Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Sunday, December 30, 2012

Utrabook mana pilihan terbaik?


[Artikel ini 3 bulan lalu tapi aku tak sempat nak publish... mungkin sibuk kot. Aku publish hari ini dan baca dengan memori 3 bulan lalu... ha ha ha]

Dah lebih daripada sebulan aku tak menulis. Nak kata sibuk tak juga tapi, masa banyak ter'habis' dengan kerja-kerja ad-hoc.

Bila buat kerja, pakai (guna) notebook dan masalah yang selalui dihadapi ialah masalah susah nak bawa (kerana berat) dan mudah habis bateri. Aku pernah beli bateri di lowyat 2 biji dengan harga RM125 tapi tak pratikal juga... dan menjadi pilihan terbaik guna Utrabook.


Friday, December 21, 2012

Pinnacle Studio 16 berubah agak drastik

Lama tak buat video klik. Baru-baru ini ada yang minta tolong buatkan video klik 10 minit.

Semenjak saya guna notebook HP Folio 13 saya saya hanya install Sony Vegas 12 dan Power Director sahaja. Harddisk yang kcil 128GB memerlukan saya ber'jimat cermat' kerana saya menggunakan banyak software.

Beberapa program hanya saya guna portable sahaja, misalnya Open Office 3.2.

Thursday, December 20, 2012

Ok juga Microsoft Office 2013


Agak terlewat aku installar Microsoft Office 2013 atau dikenali sebagai Office 15. Walaupun masih belum ada versi sepenuhnya lagi, yang dijangka akan dilancarkan pertengahan tahun 2013 nanti. Versi  MSDN (Microsoft Developer Network) ini sudah cukup baik jika dibandingkan dengan versi sebelum ini Office 2010.

Kebelakangan ini agak sibuk dan tak banyak masa untuk ditumpukan kepada software baru.

Sunday, November 18, 2012

Contrast Gambar menggunakan Sharpening (High Pass Filter)


Gambar yang diambil menggunakan kamera biasa dia telah buat 'softner' skin supaya nampak licin dan menarik. Tapi kadang kala dalam fotografi kita perlu muka asli yang berkedut. Lihat gambar di atas.

Tutorial kali ini saya akan guna gambar cikgu Radzi..

Friday, November 9, 2012

Linux Deepin menarik untuk dicuba

[Artikel ini sepatutnya telah disiar bulan lalu, tapi ada sedikit masalah teknikal... tak tersiar]

Saya berhasrat untu membuat pendedahan Linux kepada pelajar-pelajar ICTL tingkatan 2. Saya akan ambil sedikit masa sebelum cuti persekolahan untuk mereka tahu tentang linux. Paling kurang pun mereka boleh membuat boot CD/USB live untuk linux.

Linux Ubuntu memang paling popular dan menjadi pilihan. Tapi sebagai seorang guru kita diajar tidak boleh puas hati kepada sesuatu perkara melainkan kita membuat perbandingan. Konsep perbandingan juga bergantung kepada keselesaan pengguna... pasal itu tidak semua perkara akan memenuhi citarasa semua pengguna.


Tuesday, November 6, 2012

Beberapa maklumat tentang Windows 8

Beberapa hari ini ramai betul yang tanya aku pasal Windows 8. Aku pun bukan tahu sangat, sekadar suka mencuba. Apa yang aku tahu aku akan maklumkan dan mungkin ada yang baik di kongsikan bersama. Jadi tak payah telefon aku, baca aje di sini.

1. Windows 8 Developer Preview telah dilancarkan pada September 2011. Microsoft beri untuk cubaan biasanya setahun sebelum dilancarkan. Jadi pada masa itu boleh download dan dapat secara percuma. Aku telah cuba windows ini pada November 2011. Baca di sini. [klik]


Windows 8 untuk Makmal ICT 2013?


Hari ini aku install windows 7 dan windows 8 untuk PC makmal sekolah aku sebagai percubaan untuk sistem windows pada sesi 2013 nanti. Masa cuti ini banyak masa. Boleh buat eksperimen.

Dulu semasa office 2007 mula keluar aku install semua pc di makmal dengan office 2007. Aku tinggal satu buat 'baka'. Ramai guru mengadu dan 'bengang' kepada aku. Tapi itu cara terbaik untuk memaksa mereka berubah. Kalau tak perkembangan it menjadi jumud.

Friday, November 2, 2012

Instalando Windows 8


Windows 8 baru lancar nampak macam menarik. Aku pernah install Windows 8 setahun yang lalu (November 2011). Versi "Windows 8 Developer Preview" Tapi 2 hari selepas itu aku format semula. Sila baca di sini kenapa? [kilk]

Aku lihat tawaran Microsoft untuk Windows 8 Pro upgrade hanya RM49.92 iaitu $19.99 aje.. Terniat dalam hati nak guna Windows original... Menangis sakan si RizalHanafi dan si cg Wafi.

