Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, September 17, 2009

Petang datang lagi ke sekolah!

Aku balik ambil anak. Bini aku tak boleh ambil pasal dia ada mesyuarat. "Tepat pukul 2.00 petang jangan lewat! Ini bulan puasa nanti budak tu berjalan kaki." Pesan yang merupakan arahan kepada aku yang selalu "makngal".

Ya ke?
Semalam dah berjalan sampai keluar jalan besar, tegas bini aku. Patutlah selepas berbuka puasa yang darjah satu terus tidur sampai sahur, mandi pun tak!

Soal "makngal" menginggatkan aku bagaimana anak aku yang berumur 5 tahun berjalan kaki balik ke rumah di Kg Bunga Raya dari Kg Bukit Chatak, sedangkan dia ini tak pernah berjalan sejauh itu. Aku sepatutnya ambil dia pukul 12.00 tgh selepas habis pro sekolah di Pasti Kg Bukit Chatak 1.

Hari itu aku macam nak gila tercari-cari di merata tempat termasuk rumah "Pak Saudara dia", rumah kawan-kawan dia (mana tahu kecil-kecil dah pandai berkawan) dan bertanya mana-mana van yang mungkin menumpang. Hati lega bila Bibik beritahu dah balik rumah terus minta air..

Ok setakat ini dulu "induksi"nya, balik cerita tadi. Sampai ke rumah baru nak mandi dapat telefon daripada sekolah ada orang GITN datang nak pasang line untuk kewangan. Aku cakap pukul 3.00 petang nanti aku pergi semula. Lagipun masa aku balik ambil anak aku tinggal notebook di sekolah. Memang nak ke sekolah tapi tak rancangan awal sangat.

Pukul 3.20 petang aku baru sampai ke sekolah. Lihat En. Shahidan yang menjadi pertugas GITN bahagian pemasangan. Shahidan ni anak murid aku di SMKSO. Dia mesti tahu perangai aku. Aku dulu Ketua Guru Disipin di sekolah SMKSO yang sesetengah orang kampung alor Tembesu panggil "Sekolah Menengah Kebangsaan Sakit Otak". Lihat aku terus dia minta skru rak. Walaupun aku tegas dulu sebenarnya aku mesra. Ni mesti nak bermanja dengan bekas cikgu dia. Dalam hati aku "kupik" betul GITN, buat kerja sedikit untung sahaja nak banyak.

Selepas dengan Shahidan, aku balik ke Makmal untuk print slip Percubaan PMR. Sambil print aku tertidur dan terkejut hampir pukul 6.00 petang. Aku terus solat dan balik...

Nampaknya Makmal ICT masih sebagai rumah kedua ku...

No comments:

Post a Comment