Part 1 aku ada cerita pasal DOS, IBM 386, Games VGA.
.(boleh baca di sini -
sila klik) kali ini aku nak sambung pasal Windows pula. Windows 1.0 mula dilancar pada November 1985, tapi penggunaan Windows di Malaysia agak lambat sedikit pasal
'pirate' masa tu tak hebat seperti sekarang sehingga Malaysia termasuk antara 10 negara
'pirate' solfware terutama... wah bangga aku sebagai rakyat Malaysia!!
Masa di UTM aku belum lagi kesempatan menggunakan windows, sekadar guna Apple Macitosh
(masa tu sempatlah guna mouse... mouse pada masa dalu adalah suatu yang hebat!!) itu pun yang berada di pejabat TNC HEP, kebetulan aku agak baik juga dengan Prof Madya Tuan Haji Syed Mohd Fahmi. Pasal UTM nanti kalau ada masa aku aku cerita lebih panjang. Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang, Naib Censolor UTM sekarang tu pun senior aku dan kami pernah berdebat dalam mesyuarat ketika bersama di MPP.... ok kita sorok cerita-cerita ini...