Monday, October 29, 2012

HP ePrint Home & Biz untuk Android

Aku mengajar PSK dan semua kerja pelajar dihantar melalui e-mel. Paling malas nak download dan nak semak untuk PBS. Cari jalan paling mudah untuk kerja-kerja 'pengfailan', akhir aku terjumpa HP ePrint for Android. Dah cuba ok boleh print terus daipada HP melalui wireless dan rangkaian network.

Sila dapatkan di sini [klik]

ePrint ini boleh mencetak kandungan digital inkjet HP dan pencetak LaserJet. Antara fail-fail yang boleh dibuka dan dicetak ialah Word, Excel, Powerpoint, foto, PDF dan fail teks. Terdapat lebih daripada 200 model pencetak HP yang support dengan ePrint ini.



Tuesday, October 23, 2012

ATM jem kerana kalah dengan Kelantan



Aku tak minat sangat dengan bola tapi anak dan isteri aku peminat setia... Isteri aku satu lemah, walaupun minat boleh lena. Aku lebih suka 'main' dengan notebook.

Tapi aku bukan nak citer pasal ATM lawan Kelantan... tapi aku nak citer pasal ATM Maybank yang jem.. mungkin kerana 'bergabung' atas kekalahannya dengan Kelantan 2-3. Paling memalukan Kelantan boleh balas semula tak sampai 1 minit.

Monday, October 22, 2012

Annual Dinner Aizek 2012



Malam tadi annual dinner sekolah aku. Ini adalah acara tahunan yang wajib! Tapi macam biasa kita makan kita bayar. Masa aku di Sarawak dulu annual dinner ada orang sponser untuk hargai cikgu!

Di tanah air sendiri, nampak macam tak ramai yang menghargai guru. Nak dapatkan hadiah pun terpaksa 'mengemis' dengan syarikat atau pembakal yang pernah berurusan dengan sekolah. Sudah pasti pembekal akan masukkan dalam kosnya untuk mendapat keuntungan atas apa yang diperniagakan dengan sekolah.

Friday, October 12, 2012

Amnesia Sementara (Hilang Ingatan Sementara)

Masa ini dia tak kenal aku lagi...

Khamis, pukul 12.30 tengah hari anak perempuan aku, Nabihah (Darjah 6) telefon. Nombor terpapar adalah nombor sekolah, SR Islam Bersepadu Zainal Abidin. Dia beritahu Mursyid (adiknya Tahun 2) hilang ingatan akibat ditolak oleh rakannya di dalam kelas.

Aku cuba tenang, sambil berfikir kenapa? Semalam baru aku nasihatkannya dengan tegas supaya dia jangan bergaduh di sekolah. Kalau dia buat aku akan rotan kakinya sampai 'terkencing'.

Tuesday, August 28, 2012

Cip Cegah Ponteng SchoolTrac dan Buku Kun 555


Semalam terbaca 20 sekolah sekitar Lembah Klang bekerjasama dengan syarikat ABRA Corp melaksanakan sistem "Cip Kawal Ponteng Sekolah". Zaman IT sekarang telah merubah banyak perkara dalam disiplin tapi status disiplin makin hari makin 'teruk'.

Kad Schooltrac mengandungi cip dan disambungkan serta dipantau terus ke pusat data sekolah untuk memaklumkan guru dan penjaga mengenai status kehadiran pelajar menerusi emel atau SMS. Sistem ini, menggunakan frekuensi radio yang mampu mengesan pergerakan keluar masuk murid melalui pagar sekolah ketika waktu persekolahan.

Monday, August 27, 2012

Anak Jerung Paus (Whale Shark) di Dungun

Abang aku berbaju putih sedang duduk

Seminggu sebelum raya anak saudara aku Ezri Firdaus mengajak aku berbuka puasa di rumah Pak Saudaranya (bukan rumah ayahnya) untuk perkenakan Nasi Berayani Gam. Di Dungun jarang aku makan nasi berayani yang benar-benar ori.

Terkenang nasi berayani masakan ayah aku. Memang dia pakar masak berayani gam. Rempahnya digiling sendiri dan semasa memasak sebahagian bara api diletakkan atas tudung periuk untuk dapatkan masakan mantap atas dan bawah.

Gandum yang diletakkan keliling tudung periuk adalah 'tanda aras' untuk menentukan daging dan nasi di dalam periuk masak sepenuhnya.

Neil Armstrong menjejak kaki di bulan adalah satu perbohongan

Neil Armstrong, yang dikatakan orang pertama yang berjaya menjejakkan kaki di bulan, meninggal dunia 26 Ogos lalu. Bagi kebanyakan orang, Armstrong adalah seorang hero Amerika Syarikat (AS) yang melakukan misi sangat mustahil dan dia berjaya memenuhi visi mendiang Presiden John F. Kennedy yang ingin menghantar seorang lelaki US ke bulan sebelum akhir dekad tersebut.

