Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, August 28, 2013

Kerang Masak Serai


Dekat nak raya aku selongkar peti ais. Memang raya perlukan ruang peti yang besar. Terjumpa kerang seplastik... rasa-rasa kiraannya mungkin hampir ½ tahun tersorok dalam ruang pembeku. Nasib baik aku yang jumpa kalau isteri aku jumpa jawabnya kerang itu dah masuk tong MPDD.

Isteri aku lihat semacam aje bila aku kata aku nak masak... Tapi isteri 'solehah' akan mengiyakan apa yang suami nak lakukan...


Aku mula-mula nak rebus bodoh aje.. tapi teringat masa kecik-kecik dulu makan 'Tijah' berserai... cuba buat pada kerang rasanya boleh tapi kena basuh betul-betul. Kerang ni jenis 'kerot' (pengotor... dan berselut).

Ada banyak cara nak bersihkan kerang.


1. Guna batang tengah pada daun pisang lunyai sehingga bersih.
2. Ada yang guna daun nenas... (mana nak cari..)
3. Ada yang guna hampas kelapa... dan macam -macam jenis daun ubi kayu dll...


Kalau engkau orang tak puas hati juga boleh guna kaedah ini dan saya geranti bersih punya... 


Ok...Mula-mula bilaskan kerang dengan air, kemudian masukkan sabun pencuci, Brezze atau  Feb. Basuh sampai berbuih. Kalau tak puas hati boleh tambahkan dengan clorox. 
Ambil satu-satu kerang, gunakan berus gigi gosok dengan colgate macam iklan dalam TV. Saya jamin pasti putih dan bersinar!!




Saya guna kaedah malas iaitu saya rebus dulu kerang itu sehingga air hitamnya keluar. Saya buang air itu. Tapi kaedah ini kurang manis sikit pasal lazatnya keluar bersama air rebusan.

Cara masaknya mudah aje,

1. beberapa batang serai

2. ½ inci halia
3. beberapa tangkai cili padi
4. beberapa ulas bawang putih 
5. dan bawang besar yang dipotong bulat.

Kalau nak sedap lagi masukkan sos tiram (tapi saya tak suka) garam dan sedikit gula sebagai perasa manis. Hasilnya seperti gambar di atas... Aku dan 2 anak lelaki habiskan seperiuk kerang masak serai..





































No comments:

Post a Comment