Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Saturday, May 29, 2010

Halal betul ke ni?

Koperasi sekolah menjual air dan air paling digemari ialah C2U Clean & Cool. Saya semasa mengawas pepeperiksaan di kelas 1 IBS 2, nampak botol air ini terlalu banyak dibelakang kelas, lalu saya ambil gambar satu daripadanya..

Air ini adalah air Teh berperisa Epal, Oren dan Anggur.

Tanda halal Malaysia, JAKIM agak berbeza dengan tanda halal ini... saya kurang arif. Ini kena tanya ustaz.. Macam mana ustaz?

Penjaga Gol..

Anak keempat Muhammad Mursyid, 6 tahun telah mewakili PASTI Dungun dalam Sukan PASTI Negeri yang diadakan di Besut.

Suara sinis ada mengatakan bapanya tak pernah turun padang bermain anaknya menjadi permain daerah malah dipilih pula sebagai penjaga gol negeri mewakil PASTI Terengganu yang akan berlangsung pada 26 Jun nanti..

Hari Jadi Muizzuddin..

18 Mei 2010 adalah hari jadi anak saya yang solong yang ke-11. Ini bermakna dah 12 tahun saya kahwin.

Muhammad Muizzuddin adalah anak yang tegas, "mu'sang" dan ada kala panas baram. Orang kata 'nurun' saya. Tapi rasanya saya cool aje.. Mungkin nurun mak dia kot!

Thursday, May 13, 2010

Projek Lan Sekolah

Hari ini saya baru hadir ke sekolah, setelah 3 hari di PSPN, Marang untuk menyiapkan beberapa masalah kecil berhubung dengan program E-pantau SPM Online.

Al-Hamndulillah walaupun agak lewat sedikit, hampir pukul 7.40 baru sampai. Semua berjalan dengan baik.

Kelas berjalan separti biasa, saya dah mula mengajar CorelDraw X5 kepada pelajar tingkatan 1 dan 2. Saya rangkau sekali untuk selibus tingkatan 1 dan 2, kata orang mudah taip dalam buku rekod mengajar. Buku Rekod mengajar dah hantar macam biasa, harap istiqamah dan menyenangkan Cikgu Ghani... taklah perlu datang tepuk bahu!

Related Posts with Thumbnails