Macam-macam jenis tanda tangan. Ada juga rekod tanda tangan paling lebar di dunia yang telah di sahkan dalam dokumen rasmi. Rasanya men'jelir' nak buat u-turn kelebarannya.
Sepintas lalu, seungkap catatan..
| Home | Keluarga | Sekolah | Pelajar | Tips | Software | Coretan | Santai
| Resipi
| Loyar Buruk
| Agama
| Admin | Keluar |
Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..
Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...
Saturday, June 25, 2011
Evolusi tanda tangan
Tanda tangan, orang putih sebut signature yang berasal daripada perkataan Latin, signare yang bermakna "kepada tanda".
Macam-macam jenis tanda tangan. Ada juga rekod tanda tangan paling lebar di dunia yang telah di sahkan dalam dokumen rasmi. Rasanya men'jelir' nak buat u-turn kelebarannya.
Macam-macam jenis tanda tangan. Ada juga rekod tanda tangan paling lebar di dunia yang telah di sahkan dalam dokumen rasmi. Rasanya men'jelir' nak buat u-turn kelebarannya.
Thursday, June 23, 2011
Sifu photography cLub ! *SMKtiz*
Semenjak Cikgu Zainal (orang panggil di Uncle, tapi aku panggil dia Mie. Kami asal satu kampung kebetulan rumahnya dengan rumah aku tak jauh) datang ke IZ aktiviti fotografik agak meriah di sekolah aku.
Mie tak 'lokek' untuk mengajar malah dia juga mudah bagi kamera SLRnya kepada pelajar untuk mengambil gambar. Ada cikgu tanya tak bimbang jatuh ke? Dia jawab selamba, saya masukkan tali pemenggang dileher pelajar, selagi dia tak ditanggalkan kamera itu takkan jatuh!
Mie tak 'lokek' untuk mengajar malah dia juga mudah bagi kamera SLRnya kepada pelajar untuk mengambil gambar. Ada cikgu tanya tak bimbang jatuh ke? Dia jawab selamba, saya masukkan tali pemenggang dileher pelajar, selagi dia tak ditanggalkan kamera itu takkan jatuh!
Friday, May 27, 2011
Adobe Illustrator CS5 atau CorelDRAW X5?
Soalan ini selalu bermain dalam fikiran pengguna komputer dan ramai yang tak boleh menentukan mana yang lebih baik kerana mereka telah di'lahir'kan dalam suasana yang tak boleh membuat judgment. Maksud saya kalau orang Melayu tanya mana lebih baik jadi Cina atau Melayu? atau mana lebih baik jadi Melayu atau Arab?Bagi orang Malayu akan kata Melayulah lebih baik. Begitu juga pengguna software komputer, jika dia pengguna Adobe tentu sudah Adobe akan dikatakan lebih baik.
Sunday, May 22, 2011
CorelDraw X5 atau Corel DESIGNER X5?
Soalan ini aku terbaca di internet dan aku terasa nak juga tahu "menantang apa" lebihnya Corel DESIGNER ini? Sebelum ini minda aku tertutup Corel DESIGNER hanya untuk grafik teknikal termasuk buat pelan dan kejuruteraan sahaja (untuk CAD).Aku mula download, Corel DESIGNER Technical Suite X5 daripada laman asalnya hanya sekitar 807MB sahaja.
Bila nak install, kena buang CorelDraw yang tersedia ada. Rupa-rupa pakej ini telah ada dengan CorelDraw sekali.
Saturday, May 21, 2011
Windows 8
Catatan: Artikel ini aku dah tulis dalam laman sekolah pasal blogspot.com mengalami gangguan. OkHari ini nak buka blog tak boleh kerana www.blogspot.com mengalami gangguan. Jarang berlaku pada syarikat besar ini mengalami gangguan yang agak lama. Untuk itu saya mengambil kesempatan menulis di laman www.Aizek.Net yang kini kurang dikemaskini dengan berita-berita sekolah.
Aktiviti sekolah memang banyak, tapi pemberitaan masih lagi tak begitu kemas. Rasanya ini adalah cabaran kepada cikgu-cikgu bahasa dan khususnya kepada Panitia Bahasa. Takkan orang sains pula yang menulis?
Sayur lemak jambu golok
Minggu lepas emak saudara aku bagi buah "jambu golok" kepada isteri aku. Kata dia aku suka makan sayur jambu golok. Isteri aku bawa balik dan menyebut kepada aku. Aku sekadar terdiam. No komen..Jambu golok kata orang Terengganu, Gajus bahasa standard. Orang Kelantan kata buah ketereh. Janggus ada juga disebut.
Daunnya boleh dibuat ulam. Ada juga yang guna daun untuk menghilangkan hamis pada daging kambing. Aku pernah tulis pasal masak ikan haruan dulu. Daun ini digunakan baik untuk membasuh dan membuang lendir pada ikan haruan.
Monday, May 9, 2011
Sony Vegas Pro 10
Semalam aku baru terperasan bahawa Sony Vegas Pro telah mengeluarkan versi baru. Bukan sahaja baru malah dah versi 10d iaitu yang keempat daripada versi 10nya.Memang kebelakangan ini, aku kurang buat projek video. Tahun ini hanya satu sahaja video klip iaitu majlis penutupan program Adab. Itupun banyak dikendalikan oleh Cikgu Zam.
Macam biasa versi terbaru dikalangan pembuat software video utilities sekarang menumpukan kebolehan membuat video dalam versi 3D.
Subscribe to:
Posts (Atom)

