Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Monday, August 27, 2012

Neil Armstrong menjejak kaki di bulan adalah satu perbohongan

Neil Armstrong, yang dikatakan orang pertama yang berjaya menjejakkan kaki di bulan, meninggal dunia 26 Ogos lalu. Bagi kebanyakan orang, Armstrong adalah seorang hero Amerika Syarikat (AS) yang melakukan misi sangat mustahil dan dia berjaya memenuhi visi mendiang Presiden John F. Kennedy yang ingin menghantar seorang lelaki US ke bulan sebelum akhir dekad tersebut.

Armstrong berjalan di bulan melaui paparan di televisyen dan disaksikan oleh 500 juta manusia empat dekad lalu. Ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mencetuskan harapan untuk manusia menjelajah ke ruang angkasa lepas selepas itu.


Hampir banyak tahun juga aku sebenar tertipu dengan "SANDIWARA' agung ini.

Kenapa aku kata begitu?

Adakah dalam Al Quran mengatakannya mustahil?

Tidak. Kalau kita dalami al Quran surah Ar Rahman ayat 33, Allah berfirman “Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” 

Maksud yang ditafsirkan oleh sesetengah ulama kekuatan itu ialah kekuatan peralatan untuk menembusi graviti antara langit dan bulan. Yang kedua kekuatan daya fikiran bagaimana mengatasi semua rintangan dan keiga ialah kekuatan kewangan.

Aku mengajar fizik dan memang aku mengajar topik tentang roket dan jet. Bagaimana roket berperingkat akan mengeluarkan peringkatnya untuk mengurang jisim bagi menambahkan kelajuan. Hukum Newton Ketiga dipratikkan dalam hal ini.

Habis kena aku tak percaya?

Notebook aku guna untuk menaip artikel ini  adalah jauh lebih canggih daripada Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS pada masa itu. Makna teknologi AS pada sekitar tahun 60an adalah terlalu kuno berbanding dengan komputer peribadi sekarang.

Sistem navigasi Satnav (mudah sebut GPS) diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.

Jadi kenapa sekarang tak ada misi ke bulan? Tak ada yang berlumba-lumba nak jejak kaki dan meletakkan bendera di bulan sebagaimana banyak negara berlumba meletak bendera di Gunung Everest hingga puluhan yang terkorban?

Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.


Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu.

Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun.

Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi.

Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan.

Saya ambil petikan berita daripada Agensi yang juga menunjukkan kepercayaan manusia menjejak kaki di bulan adalah dogengan US semata-mata meningkat kepada 11% pada tahun 2000.

Kini, ketika ulang tahun empat dekad misi bersejarah itu semakin hampir, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS mendapat malu apabila menyedari semakin banyak pihak sangsi dengan kejayaan menjejaki ke bulan.

Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB).

Menurut HB, Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS.

Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan.

Agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut.


Menurut mereka, bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang (lihat gambar di atas) tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya.

Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan.


Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang. (lihat gambar di atas)

Jelas HB, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu.


Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar.

Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap permukaan di bawahnya.


Namun, kenapakah terdapat tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan.

Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama.

Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan.

Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA.

Beberapa bayang kata NASA, hilang kerana permukaan bulan memiliki sifat pelik di mana cahaya akan dipantulkan dari arah ia terpancar.

Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.

"Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio," kata Bill.

Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil.


Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O'Leary berkata: "Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan."

Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.

Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB.

Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan.

Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung.

Aku percaya pasal itu Neil Armstrong memecil diri dan tidak banyak bergaul dengan masyarakat kerana 'terganggu' dengan sandiwara hebat ini.

Dalam hal ini ada juga kaitan satu tulisan yang menjadi kontroversi juga ialah “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah. Bersandar perkara ini ada pendapat Neil Armstrong memeluk Islam.

Walau bagaimanapun aku masih percaya Neil Armstrong tidak memeluk Islam seperti banyak tulisan-tulisan di internet. Oleh kerana terlalu panjang aku rasa aku malas nak ulas dan berdebat dalam hal ini.

Aku percaya Mekah adalah Pusat Bumi... itu akan aku sambung nanti.




8 comments:

  1. Sangat setuju dengan penulisan ini.

    ReplyDelete
  2. setuju jugok..zul memang payoh nok kecek

    ReplyDelete
  3. Benar sekali dengan tulisan tn,,jika benar begitu mudah manusia mendarat di bulan pada 20/07/1969,mengapa hingga ke hari ini Amerika atau Russia masih tidak mampu membuat penghataran & perkembangan ke Bulan?Memang masih ramai yang tidak dapat menerima tentang Neil Armstrong mendarat dibulan.

    ReplyDelete
  4. Habis Sheikh Muzaffar, betul ke?

    ReplyDelete
  5. Sheikh Muzaffar tu..bukan pergi bulan..tapi pergi Angkasa lepas..

    ReplyDelete
  6. Sebab apa tak pergi bulan? Economics, ramai rakyat us rasa program ni sangat membazir. Pergi guna berbillion2 dollar, tapi ada apa dekat bulan?

    ReplyDelete
  7. Memang amstrong pergi ke bulan sama juga sheikh muzaffar pergi ke angkasa lepas u all percaya pula kerana mereka banyak mengeluarkan wang dan tenaga untuk mencatat sejarah bukan untuk mencari keuntungan tapi cari nama dan sejarah dunia

    ReplyDelete
  8. saye orang pertama mendarat ke bulan..tidak mustahil dengan basikal tua jepunku...bila bangun subuh..rupanya bulan ada 2

    ReplyDelete