Armstrong berjalan di bulan melaui paparan di televisyen dan disaksikan oleh 500 juta manusia empat dekad lalu. Ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mencetuskan harapan untuk manusia menjelajah ke ruang angkasa lepas selepas itu.


Tuesday, July 24, 2012

Tie Sutera (100% silk)? Ini yang pening!!


Hari ini selepas solat zohor di Surau sekolah aku menyandar di dinding sambil mengadap keluar. Kelas tak ada, sekadar tunggu untuk pulang sahaja. Metting pun tak kena, nama aku tak ada.... selamat! Sambil membelek tie yang ter'jolor' (lebihan panjang...) keluar aku terpandang 100% silk. Aku terbingkas bangun... Sebelum ini aku tak ambil peduli pun.... pasal tie ni. Tie pun banyak aku dapat hadiah berbanding aku beli sendiri.

Lagi pun aku bukan suka sangat pakai tie... terpaksa. Ini aku dah tulis pasal tie, sila baca di sini (klik).

Kami (beberapa guru termasuk ustaz) berbalah kira-kira pasal sutera!! Betul ke 100% silk seperti yang ditulis. Aku menjawab ujian bakar boleh menentukan walaupun tak tepat 100%.

Sunday, July 15, 2012

Kemeja Batik atau Batik Sutera?

Guru perempuan bergaya dengan sutera

Apabila sekolah aku membuat keputusan untuk memakai batik seragam untuk setiap guru, ada inisiatif daripada Kelab Guru untuk menempah batik daripada syarikat batik Desa Murni. Semasa membuat tempahan aku bertanya ini sutera atau tidak?

Seorang guru perempuan yang mengurusnya mengatakan ini bukan sutera cikgu Zul tetapi "kain crepe". Aku jenis 'betul bendul' (orang yang lurus) punya, orderlah baju batik bersaiz XL dengan harga RM220 (kurang pasti harganya sebenar tapi rasa macam tu kerana ini cerita lama)

Thursday, July 12, 2012

Konsep Asas Blur dalam Photoshop


Hampir dua minggu saya agak kesibukkan, pengajaran kelas ICTL ada sedikit terganggu kerana kurang fokus. Rasanya minggu akan datang kurang tugas ad-hoc, bolehlah kita fokus semula kepada pnp. 
Nak kata tak ada langsung rasa mustahil. Minggu ini saya ingin tunjukkan sedikit kepada pelajar tentang konsep asas 'blur' dalam Photoshop dan menarik sekiranya semua menggunakan Photoshop CS6. Insya-Allah PC makmal ICT akan di tukar daripada Photoshop CS5 kepada CS6.

Pernah tonton cerita Hindustan atau Tamil? Bagaimana heroinnya nampak terserlah berbanding yang lain? Saya selalu joke kepada pelajar perempuan kelas yang saya mengajar, kalau awak berada dengan puluhan wanita negro agaknya siapa paling "lawa" (cantik)?

Sunday, July 8, 2012

SPSS dan sejauh mana boleh dimanafaatkan?


SPSS atau 'Statistical Package for the Social Sciences' telah mula dikeluarkan untuk versi pertamanya pada 1968 oleh Norman H. Nie dan C. Hadlai Hull. Kira sudah terlalu lama. Aku mula kenal SPSS pada tahun 1994 iaitu versi SPSS 6.0 for DOS.

SPSS ini biasa diguna oleh orang yang belajar Master atau PHD. Macam aku yang belajar hanya 'sekerat jalan' (tak habis belajar kerana berhenti atau dibuang) mana kenal SPSS di U. Tapi nasib aku baik, aku kenal masa di sekolah.

Friday, July 6, 2012

Banner, Bunting, Backdrop dan Poster serta Perbezaan RGB dengan CMYK

Pintu gerbang sekolah aku dengan 2 bunting Kebitaraan
untuk SKK (Sekolah Kecemerlangan Kluster)

Satu tugas yang kadang kala memenatkan untuk mendapatkan hasil yang baik ialah membuat banner, bunting backdrop atau poster. Memang nampak mudah tapi memenatkan untuk mendapatkan hasil yang baik. Pihak atasan selalunya nak segera sedangkan kita kurang masa untuk berfikir bagi menghasilkan satu design yang menarik seperti yang dihendaki. Sebab utama apa yang kita buat adalah subjektif dan penilaian seseorang tak sama. Design pula perlu orang yang seni dan kreatif. Kreatif dan seni adalah bakat... bukan boleh diperolehi dalam sekejap masa.

Kita buat 'abis tea' (buat dengan cukup bersungguh-sungguh) tapi hasilnya selepas cetak tak menjadi!! Pernah juga berlaku kita buat lebih kurang tapi hasilnya dapat pujian. Apatah lagi jika kita bukan pakar seni atau grafik.


