Engkau orang bayangkan, aku masuk bilik perbincangan 8.30 pagi keluar pukul 5.30 petang. Nasib baik berpuasa dan musafir, solat pula boleh boleh jamak. Kalau tak bulan puasa hari JPNT kena buat beberapa siri.
Aku juga ada sedikit syak, JPNT sengaja panggil bulan puasa pasal nak jimat duit ni!!!
Sebut pasal musafir, aku terfikir kenapa Tuhan bagi kita boleh berbuka puasa jika musafir, sedangkan perjalanan musafir taklah jauh sangat. Aku tak berbuka, tapi diharuskan berbuka bila musafir. Nabi menyebut perkara ini. Takkan perjalanan 3 jam aku harus berbuka? Benak kepala ini berpusing-pusing memikirkannya secara logik, sebagaimana aku berfikir logik dalam programming PHP dan MySQL.

Fikiran aku terjawab bila aku berfikir kalau aku musafir dengan kapalterbang. Ya kapalterbang. Bayangkan kalau aku bertolak daripada KL ke US pukul 4.00 petang, sepatutnya 3 jam lagi aku boleh berbuka. Tiba-tiba sampai di US baru pukul 11.00 pagi. Ada 8 jam lagi... nak mampus.
Perbahasan ulama mengenai berbuka dan nampak matahari juga menarik perhatian aku. Ada yang menyebut jika masih nampak matahari kerana rumah berada di bukit yang tinggi tidak boleh berbuka puasa walaupun orang di bawah telah masuk waktu berbuka kerana tidak nampak matahari.
Aku pula berada di atas Kapal Terbang?? Engkau orang fikir sendirilah..

Rupanya walaupun Tuhan membenarkan musafir berbuka di zaman unta, tetapi Allah itu maha Kuasa dan maha Mengetahui... tentang perjalanan kapalterbang yang tak tefikir oleh mereka sezaman dengan Nabi s.a.w.
Aku sebut zaman unta, pasal kalau orang nak perli kita mengikut sunnah dia kata kita ikut zaman unta. Hanya yang ingkar sahaja cuba menjauhkan perintahNya!.
Tadi aku cerita pasal berada di Demong Resort; 14 September aku balik dan 15 September aku ke sekolah. Tiba di sekolah aku lihat di bawah meja aku ada satu bungkusan. Aku ambil dan bawa balik. Bungkusan itu adalah sehelai kain pelikat bercorak seperti batik. Corak moden kononnya...
Corak ini mengginggatkan kembali "nostagia" aku semasa mengajar di Sarawak 15 tahun yang lalu. Orang Sarawak dah pakai pelikat macam ini. Cina-cina Sibu, satu pekan mini Hong Kong pun banyak menjual kain seperti ini. Aku juga membelinya pasal masa itu aku nak buat "ek" di Semenanjung, bila balik kampung nanti. Asal kain ini daripada Kalimantang.
Aku cerita semua ini, bukan bertujuan nak menghina pemberiaan ikhlas seorang guru "cemerlang" sesekolah dengan aku, tapi aku nak tergelak pasal kain pelikat ini. Sebabnya seminggu sebelum itu bini aku ada bawa balik kain pelikat seperti ini, aku gelak dan tak lihat pun bila dia suruh aku buat pilihan mana yang berkenang.
Aku jawab tak nak jadi perempuan... aku ketawa. Aku bukan tak berkenang sebenarnya, tapi malas nak layan kerenah bini aku yang memang semenjak kahwin sampai sekarang kami tak pernah sepakat pasal warna, corak dan design. Itulah manisnya berumah tangga boleh bergaduh hari-hari... Orang bujang macam beberapa orang cikgu di sekolah aku mana tahu. Gaduh dengan "bantal golek", apa dapat?

Terima kasih kepada pemberi kain pelikat tersebut semoga Allah membina satu mahligai di taman-taman syurga yang akan menjadikan anda seorang jutawan (jutawin) di bulan ramadhan ini dengan pelaburan yang cukup besar seperti yang dijanjikanNya.
Janji Allah... tiada janji seadanya.
Janji Allah... tiada janji seadanya.
No comments:
Post a Comment