Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, January 4, 2012

Nur Amalina pelajar 17 A1 gagal menghadapi kejutan budaya?

Aku dah tulis artikel ini di Aizek,net. Aku saja paste di sini..engkau orang boleh baca kalau nak baca.

Hari ini, hari pertama sekolah, saya ada membuat sedikit nota ringkas ucapan tuan pengetua diperhimpunan. Bukan nak bodek pengetua tapi nak ambil beberapa yang baik untuk dijadikan panduan dikongsikan bersama.

Niat nak menulis tajuk khusus, tapi bila terbaca perkembangan terbaru tentang Nur Amalina Che Bakri daripada Facebooknya. Saya menukar fikiran untuk membuat sedikit komen santai untuk dikongsikan bersama dalam laman sekolah.

Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1.

Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan.

Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.


Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program realiti televisyen seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi lepada beliau. Beliau sentiasa melayari intenet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat

Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6). Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah, bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.

Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya. Beliau akan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam bidang perubatan yang amat beliau minati. Pengajian beliau akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana. Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Duta Akademik Berita Harian

Itu semua cerita sebelum ini....

Sekarang yang terkini, daripada facebook Nur Amalina sendiri )Facebooknya dah 'nyahatif') sungguh menyedikan.

Gambar-gambar ini bukan niat memburuk tapi sebagai pengajaran kepada pelajar saya yang akan menempuh kejayaan yang sama atau hampir sama.



Pelajar 17A1 SPM Nur Amalina Che Bakri Gagal di Universiti?

Pelajar 17A1 SPM Nur Amalina Che Bakri Gagal di Universiti?

Pelajar 17A1 SPM Nur Amalina Che Bakri Gagal di Universiti?

Pelajar 17A1 SPM Nur Amalina Che Bakri Gagal di Universiti?
Nur Amalina berjaya dari segi akademik tetapi tidak berjaya mendisiplinkan diri dengan kejutan budaya yang dihadapinya. Saya tak hairan kalau Nur Amalina sebelum ini tidak bertudung dan berpakaian seksi tapi apa yang kita perihatin ialah pertukaran cara berpakaian menunjukkan dia tidak boleh komited dengan apa yang telah diasuh di sekolah sebelum ini.

Nur Amalina adalah satu contoh daripada beberapa contoh kegagalan mendisiplin diri dalam arus perubahan mendadak terutamanya bila berada di luar negara.

Sebelum ini kita telah dikejutan dengan Ariff Alfian Rosli, Kahwin Gay di Dublin Ireland.




Ariff Alfian Rosli, anak kedua daripada empat beradik. Bekas ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001. Berjaya mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK). Ariff Alfian Rosli menuntut di Dublin, Republik Ireland dalam bidang perubatan. Dihantar ke UK untuk membuat A Level.

Fasafah pendidikan Negara menekan tentang gabungjalin antara rohani dan jasmani tapi malang proses pendiidkan di sekolah masih gagal untuk menghasil individu yang benar-benar cemerlang dari segi sahsiah dan akademi. Penekanan kepada pencapaian kecemetlangan akademik semata-mata akan menghasil generasi pincang di masa akan mendatang.

Persoalan yang cuba kami tampilkan di sini, adakah kita mahu melihat keadaan menjadi lebih teruk, baru kita semua mula mahu nak melatah? Contoh? Lihat apa yang terjadi adik Ariff Alfian dan …………………..? Erm…..Dah terlambat dah.

Disebabkan dia rakyat Malaysia, mempunyai kebolehan tersendiri, berpenampilan bersih pada mulanya dan paling pentingnya kita sayangkan dia, itulah antara sebab kita menegur dia. Kita menegur bererti kita cakna bukan menjaga tepi kain atau 'mengaibkan'
Apatah lagi ada kalangan pelajar kita selepas ini akan berangkat ke luar negara bagi melanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi. Nasihat supaya pelajar kita pandai menjaga diri & elakkan diri daripada terkena ‘kejutan budaya”.

6 comments:

  1. cikgu, nur amalina kena fitnah... sila bace kat [sini]. Cikgu kena siasat dulu apa puncanya berlaku, baru cikgu boleh terbitkan artikel.

    Mari tengok tutorial cara nak buat isi kandungan blog posting (sitemap cool) yang boleh senang dirujuk kalau pengunjung blog nak cari entri-entri dalam blog cikgu... klik [sini]

    ReplyDelete
  2. saya tak nampak ia isu fitnah, penjelasan ibu amalina jelas menunjukkan dipihak ibunya juga gagal memberi pendidikan iman pada amalina dan hanya mementing kecemerlangan IQ semata2. Ini tidak boleh menjadi ikon kepada remaja muslim kerana agama kita menginginkan perkembangan diri muslim mestilah seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani,rohani dan sahsiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..saya sokong kenyataan anda..

      Delete
  3. Nur Amalina memang gagal menghadapi kejutan buadaya. Itu bukan fitnah.. rasanya emak dia jawab pasal gagal tu mungkin ada blog yang menambah kononya gagal dalam peperiksaan.

    Pelajar yang dapat 21A berskolah di persikataran sosial dan hampir semua wanita di situ tidak memakai tudung masih lagi bertudung labuh. Ini bermakna dia tidak GAGAL dari segi sahsiahnya.

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu.jujur ingin saya katakan amalina merupakan pelajar pertama yg membuka mata saya utk belajar bersungguh-sungguh dan mngambil byk subjek utk dijadikan satu cabaran sbg seorang pelajar.mmg saya sedikit terkilan bila mngetahui yg die sbnrnya mmg x menutup aurat tp jauh di sudut hati,saya masih sgt mngagumi beliau.bukan sebab pakaian atau apa2 bersifat fizikal.tetapi kecekalan beliau dlm menuntut ilmu,betapa cintanya die pada ilmu sehingga sanggup berkorban waktu remaja dgn mengambil segala peluang belajar yg ade.mungkin itu yg patut kita ambil ikhtibar.tgklah nona 8/4/2012 utk kisah lengkap amalina di scotland.harap cikdu dpt follow n singgah menyatakan pendapat di blog saya :) semoga satu hari nanti amalina akan terbuka pintu hati utk mnjadi muslimah sejati.sesamalah kita doakan yer .amin ;)

    ReplyDelete
  5. belajar tinggi tinggi pun kalau dalam hati tak ada iman tak guna pun

    ReplyDelete