Buat tulisan belakang bukit tanpa menggunakan layer


Setiap kali mengajar atau memberi kursus photoshop, saya suka 'buka minda' (dalam p&p di sebut set induksi) dengan bertanya bagaimana nak masukkan teks di belakang bukit tanpa menggunakan layer. Ya iaitu memasukkan gambar pada 'layar background' pada photoshop. Kita tahu antara kelebihan photoshop dan dia boleh mengalahkan corel photo paint atas dasar layer. Konsep layerlah membuatkan photoshop begitu hebat...

Lihat contoh gambar di atas, saya masukkan perkataan kursus di belakang bukit pada gambar satu layer sahaja iaitu layer background. Bagaimana?

Thursday, July 5, 2012

Biskut Milo Buatan Sendiri


Semasa kecil dulu aku suka 'ngatah milo' (makan milo dalam tin tanpa buat air). Bila aku tinggal di Sarawak, makanan agak sukar antara alas perut aku untuk tahan lapar ialah 3 sudu milo + 2/3 susu tepung (biasa Nespray) + sedikit gula. Minuman malt yang pekat ini boleh menyebabkan kita tahan lapar dan bertenaga. Kalau aku malas aku beli aje Susu Coklat Nestle.. masa tu ½ litter hanya RM1.50 sahaja berbanding sekarang RM3 ++

Sekarang aku masih amal lagi tapi taklah selalu, sehingga isteri dan keluarga aku sekarang menggunakan susu tepung.

Kolam ikan jadi tempat asmara katak


[Kemaskini 9.20 malam] Dulu aku tulis pasal kolam ikan. Aku dah buat 'servey' kebanyakan yang buat kolam ikan 90% akan terbiar selepas setahun, dua tahun atau selebihnya. Boleh baca di sini (klik). Aku buat kolam ikan pada September 2011. Mula-mula aku buat kolam mandi untuk anak-anak, sila baca di sini (klik). Selepas itu aku masukkan ikan setelah anak aku sudah boring dengan kolam itu.

Dua bulan pertama aku masih rajin lagi untuk bersihkan kolam. Selepas itu dah mula mari sifat malas akhirnya kolam tu aku tak salin air. Bila katak datang dan buat tempat 'berasmara' kolam itu penuh dengan berudu (lihat gambar di atas) aku bertambah malas.

Tuesday, July 3, 2012

Membuang Bayang Cahaya Matahari


Antara masalah kepada pengguna kamera ialah mengambil gambar sebarang tanpa mengira sudut cahaya. Akibatnya gambar terlindung dengan bayang. Kamera compact digital pula 'main' auto flash dan pengesan cahaya sekadar mengesan cahaya pada sekitar juru kamera sedangkan objek terlindung cahaja.

Gambar di atas adalah contoh bagaimana kesan bayang menyebab rupa objek tidak dapat dikesan. Adobe Photoshop mempunyai ciri-ciri untuk membetulkannya.

Sunday, July 1, 2012

Guru tak boleh merotan pelajar sekarang?

Macam biasa aku pagi ke kantin untuk sarapan dan beberapa kali akhir ini jadual aku nampaknya lapang pada waktu pagi. Kebetulan berada di sebelah dengan Cikgu Musa Awang, kaunselor baru sekolah aku menggantikan Cikgu Wan Mohd Anuar.

Cikgu Musa kenalan aku antara terawal semanjak aku pulang ke Terengganu daripada Sarawak. Kenal dia kerana dia pernah membuka kedai komputer 4M bersama 4 orang kawan yang semuanya nama bermnula huruf M. Ini aku sudah cerita sebelum ini (sila baca di sini).

Saturday, June 30, 2012

Allah tidak bertempat atau Allah atas Arasy?


Petang tadi dalam perjalanan ke Paka dapat call ajak minum di Kopitian. Zumo tokey Mans'tech Computer kata sahabat lama Zaimi ada datang. Zaimi ini adalah bekas tokey asal Main'stech Computer sebelum dijual kepada Zumo. Juga pernah tubuh kedai komputer 4M bersama 3 rakan lain antara pengerak utama perkembangan IT di Dungun. Ada lagenda Zaimi ini kerana dia adalah "Best Program IT" seluruh ITM Malaysia dalam satu pertandingan... nanti saya panjangkan dalam artikel khusus untuk ini.

Saya bergegas pulang dan sempat bersembang, tapi bukan pasal IT tapi lebih kepada permasalahan ummah. Pelikkan 3 orang IT di Kopitian bersambang agama!!

Microsoft Office 15 (2013) release beta akan dilancarkan minggu hadapan

Ramai masih tak mahir lagi Microsoft Office 14 (2010), minggu hadapan Microsoft nak lancar Office 2013 (versi15) pula. Versi ini kerana nak diganbungkan dengan Windows 8 dan mungkin akan dilancar pada tahun hadapan bersama dengan  tablet Surface.

