Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, February 25, 2011

Kod QR

Kod QR adalah sejenis kod bar generasi kedua. Sejenis 'penyimbolan' dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat di negara Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar biasa kerana kod ini mengandungi maklumat secara menegak dan mendatar. Penggunaan Kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alam handphone.

Aku pun sebenarnya tak tahu sangat pasal kod ini, kebetulan semasa kita orang menjadi hakim "manipulasi" (pak kaduk) oleh pihak kerajaan Negeri Terengganu dalam pertandingan laman-laman Perlacongan Negeri Terengganu suatu masa dulu RizalHanafi ada membuka idea pasal perkara ini. (Nanti kalau ada masa aku akan tulis pasal hakim Pak Kaduk.. tapi nak tahu cerita panjang tanyalah Ustaz Mahadi.. dia Bapak Kaduk!!)

Dunia moden yang serba maju hari ini memerlukan data atau maklumat disimpan dalam bentuk yang lebih kecil tapi mempunyai ciri-ciri ketepatan, sistematik dan mudah. Oleh itu kod QR atau kod 2 dimensi ini boleh menepati kehendak semasa kerana maklumat boleh dicetak dalam saiz yang kecil tapi mudah dibaca.


Kod rekaan 2D ini sebenarnya direka untuk memudahkan dikesan dengan alat pengimbas.


Jika anda ada handphone yang agak canggih, anda akan jumpa QR kod dan boleh imbas kod yang aku buat di atas sekali. HP anda akan boleh baca URL blog ini dengan mudah. Selamat mencuba...

Oh ya aku terlupa..
sebelum tu engkau orang nak tahu juga macam mana nak cipta kod ini. Ini salah satu website yang boleh buat kod ini.

http://qrcode.kaywa.com/


4 comments:

  1. zul.. pakai blackberry ada mende ni.. wakakakaka...

    ReplyDelete
  2. D, HP aku dok jenis...
    Nyaknya ke aku boleh kabor je!

    ReplyDelete
  3. cikgu..mintak izin sharing info ni kat blog saya ye....halalkan

    ReplyDelete