Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, February 9, 2012

Minat kumpul "Virus"

Dulu masa kecil aku suka kumpul tudung botol 'air gas' (air bikarbanat). Aku juga kumpul macam-mana benda. Tapi aku tak suka kumpul setem atau duit syiling lama. Abang aku Hamzah yang dah meninggal dunia suka kumpul syiling lama. Tapi malangnya duit syiling itu hilang entah ke mana? Kalau ada boleh buat duit tu, jual benda-benda lama!

Dalam banyak tudung botol, aku suka tudung 'Sungkist'.Aku aku buat cerita macam perang, tudung sungkist akan jadi hero....  Kickkapoo mesti jadi pembantu hero!!. he he

Rupa tabiat ini telah diwarisi kepada anak aku Muhammad Haziq Izanuddin, 10 tahun yang suka jenis pen atau marker. Kalau ada pen cantik dia akan ambil buat main-main macam lagakan antara pen tersebut... macam cerita Toy's Story lagakan Andy dengan Buck.

Pernah satu malam aku balik daripada 'sekolah' pukul 2 pagi. Bilik Haziq masih cerah... rupanya dia ber'koyal' dengan pen-pen aku... Aku masuk tanya nak main games?? Dia senyap aje.. Aku pun kata kalau nak main games ambillah notebook ayah..

Entah aku tak pasti sampai pukul berapa dia main 'games' di notebook aku... pasal aku keletihan terus tidur. Walapun anak-anak aku sukar main games di pc atau notebook seperti yang aku pernah tulis dulu, ada kala aku longgar dengan peraturan ini... dan kadang kala tindakan aku tak 'valid'

Bila dah dewasa aku kumpul benda lain pula, dan zaman teknologi IT aku mula kumpul virus.

Semasa aku ke Shah Alam dengan Ustaz Mahadi, aku ada cakap bahawa aku suka kumpul virus komputer. Aku simpan dalam disket dan jika dua virus komputer berada pada disket yang sama virus yang kuat akan makan virus yang lemah.

Aku tak pasti Ustaz Mahadi percaya tak, tapi rasa dia sekadar layan aku yang suka bercakap... Maybe Ustaz Mahadi 'peraie'


Sebelum aku buang benda-benda ini, aku rasa kalau engkau orang nak beli 'nantang virus' ini yang sudah pasti jarang diperolehi kerana mesti anti virus makan boleh e-melkan kepada aku. Eksklusif 'nantang virus' ini....he he

Dulu aku ada "Black Monday" antara yang ganas sekitar tahun 1989-1990. Tapi hilang entah mana. "Die_Hard" juga yang agak ganas sekitar tahun 1996. Banyak kedai komputer buat duit untuk buang virus ini.

Die_hard juga dikenali sebagai DH2. Masa tu windows 95 belum ada lagi. Cikgu Abdullah (PPD sekarang) dia ada beli CD di Singapore yang ada Installer 'Win95 Julai Realease'. Tak ada yang berani nak install windows ini. Semua orang sudah selesa dengan Windows 3.11. Jadi ada cadangan untuk intall win95 ini di PC aku kerana masa tu aku pakai pc DX2 66 RAM 8MB (bukan GB) antara PC terlaju di Dungun. Selepas install di pc aku daripada pukul 9 malam hingga 12 malam, Mat Yasin (sekarang Ketua Sektor) minta install pc dia pula, mula-mula kita orang tak nak... lepas tu pergi juga sampai 3 pagi...

Aku cuba, DH2 ini di pc aku. Aku gelak pasal virus ini macam 'cool' aje. Aku pun cakap virus DH2 tak tahu OS Windows 95. Esok pagi bila aku buka pc aku 200 lebih fail aku dimakan oleh virus DH2... celaka punya DH2, nampak macam lembab dengan OS win95 tapi masih ganas lagi.

Pernah juga simpan "DENSUKO" sekitar tahun 1984 antara virus awal, masa tu harddisk belum ada lagi di pasaran. Monitor pun masih monocrome.

Ada orang kata ada 'virus komputer' macam ada 'hantu raya' boleh khianat orang... jadi aku dah lama simpan 'nantang virus' ni, jadi kalau ada yang nak 'saka' ni bolehlah contact aku...

1 comment:

  1. nok bli 'nantang virus' tu cikgu... nok khianat ke orang

    ReplyDelete