Office 2013 ini akan intergrasi dengan SkyDrive berkonsepkan metro dan berbasekan internet. Office 15 juga akan menampilkan Mod Touch yang membolehkan pengguna menavigasi melalui dokumen. Manakala Excel 15 bertujuan untuk menjadikan ia lebih mudah untuk set data yang besar. Ciri-ciri baru termasuk Analisis Lensa Pantas, Carta, PivotTables, dan Flash. Excel 15 juga akan memperkenalkan beberapa kawalan format carta baru yang menggunakan antara muka yang penuh interaktif untuk carta lagu dengan fine tune.

Friday, June 29, 2012

Respon untuk komentar tulisan pasal janggut dan kelebihan solat

Bila saya menulis pasal janggut, rupa ada beberapa komen secara tidak langsung kepada tulisan itu. Tumpuan yang diberikan janggut boleh meningkatkan daya 'pembiakan' (bahasa sains). Saya hanya gelak dan kebetulan tadi terjumpa seorang sahabat yang juga menyimpan janggut dan saya kata kepadanya simpan sahaja kalau isteri tak usap tak banyak kebaikan, hanya dapat sunnah!

Memang kalau kita kaji tentang kelebihan Islam dan amalannya kita sudah pasti menjadi manusia yang 'sedar dan insaf' tapi kebanyakkan orang Islam sekadar tahu bercakap tapi kesedaran tidak datang daripada dalam diri sendiri.


Thursday, June 28, 2012

Janggut

Bila aku nampak macam berjanggut pula sekarang ini  ramai yang tegur simpan janggut? Seingat aku aku memang berjanggut semanjak 1984 dan tak pernah aku cukur janggut sehingga hari ini...

Oh ya, mungkin sekarang nampak macam panjang 'lebih'... 1984-1992 aku tak pernah gunting janggut.. daripada tumbuh halus kemudian janggut itu bersalin sendiri keluar 'batang yang kasar'.

Tahun 1992 iaitu 2 tahun aku berada di Kapit. Entah mimpi apa pada seuatu tarikh aku dah lupa aku gunting janggut aku sehingga pendek (tinggal sejemput aje...). Pagi itu bila aku ke sekolah hampir semua kelas pelajar keluar 'menonton' seolah-olah ada artis atau permain bola yang datang... sehari sekolah hari itu nama aku menjadi seolah-olah seorang bintang. Malah semasa rehat ada pelajar seolah mencari aku nak lihat 'KETUA PENYAMUN' sudah insaf... ramai cikgu usik aku pasal aku telah 'memporak perandakan' persekolahan hari itu.


Edit dan buat font sendiri dengan Fontographer 5.1

Sekitar tahun 1994/95 aku suka membuat font sendiri. Setiap font aku ada nama aku dihadapan, misalnya zul_arial.ttf dsbnya. Aku biasanya ubah font mengikut cita rasa dan kehendak semasa. Misalnya cikgu sekolah rendah mengajar murid Tahun Satu memerlukan font yang hampir sama dengan tulisan tangan terutama dalam membuat soalan, mereka memilih font Century Gothic sebagai pilihan tetapi masih bermasalah dengan huruf y yang tidak sama dengan tulisan tangan walaupun a dan g hampir menyerupai tulisan tangan.

Atas dasar itu aku pun, tak dok kerja 'kobek' font Century Gothic dengan menukar y kepada y yang menyerupai tulisan tangan. Lihat di bawah.

Tuesday, June 26, 2012

Esok TIZ EDU FEST 2012


Tadi perasmian Hari Koperasi, esok pula Perasmian Pembukaan Edu Fest 2012. Aku juga kena buat pamplet. Macam tadi pukul 3.00 petang tak ada idea lagi untuk design... Aku makin pening. Dahlah penat kerana kurang tidur. Pagi tadi nasib baik ada cikgu Shapawi yang membantu memasang LCD dan TV untuk tayangan video klip. Bayangkan perasmian pukul 9.00 pagi, LCD dan TV baru nak pasang pukul 8.30 pagi... kalau tak biasa pasti ada yang panik!!! Tapi kita orang dah biasa main last-last minit.... Pengetua pun nampak macam tak ambil kisah.

Dulu masa kali pertama pasang 4 TV dan 2 LCD, sehari sebelum tu Pengetua dah pantau...

Macam tahun lepas juga, kali ini tak ada AJK untuk perkara ini. Walaupun telah dibangkitkan tapi masih tak ada, ni mesti main copy & paste aje AJK dan tukar mana-mana yang bertukar atau ke kursus.


Pernah Guna Lotus Approach??


Aku agak "putol kayu" dalam Microsof Access. Satu sebab aku guna Lotus Approach. Dulu aku guna dBase III Plus untuk database. Selepas itu aku ada belajar Clupper 5.0 dengan Mat Pendek (Mohd Azli, tokey Just Tech Computer). Tapi tak sempat habis Clipper aku terjumpa dengan Lotus Approach melalui Zaimi (tokey kedai Main'tech Computer sebelum Zumo).

