Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, September 8, 2010

Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu yang menyedihkan..

Taklah begitu kerap saya mengindap di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Dulu kira-kira tahun 2000 saya mengetuai satu kumpulan fasilitator ICT bagi kursus TMK kami beberapa kali menggunakan Hotel ini. Kita orang buat 6 siri serentak di 6 buah hotel/resort di sekitar Kuala Terengganu dan Setiu.

Memang pada masa itu menyedihkan juga, tuala pun tak sempat nak dipulangkan kerana proses dobi yang tak begitu baik. Saya cukup "respek" kepada pengurus Hotel Primula bukan sahaja perkhidmatannya baik, harga tawarannya murah dan boleh bagi akhbar pula tu!!

Apa yang saya nak tulis pada hari ini ialah bagaimana Hotel ini menyediakan Bilik Solat untuk umat Islam bersolat... Saya rasa isteri saya tak akan setuju sebab setiap kali saya pergi ke mana dia selalu mencadangkan Hotel Seri Malaysia...

Masa saya di Kepala Batas, saya meraung dalam FB minta tolong Pak Lah carikan tempat untuk saya bermalam.. Isteri saya cadangkan kami ke Seri Malaysia Sungai Petani, kira-kira 15 km sahaja drp Kepala Batas.

Saya tanya kenapa, tak ada yang lain ke? Jawapannya mudah Seri Malaysia aje yang dia tahu.


Bilik Solatnya diubah suai daripada satu bilik di grandflour tak ada "air-cond" pula tu. Cukup menyedihkan bagi hotel kebangaan rakyat Malaysia dengan slogan "Gunalah Barangan Buatan Malaysia" terutamanya untuk bumiputera..





















air cond rosak tak dibaiki


Tempat wuduk bertakung air, macam seolah-olah tak ada servis langsung.


Mengakhiri tulisan ini, kalau rasa payah sangat nak buat kebajikan kepada umat Islam, ingin saya berpesan kepada pengurus hotel ini kenakan bayaran setiap pengguna mungkin duit ini boleh tampung kos pengurusan bilik solat ini... Apa macam?? Orang kampung Pulau Sekati pun mampu menyediakan tempat solat yang baik, walaupun belajar tak lulus SRP!!!


2 comments:

  1. Cuti persekolahan pertengahan tahun yang lalu kami sekeluarga pergi ke Melaka. Kami menginap di Hotel Seri Malaysia kat Ayer Keroh. Fully book. okay. makan pun okay. Mungkin kat trengganu ramai orang pilih chalet kut. tu yang hotel seri malaysia tak berapa nak laku. sekarang ada apartment baru kat kuala terengganu. Sumai Apartment. Cantik dan sesuai untuk family. Ada wi-fi lagi....

    ReplyDelete
  2. Sumai makan x ok. Kalau hujan boleh masuk air sekitar coridor...

    ReplyDelete