nak setting Multi Boot pada Windows 8


Bila aku format semua komputer di Makmal aku dengan Windows 8, aku kena tahu banyak perkara remeh berkenaan dengan Windows 8. Setahun dulu aku pening nak cari butang 'Shut Down' (Sila baca di sini). Sekarang banyak lagi perkara remeh aku terpaksa menyesuaikan diri dengan Windows 8.

Dulu aku sebut aku simpan 2-3 baka windows XP sebagai kenangan dan ini menggunakan multi bootable. Aku juga buat multi boot pada notebook aku yang lama dan desktop dirumah aku. Soalannya bagaimana nak ubah setting pada bootable ini dengan menggunakan Windows 8?

Monday, January 21, 2013

Birthday: Hari ini 13 tahun lagi aku boleh pencen Cikgu!!

Dengan Notebook Acer TravelMate 430
Hari ini genap umur aku untuk 13 tahun lagi aku boleh pencen sebagai seorang guru. Tapi aku rasa aku nak pencen awal. Untuk pencen awal dan dapat pencen penuh aku hanya perlu 7 tahun lagi. Rasanya lebih selesa aku berada di rumah untuk meneruskan sisa hidup itu jika Allah panjangkan umur aku.

Hari ini kira hari ulang tahun aku, orang putih kata 'birthday'. Arab kata maulud. Nanti ada yang akan sambut Maulidur Rasul...

Thursday, January 10, 2013

Lagi pasal Install Windows Menggunakan USB Pendrive


[Update 10/1/2013 jam 9.40 malam] Bila saya menulis artikel berkenaan Pendrive digunakan sebagai Installer Windows 8 (baca di sini -- klik), ramai yang bertanya saya pasal bagaimana nak buat. Saya malas nak jawab banyak kali hanya saya nak beritahu, sangat mudah dan 'friendly'.

Sebaiknya-baik guna pendrive yang besar 8GB ke atas. Kaedah yang saya tunjukkan adalah menggunakan DISKPART dan DISKSECT iaitu penggunakan DOS (cmd - command prompt). Kenapa kita guna kaedah ini berbanding dengan menggunakan sofware sedia ada yang didownload?

Monday, January 7, 2013

Installer Windows Menggunakan USB PenDrive


Menggunakan USB Pendrive sebagai installer selain CD atau DVD telah lama berlaku. Semenjak awal tahun 2009 perkara ini telah dibahaskan di internet, pada masa itu berbasekan Windows XP. Ada yang bertanya kenapa sekarang baru macam nak heboh semula?

Jawab mudah sahaja.

Sekarang banyak notebook tak ada CD ROM. Lagi pun harga pendrive cukup murah. Saya baru beli pendrive Transcend 32GB hanya RM57 di Lowyat. Dulu siapa nak buat USB inataller XP sedangkan PenDrive 2GB berharga lebih daripada R80. Baik guna CD hanya 40 sen sahaja.

Tuesday, January 1, 2013

Rahsia Nasi Goreng Kampung Kambing



Hari ini, hari pertama ke sekolah setelah bercuti hampir 2 bulan... seronok pun dah mula hilang semenjak dua minggu lalu kerana persiapan untuk 5 orang anak bersekolah bermula dengan membeli pakaian dan pendaftarannya semalam. Hilang seronok pasal duit bonus semua habis ke situ!!

Saya bukan nak bercerita pasal sekolah tapi pasal NASI GORENG KAMPUNG - KAMBING yang saya posting 'saja-saja' di facebook malam akhir tahun 2012.

Related Posts with Thumbnails