Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Saturday, May 21, 2011

Sayur lemak jambu golok

Minggu lepas emak saudara aku bagi buah "jambu golok" kepada isteri aku. Kata dia aku suka makan sayur jambu golok. Isteri aku bawa balik dan menyebut kepada aku. Aku sekadar terdiam. No komen..

Jambu golok kata orang Terengganu, Gajus bahasa standard. Orang Kelantan kata buah ketereh. Janggus ada juga disebut.

Daunnya boleh dibuat ulam. Ada juga yang guna daun untuk menghilangkan hamis pada daging kambing. Aku pernah tulis pasal masak ikan haruan dulu. Daun ini digunakan baik untuk membasuh dan membuang lendir pada ikan haruan.



Butir (biji)nya memang sedap. Sama ada yang belum masak (putik) atau yang dah masak. Yang putik dibelah, dijemur dan dibuat sira'. Makan macam tu pun boleh, tapi jaga getahnya kalau terkena bibir boleh jadi "birat" (cari sendiri bahasa makna dalam bahasa standard)

Kalau yang butir tua, digoreng dengan api, memang best punya. Hitam arang tu pula kalau nak hilangkan kunyah aje beberapa biji. Guna ludahan kunyahan itu pasti hilang segala kotaran hitam arang buah jambu golok ditangan.

Ada juga kerja tak elok pasal butir jambu golok, masa kecik-kecik dulu aku buat taruhan. Main letak atas papan yang beralaskan 2 keping bata. Kita orang baling dengan "ubat lampu" (bateri) yang dinamakan "kor". Selain itu ada juga main guna daun terup.. kira judi jugalah tu.... aii dah jadi isi perut dan darah daging!!

Berbalik pasal sayur buah jambu golok tu. Ada orang sebut sayur kolok.. Aku bagi resipi ini jika engkau orang ada peluang masak sendiri terutamanya bila ada masa.


Jambu golok yang dihiris dan diperah airnya

Bahan-bahan:
Beberapa biji buah jambu golok (hiris dan perah airnya.. celur pun bagus juga. Sebaiknya yang baru nak masak -- kalau masak sangat banyak air, kalau putik sangat kelak pula)
Beberapa ekor sotong, baiknya sotong besar.
Seekor ikan selayang/kembong sebaiknya dipanggang. Kalau tak ada ikan sardin pun kira boleh juga.
1 cawan santan pekat
Garam atau serbuk perasa (ajinotomo -- tak aku tak makan ajinotomo, bahasa sainsnya MSG)
1 biji Bawang besar - dihiris bulat atau belah empat.
3 biji Cili merah - dihiris atau dibelah 2
Kalau nak sedap lagi kalau ada kulit buah rambai (ooi best juga)
Kacang panjang yang dipotong lurus (bukan serong)
Petai boleh juga ditambah.


Cara memasak:
Sotong dibersihkan buang kulit, tapi puak Kelantan dia tak buang kulit pasal manis katanya... Buang gigi dan jangan lupa buang tulang belakang sotong tersebut. Aku jenis cakna sikit pasal masak ni. Potong kecil-kecil atau letak seekor terus pun 'dok apa'.

Buah jambu golok dicincang, ni kena pandai, silap hari bulan bahan tangan... cincang tu maknanya dipotong kecil-kecil, kemudian perah airnya, dicelur seketika... selepas itu toskan (bahasa baku ni..).

Selepas itu, perahkan air sekali lagi. Semasa memerah jambu golok adalah dicadangkan untuk meletakkan sedikit garam kasar bagi tujuan hilang rasa "pedol atau kelak" akibat daripada getah air jambu golok.

Getah air jambu golok kalau terkena baju, tak hilang walaupun guna "Dynamo" ke, "BOOM" ke... Oleh itu harap berhati-hati. Zaman lening bukan zaman dulu kotor sikit dok pakai doh baju... zaman gong orang kata.. dulu aku ngajar di Sarawak, 2, 3 helai seluar aku 'tampung' pasal aku selalu jatuh motor releks aje aku pakai ke sekolah...

Lening baju tukar 'color' sikit aje akibat striker terlalu panas, tak jumpa cari pasal isteri aku 'susut' takut aku pakai 'wat gi' sekolah!!!

Masukkan santan, bawang besar, lada besar (cili merah); isi ikan yang ditumbuk tadi. Selalu kacau untuk elakkan santan naik minyak (pecah minyak). Tak perlu masukkan air banyak, pasal sotong akan mengeluarkan air nanti.

Masukkan buah jambu golok dan masukkan sekali kulit buah rambai jika ada, kacang panjang yang dipotong dan petai jika mahu. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa. Kacau lagi untuk seratakan ramuan. Pastikan sayur ini masak... Jangan duduk 'ngata', kalau orang puan tegok TV ke.. kalau aku gi "camit" komputer ke.. Mana tahu nanti berbuih tumpah...


Yang dah masak... selerakan!!
Aku ada juga terniat nak "modifaek" sayur jambu golok dengan memasukkan lobak merah, bunga kobis, brokoli dll. Mesti best kot!!!

1 comment: