Sepintas lalu, seungkap catatan..
| Home | Keluarga | Sekolah | Pelajar | Tips | Software | Coretan | Santai
| Resipi
| Loyar Buruk
| Agama
| Admin | Keluar |
Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..
Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...
Thursday, August 4, 2016
Bahaya Merkuri (Raksa) & Salah Anggap
Sebentar tadi anak aku tingkatan 4 di sekolah Arab telefon bertanyakan tentang bahaya merkuri. Dia dalam keadaan macam tertekan kerana dia sentuh thermometer yang pecah itu dan rakannya 2 orang pegang ceceiar merkuri tersebut. Dia makin tertekan kerana cikgu dia kata boleh bawa mati. Kita tak boleh salahkan cikgu 100% kerana cikgu pun tidak didedahkan secara khusus tentang bahaya serta penyelanggaraan merkuri.
Wednesday, May 18, 2016
Maggie Telur Dadar
Lama aku tak makan maggie. Kebetulan ada lihat video masak maggie dengan pelbagai kaedah termasuk maggie dengan milo. Aku terlintas nak masak maggie. Seperti pernah aku tulis dulu anak-anak aku di"haram"kan makan maggie. Pasal tu kalau boleh makan maggie dia orang rasa macam makan pizza atau apa-apa makan yang spesial.
Tuesday, April 19, 2016
Pemakanan Sunnah?? Apa yang anda faham?
Minggu lepas 12 April ada Usrah Wadiyyah sekolah aku; satu acara ko-kurikulum setiap Selasa kalau tak ada perhimpunan koko.
Bila aku lihat aje teks usrah "Pemakanan Sunnah" aku mula terbayang ni mesti makan kurma, kismis, madul, delima... tapi bila aku buka fail rupanya tidak seperti yang aku fikirkan. Aku ni 'kaki kritik' tak boleh silap... teruklah..
Monday, February 1, 2016
Kembali Menjadi Guru Disiplin
Dulu 1996 aku pernah dilantik menjadi Ketua Guru Disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar (SMKSO). Banyak kenangan menarik sebagi guru disiplin. Hanya yang pernah jadi guru disiplin boleh merasainya. Macam orang makan ikan "semah" dia aje tahu bertapa nikmatnya ikan tersebut.
Friday, January 29, 2016
Terkenang Ikan-ikan Di Kapit
| Ikan Semah (spesis Kelah) dan Empurau (tengah) |
Thursday, January 14, 2016
Telegram dulu dan kini
Masih ingat lagi selepas 'Whatsapp' keluar pula application 'Telegram'. Ada seorang guru yang berumur diminta untuk buat telegram bagi memudahkan komunikasi. Dia menjawab saya perlu ke Telekom ke?
Kami gelak... Bagi pelajar dia tak faham, tapi bagi kami yang hidup sudah berumur kami faham apa yang dimaksudkan oleh cikgu berkenaan.
Wednesday, December 30, 2015
Nasi Goreng Pataya Recycle
Sarapan pagi seperti nasi goreng kadang kala tak dihabiskan oleh anak-anak kita. Mereka bukan macam kita zaman dahulu.... nasi goreng, jemput, lempeng, tepung kapur adalah makan yang tak pernah tidak ada... malah ada yang setiap hari makan nasi goreng atau jemput.
Untuk mengatasi masalah nasi goreng yang mungkin basi jika tak dimakan, saya ada satu cara yang paling mudah.
Subscribe to:
Posts (Atom)


