Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, December 30, 2015

Nasi Goreng Pataya Recycle


Sarapan pagi seperti nasi goreng kadang kala tak dihabiskan oleh anak-anak kita. Mereka bukan macam kita zaman dahulu.... nasi goreng, jemput, lempeng, tepung kapur adalah makan yang tak pernah tidak ada... malah ada yang setiap hari makan nasi goreng atau jemput.

Untuk mengatasi masalah nasi goreng yang mungkin basi jika tak dimakan, saya ada satu cara yang paling mudah.


Panaskan PAN (bukan parti). Walaupun tak melekat baik tabur sedikit minyak supaya mudah untuk kerja untuk pembungkusan telur nanti.


Curuhkan 2 biji telur yang telah dikepuk dalam PAN.



Masukkan nasi goreng yang habis dimakan ke atas telur. Kalau ada sayur tak habis pun boleh masukkan sekali.


Lipatkan telur (walaupun tak sempurna tak apa pasal kita nak telengkupkan nanti). Ambil pinggang telengkupkan atas PAN tadi. Kemudian tonggengkan pinggang atas tapak tangan dan PAN di atas pinggang.

# AMARAN jangan cuba balikan telur dengan sodek atau apa-apa nanti terkoyak. Telengkup pinggang dan tonggongkan kuali dengan itu bahagian terlipat tertutup di bawah.


Akhirnya hidangan siap. Letakkan sedikit sos dan atau apa-apa hiasan. Mesti anak anda akan makan nasi goreng tersebut. Lagi bagus hiriskan sosej nipis-nipis taburkan sedikit di atasnya.











No comments:

Post a Comment