Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, May 13, 2010

Projek Lan Sekolah

Hari ini saya baru hadir ke sekolah, setelah 3 hari di PSPN, Marang untuk menyiapkan beberapa masalah kecil berhubung dengan program E-pantau SPM Online.

Al-Hamndulillah walaupun agak lewat sedikit, hampir pukul 7.40 baru sampai. Semua berjalan dengan baik.

Kelas berjalan separti biasa, saya dah mula mengajar CorelDraw X5 kepada pelajar tingkatan 1 dan 2. Saya rangkau sekali untuk selibus tingkatan 1 dan 2, kata orang mudah taip dalam buku rekod mengajar. Buku Rekod mengajar dah hantar macam biasa, harap istiqamah dan menyenangkan Cikgu Ghani... taklah perlu datang tepuk bahu!

Pagi lagi Na dah mulai memberikan laporan Projek Lan yang tidak memuaskan hatinya. Saya dengan Na tinjau setiap sudut di rangkaian tersebut untuk melihat mana-mana yang dirasai tak menempati seperti perjanjian kontrak.


Lihat sahaja bagaimana pendawaian di bilik HEM. Ter'bogel' macam ini. Ada elektrik, kalau tersilap Cikgu Ghanami tersentuh, jawabnya kenalah beli limau melawat Cikgu Ghanami...


Al Hamdulillah, ini AP (Acess Point)di sebelah bilik guru. Yang ni saya janji dengan Cikgu Wahab.. untuk selesaikan masalah line slow di sekitar bilik guru belakang. Kalau tidak kena lari bogel saya... he he.. taulah Cikgu Wahab punya pukulan.

Semua berjalan dengan baik, dia orang janji akan pasang semula mana-mana yang saya tak puas hati hari Sabtu ini. Aku setuju pasal Sabtu ini saya tak ada lagi di sekolah. Cikgu Zamlah yang kena..

Balik pukul 6.30 petang.. lapar perut terus makan tengahari dan tidur bangun 7.30 dah maghrib.. orang kata tidur maghrib masuk hantu..

No comments:

Post a Comment