Aku belajar programming clipper untuk selesai beberapa masalah teknikal database, tapi bila aku guna Lotus Approach aku dapati Lotus Approah boleh manipulasi database dengan baik tanpa kita perlu buat programming. Lotus Approach hanya guna databse orang lain, misalnya guna dBase kerana Lotus Approach  tak ada fail database sendiri, tapi hebatnya dia boleh manipulasi lebih baik daripada dBase sendiri. Misalnya kita boleh set number dengan 16 digit sedangkan pada masa itu Access hanya boleh maksimum 12 sahaja.

Hari ini Perasmian Hari Koperasi Sekolah 2012


[Kemaskini 8.25 pm] Macam biasa bila ada program aku kena buat pamplet dan juga buku tanda tangan pelawat. Ini kira tugas 'saing mati'. Dulu aku kena buat video klip, tapi sekarang cikgu Zam dah pikul "kayu api" ini.. he he Semalam dia buat sampai pukul 4.00 pagi untuk video klip hanya satu minit.

Daripada 2005 di Aizek ini aku dah tak ada idea nak buat pamplet.. 'netang', 'negak' hanya belum lipat 3 segi lagi aku tak cuba. Last minit akhirnya siap juga dan al Hamdulillah printer OKI5700 masih berfungsi dengan baik walaupun ada sekali sekala 'paper jem'

Saturday, June 23, 2012

Nak Resize Imege dengan cepat dan mudah..


Apabila guna kamera 16 megapixel, saiz gambar besar dan bila nak masukkan ke internet perlukan banyak masa. Rasanya di internet ini 1 megapixel dengan 1024 x 768 pixel pun sudah cukup besar. 

Masalah yang berlaku ialah nak kecilkan saiz (resize). Apa program yang paling sesuai? Kalau guna photoshop tak sesuai pasal makan masa. Dulu saya guna picasa yang diberikan oleh google secara percuma. Tapi picasa perlu beberapa step..


Friday, June 22, 2012

Manipulasi warna dalam Photoshop


Ramai orang suka bergambar untuk Facebook dengan pelbagai gaya. Sebahagiannya nak tunjuk cantik atau lawa. Walaupun ada yang berniat selain daripada itu. Gambar kadangkala tidak mengambarkan realiti. Orang Terengannu sebut "ma'kang gambar" dan "dok ma'kang gambar".. maksudnya tak fotogenik.

Saya cadangkan yang suka sangat nak tunjuk ex gambar dia di FB gunalah photoshop ubah kening, mata, muka jadi macam anak ayam yang selalu di jual di pasaran yang biasanya datang daripada Thailand atau China.

Thursday, June 21, 2012

5 Cara Untuk Hilangkan Objek Dengan Adobe Photoshop..


Antara yang menarik dalam Adobe Photoshop ialah menghilangkan objek yang tidak dikehendaki. Paling saya suka dalam hal ini ialah Adobe Photoshop. Perkembangan Photoshop juga mempengaruhi sejauh mana kecepatan sesuatu objek itu dibuang, kehalusan gambar yang dibuat selepas objek tidak dihendaki dibuang.

Lihat gambar di bawah, saya telah membuang bola tersebut dengan salah satu daripada kaedah-kaedah yang boleh dilakukan. Saya akan tunjukkan satu persatu kaedahnya dan anda boleh mencuba. Setiap kaedah ada kelebihan dan cara menggunakannya. Hanya kita boleh pilih mana yang sesuai dengan objek dan gambar yang hendak diubahsuai.

Tuesday, June 19, 2012

Kerapu Stim 5 Minit...


Biasanya kalau kita makan makanan stim di kedai kita mungkin membelanjakan banyak wang. Kita juga beranggapan sukar untuk menyediakannya sendiri. Hari ini aku nak bongkar bertanpa mudahnya masak stim, ya tak lebih daripada 10 minit dengan bahan rempah yang paling minimum.

Mungkin ada yang kurang percaya, tapi semuanya terbukti jika kita tahu rashsianya.

Saturday, June 16, 2012

Pengalaman Pengaulan dengan Komputer: Windows - part 2

Part 1 aku ada cerita pasal DOS, IBM 386, Games VGA..(boleh baca di sini - sila klik) kali ini aku nak sambung pasal Windows pula. Windows 1.0 mula dilancar pada November 1985, tapi penggunaan Windows di Malaysia agak lambat sedikit pasal 'pirate' masa tu tak hebat seperti sekarang sehingga Malaysia termasuk antara 10 negara 'pirate' solfware terutama... wah bangga aku sebagai rakyat Malaysia!!

Masa di UTM aku belum lagi kesempatan menggunakan windows, sekadar guna Apple Macitosh (masa tu sempatlah guna mouse... mouse pada masa dalu adalah suatu yang hebat!!) itu pun yang berada di pejabat TNC HEP, kebetulan aku agak baik juga dengan Prof Madya Tuan Haji Syed Mohd Fahmi. Pasal UTM nanti kalau ada masa aku aku cerita lebih panjang. Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang, Naib Censolor UTM sekarang tu pun senior aku dan kami pernah berdebat dalam mesyuarat ketika bersama di MPP.... ok kita sorok cerita-cerita ini...

