Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Saturday, October 3, 2009

Ummi sahaja boleh ke pasar minggu

Sebut sahaja pasar minggu, memang ramai dikalangan kita suka ke sana. Apatah lagi yang muda. Katanya di sana boleh lihat orang. Boleh jumpa orang. Boleh "tegok" ragam 'orang-orang' yang tak macam orang!

Aku daripada dulu sampai tua, memang tak berapa suka ke pasar minggu, rimas.. Dulu kalau ke pasar minggu hanya untuk lihat "baju baddle". Dulu di Pasar Minggu SuraGate baju bandle di buka di situ daripada guni, semua boleh pilih yang terbaik kalau cepat. Sekarang guni telah dibuka, tokei pun dah kategorikan mengikut harga.


Bila lalu aje di Hadapan Pasar Minggu, anak aku akan berkata "Ayah pergi Pasar Minggu". Aku sepintas akan menjawab "Ummi sahaja yang boleh ke PAsar Minggu". Anak perempuan aku yang tua akan tertanya-tanya kenapa? Dan dia selalu mengulang untuk ke Pasar Minggu.

Jawapan aku pun masih sama "Ummi sahaja boleh".

Dia nampak tak puas hati. Aku pula tak pernah memberikan penerangan kenapa. Aku harap dia berfikir. Anak yang berumur 9 tahun mana boleh berfikir jauh mendalam.

Aku rasa dia misteri dengan jawapan aku. Dia terdiam dalam keadaaan tidak puas hati dengan aku. Aku tahu jiwa memberontak didalam. Aku tidak terfikir untuk menceritakan logiknya....

Sekarang zaman H1N1, semua orang mengenakan mask untuk keluar. Yang aku nak tergelak kepala tak tertutup tapi mulut tertutup. Tak tahu mana satu wajib dan tanggungjawab. Dulu sudah akhir zaman manusia tidak boleh mencapai apa yang dinyatakan oleh Rasul dan Allah.

Aku terfikir dulu Rasulullah s.a.w. bersabda kota Konstantinopel akan di tawan oleh orang Islam. tahukah kita bahawa kota Konstantinopel di tawan selepas 600 tahun Rasulullah s.a.w wafat di zaman Sultan Muhammad Al Fateh. Aku juga terfikir mungkin ada orang Islam yang munafik hatinya di zaman itu mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w hanya bercakap kosong.

Bayangkan 100 tahun selepas Rasulullah s.a.w wafat, tak ada pun berlaku!! Maka mulut celupar akan mempermainkan ajaran Rasulullah s.a.w. Sekarang pun ajaran dan sunnah Rasulullah s.a.w. selalu dipandang sinis!!

Semoga Allah memberkati usaha sedikit kita dalam mencari kerehaanNya...

Aku serta gambar isteri aku untuk jawapan misteri yang tak boleh difikirkan oleh anak sehingga sekarang!!

3 comments:

  1. Blog yang menarik, Tp lama tak update blog ni. Bila nak update cikgu...?

    ReplyDelete
  2. salam...nak tahu isu dan berita di Dungun juga arkib berita silalah ke disekitardungun.blogspot.com

    ReplyDelete