Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Sunday, April 15, 2012

Minta teh dapat teh O

Hari ini aku ke kantin sekolah sarapan pagi, holick dan nasi minyak. Semasa nak membayar aku sebut makan nasi minyak dan air holick. Dia orang tanya aku ada ais tak..? Aku mula naik 'angin sikit'. "Holick.. holicklah kalau ada ais saya mesti kata holick ais", kata saya.

Pekerja kantin seorang tu.. memng macam tu banyak pertanyaan, dulu masa cikgu Amra makan roti bakar sekeping pun menjadi isu. Sekeping dengan 'sekapuh' (dua keping diapit) kan ada beza.

Semasa saya minum dengan cikgu Mazharudin di sebuah warung berhampiran kubur di Balai Besar juga perkara yang sama berlaku. Cikgu Maza order air teh, pekerja tanya "ada susu ke??" Maza ni sebenarnya asal orang Negeri dia menjawab "Teh memang ada susu". Pekerja tanya sekali lagi ada susu? Saya pun jawab bagi kopi satu dan teh satu.


Tiba-tiba datang kopi dan teh o. Saya pelik juga kalau nak katakan dia tak tahu nak beza teh dengan teh susu (biasanya orang Terenganu sebut teh susu merujuk kepada teh), kenapa saya tak datang pula kopi o?

Teringat saya tentang Surah AlBaqarah berkenaan dengan Sapi Betina yang diminta oleh Nabi Musa a.s. untuk dijadikan bukti atas pembunuhan. Akhirnya sapi yang sepatutnya mudah dapat terpaksa dibeli dengan harga yang mahal kerana banyak sangat 'songel' untuk bertanya tentang sapi berkenaan.

Kenapa kita tak memlilih untuk memudahkan sahaja dalam urusan?

Semalam anak saya daripada SM Islam Darun Bayan pulang nak belikan perkakas untuk dia balik semula ke asrama. Dia minta saya belikan beberapa perkakas asas seperti ubat gigi, sabun dll.

Saya terus ajak dia ke Aneka, untuk membeli semua perkara yang dia nak. Setelah membayar semua saya tanyalagi sebagai asas untuk membuat semakan mana tahu jika ada berangan tertinggal. Dia kata nak stokin. Saya kata kenapa tadi semasa beli tracksuite tak ambil stokin sekali. Dia kata nak stokin di kedai BATA.

Dalam hati saya ini mesti emak dia ajar... Nak beli stokin sekolah dimana-mana pun tak apa. Oleh kerana malas dah nak masuk semua ke Aneka saya nya ke Ten Ten. Stokin macam mana, boleh pilih kalau rasa nak yang baik beli yang mahal. Tapi ada iklan di TV kata yang mahal tak semstinya baik!!

Saya cuba ajar anak-anak saya dan anak murid saya bercakap biarlah mudah, ringkas dan padat. Misalnya pelajar datang jumpa saya nak guna pc makmal untuk buat kerja kersus,  tak payahlah cakap panjang lebar .....Cikgu saya kena guna pc nak hantar kerja kursus, kalau tak siap nanti cikgu marah bla bla bla....campur kelentong pula... sakit kepala dibuatnya.

Mudah kalau cakap cikgu saya nak pinjam pc nak buat kerja kursus. Kalau saya tanya apa-apa jawab dengan jelas.. saya rasa saya lebih terbuka untuk memberikan pelajar berkenaan guna pc walaupun walaupun itu ada pengajaran dan pembelajaran.

Begitu juga orang nak minta tolong dengan saya, cikgu Zul boleh tak tolong saya nak buat pemplet misalnya. Tak payanglah nak beritahu dengan panjang lebar.... pemplet ni kena siap sebelum esok, saya tak reti tapi pihak pengurusan suruh juga buat juga dan bla bla bla...

Surah AlBaqarah ayat 67 sehingga ayat 74 tentang Sapi Betina adalah pengajaran baik untuk kita memudahkan dalam banyak hal kehidupan kita daripada kita banyak mepersoalkan.

No comments:

Post a Comment