Friday, June 15, 2012

Al Fatihah kepada Guruku Ustaz Yahya Othman

Kitab paling aku suka ialah "Maa'ali Fi al-Tariq" (Petunjuk Sepanjang Jalan) karangan al Imam as Syahid Sayyid Qutb. Entah kenapa aku tak pasti. Selain itu ialah "Kitab Minhajul Abidin" karangan Iman Al-Ghazali.

Aku pernah beguru, walaupun tak habis semua sekali sekadar beberapa bab sahaja dengan Allahyarham Datuk Ustaz Yahya Othman di Kuala Lumpur semasa aku belajar di UTM dulu. Dengan beliaulah aku boleh memahami makin mendalam apa yang tersirat dalam kitab kecil itu...

Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh 4 orang rasanya (ada pada muqadimmah kitab tersebut) dan salah seorangnya ialah Allahyarham.


SQ3R teknik membaca


Entah bila aku minat membaca? Seingat aku, semasa sekolah rendah dulu aku suka membaca buku-buku hikayat misalnya "Buku Hikayat Pendawa Lima", "Hikayat Cekel Waneng Pati" dan hampir semua cerita dongeng maharaja pahit dengan dewa dewi.... aak beranak cerita wayang kulit. Ada juga buku penyiasatan seperti "HardyBoy" tapi aku kurang minat.

Selain itu aku membaca buku pelajaran, aku suka membaca buku komik dan majalah. Semasa di Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun dulu walaupun aku tak menjadi pengawas perpustakaan aku selalu tolong bantu pengawas perpustakaan terutama yang tak hadir. Aku macam pengawas juga.


Tuesday, June 12, 2012

Pengalaman Pengaulan dengan Komputer - part 1


Mula-mula aku kenal komputer ialah Apple IIe itu pun dalam pertandingan Pameran Sains di mana sekolah aku (Sultan Ismail Secondary School - SIS) kalah dengan Sultan Omar. Selepas itu aku masuk U, jumpa lagi Apple selain daripada kad Tebuk yang menggunakan mesin komputer IBM 1130. Oleh kerana aku bukan ambil kursus  IT maka aku lihat sahaja pelajar senior belajar menggunakan kad tebuk itu.

Selepas satu semesta, UTM telah tukar kepada PC IBM dimana hampir satu bangunan mesin IBM 1130 terbiar ditepi-tepi bangunan.

Sunday, June 10, 2012

Print Merge Menggunakan CorelDraw

[kemaskini artikel lama] Hari Sabtu ini, 12 Mei 2012 sekolah akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2012. Macam biasa semuanya sibuk dengan pelbagai tugasan. Aku tak ketinggalan menjadi sebahagian komuniti Jawatankuasa. Tugas rutin tiap-tiap buku atur cara.

Aku memang dikenali sebagai guru paling 'cool & releks'. beri 'natang' apa tugasan pun aku releks aje.. kadang kala AJK di bawah aku cemas kerana biasanya aku buat kerja 'last minute'.

Tuesday, June 5, 2012

Bagaimana Untuk Setting Bridged Pada Modem 3-in One


[update ke-2 - 10.20 pagi] Beberapa hari lalu talian internet sekolah aku mengalami masalah, dua kali juruteknik call aku kata semua kawasan tak ada internet. Malam tu aku ke sekolah, aku setting semua sekali network. Ada aku tulis dalam blog ini pada artikel  "Setting Network di sekolah aku - Part 1". Aku tak cerita bahawa 8 port switch rosak dan satu 'modem/router/wireless Cisco' (linksys) juga rosak port RJ11 (DSL) menyebabkan aku terpaksa beli satu lagi modem 3-in one TPLink.

Tuesday, May 29, 2012

Setting Network di sekolah aku - Part 1



Aku banyak kali buat catatan untuk rangkaian network di sekolah tapi malangnya jenis 'cakdus' (gopoh dan tak kemas) kadang kala catatan entah ke mana? Jadi aku rasa paling baik buat catatan ialah menggunakan maya (sekarang orang sebut cloud). Simpan di blog rasanya sukar untuk hilang. Kalau aku tak ada orang lain boleh rujuk blog aku... untuk buat setting apa-apa......  'femes'lah blog aku!! he he

Thursday, April 26, 2012

Edraw Max 6 banyak membantu dalam pembinaan gambar rajah

Sebagai seorang guru kita tak lari daripada membuat rajah, carta, peta dan pelbagai lagi semata-mata hendak memenuhi kehendak semasa yang kian canggih dalam membuat persembahan dan perbentangkan. Apatah lagi kalau kita aktif dalam aktiviti pertandingan yang bersifat banyak membuat 'bahan' daripada projek sebenar.. he he.

Semasa mendapat 42 pc baru di makmal sekolah, aku menggantikan pc lama tahun 2009 yang lalu aku dibekalkan dengan satu software Edraw Max 4. Program itu agak menarik tapi aku dah lazim dengan CorelDraw aku macam tak pandang aje software berkenaan. Malah CD original sebanyak 42 keping aku beri sahaja kepada pelajar aku kepada yang berminat.


Wednesday, April 25, 2012

Photoshop CS6 terlalu hebat untuk photo manipulasi

Sebelum ini saya ada menulis tentang CorelDraw X6 (Versi 16) yang baru dilancar kini Photoshop persainnya juga telah memperkenalkan Photoshop CS6 Beta (versi 13) yang sangat hebat sehingga tak sabar untuk mendapat versi sepenuhnya nanti. Saya tak tumpu kepada Adobe Illustrator yang sama-sama vektor grafik tapi saya lebih suka kepada Adobe Photoshop kerana gambungan coreldraw + photoshop membolehkan reka bentuk grafik saya menjadi lebih mantap.

Photoshop CS6 Beta menambah beberapa ciri baru yang sangat mengkagumkan dan memudahkan manipulasi kepada photoshop. Didatangkan dengan berlatar belakang hitam, seperti versi-versi terkini software lain semuanya menggunakan latar belakang hitam sebagai satu trend baru. Sebelum ini Sony Vegas, Corel PhotoPaint, Pinnacle, Cyberlink dll.


Sunday, April 22, 2012

Mengajar Subjek PSK

Mulai tahun lalu aku diminta mengajar PSK (Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan). Bayangkan kalau anda seorang guru option Fizik & Maths di minta mengajar subjek bukan option, anda sudah boleh memahaminya... melainkan anda tidak boleh berfikir.

Masa aku di SMKSO dulu, aku mengajar subjek option. Kemudian aku mulai sibuk dan tak cukup masa apabila menjadi Ketua Guru Disiplin. Atas dasar itu aku mendapat subjek sampingan PJK (Pendidikan Jasmasi dan Kesihatan) dan PSV (Pendidikan Seni Visual) untuk ringakan tanggungjawab kepada kelas peperiksaan.

Sunday, April 15, 2012

Minta teh dapat teh O

Hari ini aku ke kantin sekolah sarapan pagi, holick dan nasi minyak. Semasa nak membayar aku sebut makan nasi minyak dan air holick. Dia orang tanya aku ada ais tak..? Aku mula naik 'angin sikit'. "Holick.. holicklah kalau ada ais saya mesti kata holick ais", kata saya.

Pekerja kantin seorang tu.. memng macam tu banyak pertanyaan, dulu masa cikgu Amra makan roti bakar sekeping pun menjadi isu. Sekeping dengan 'sekapuh' (dua keping diapit) kan ada beza.

Semasa saya minum dengan cikgu Mazharudin di sebuah warung berhampiran kubur di Balai Besar juga perkara yang sama berlaku. Cikgu Maza order air teh, pekerja tanya "ada susu ke??" Maza ni sebenarnya asal orang Negeri dia menjawab "Teh memang ada susu". Pekerja tanya sekali lagi ada susu? Saya pun jawab bagi kopi satu dan teh satu.


Saturday, April 14, 2012

Dam dan Catur

Belum aku bersekolah lagi, aku sudah pandai main "dam". Abang aku nombor dua (Aman - Abdul Rahman) dan nombor tiga (Mezah - Hamzah) yang banyak mengajar aku bagaimana bermain dam. Dam kapit antara dan yang aku paling mahir.

Bila aku bersekolah, di sekolah rendah aku dah mula berjinak bermain dam di bangsal atau kedai kopi/runcit bersama orang-orang tua. Menjadi 'golok' (penyokong yang akan memberikan idea dan pandang untuk setiap pergerakan).

Kadang kala aku ke surau untuk solat Zohor aku akan singgah di bangsal untuk bermain dam apila aku pulang daripada surau. Aku akan bermain sehingga tak balik makan tengahari dan aku sambung pula selepas solat Asar di surau (surau masa tu tak pernah tinggal).


Friday, April 6, 2012

SkyDrive (Microsoft - Windows Live), Dropbox & Google Docs. Apa bezanya?

Bila aku tulis pasal Dropbox, Rizal buat komen pada artikel berkenaan "Bro, mu sebagai pencinta Microsoft tegar guna le skydrive.live.com Bill Gate beri mu 25gig utk mu upload software microsoft utk pengedaran kengkawan. Log on guna akaun hotmail."

Bila aku teliti secara khusus aku rasa ada baik juga apa yang Rizal komen ini dikongsikan bersama. Aku sebenarnya mendaftar e-mel hotmail semenjak 1998 lagi dengan beberapa akaun. Yang 'real' ialah zulbmohd@hotmail.com dan mungkin 10 ++ lagi dengan nama samaran lain.

Aku mula beralih drp hotmail kepada yahoo.com bila Bill Gates beli hotmail daripada tuan punya yang berasal daripada India. Aku daftar zulbmohd@yahoo.com.