Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, April 28, 2011

Corel VideoStudio X4

Syarikat Corel.com telah membeli syarikat Ulead beberapa tahun yang lalu. Antara program Uled yang agak aku suka ialah Ulead Media Studio 7 dan Ulead Video Studio 11. Aku tak faham kenapa ada dua program video daripada syarikat ini, sama juga aku tak faham dengan syarikat Sony yang juga mengeluarkan Sony Vegas Pro dan Sony Media Studio Pro yang semuanya hampir sama.

Ulead Media Studio 7 lebih canggih dibandingkan dengan Ulead Video Studio 11 dan setanding pada masa itu dengan Adobe Premiere 1.5, Pinnacle Studio 8, Vegas Pro 5 dan beberapa program studio lain. Tapi aku hairan kenapa Corel lebih menumpulkan kepada Video Studio tak diupgrade Media Studio.

Bank Soalan SPM

Yang ini aku dah tulis dalam www.aizek.net, sekadar salin di sini sahaja.

Dua hari lepas, saya mendapat e-mel menjadi agen untuk koleksi soalan-soalan SPM. Ada imbuhan untuk buat kerja ini. Tapi saya bukan berminat dengan hal-hal begini, sebab saya masih lagi berpendapat Pendidikan dan Kesihatan adalah menjadi tanggungjawab kepada penguasa bagi suatu kelompok masyarakat untuk menyediakan dalam bentuk kebajikan yakni secara percuma.

Tidak salah untuk berniaga tapi saya memang lebih fokus kepada kebajikan bersama. Ilmu pengetahuan komputer saya misalnya kalau dipelajari secara berbayar sudah tentu saya tidak mampu berbuat demikian dan sampai hari ini saya mungkin bodoh tentang komputer.

UPS mampos! Internet terganggu, IP jadi limit

Tak nak tulis keluhan ini, rasa macam bersalah dengan cikgu-cikgu dan pelajar yang mengadu tiada internet. Nak tulis nanti ada yang kata kasar pula cikgu Zul buat aduan di blog.

Kita sebagai guru yang dipertanggungjawab telah banyak bertolak ansur dengan syarikat-syarikat pembekal yang banyak "manis daripada masamnya" semasa nak minta tanda tangan (sain), apatah lagi ada pegawai yang mengiring juga manis juga dari segi bahasa percakapannya yang mengsyorkan agar cikgu kenalah "sain".

Saya dah artikel berkenaan perkara ini dengan bahasa yang lembut sperti selalu kita belajar dalam peribahasa iaitu "seperti menarik rambut dalam tepung..." tapi hari ni saya akan menulis pula seperti pertandingan "meniup tepung mencari 'coklat'".

Wednesday, April 20, 2011

Pakai Songkok

Masa di kantin aku telah ditegur oleh Tuan Pengetua, "mana songkok cikgu Zul?". Aku jawab sepontan tak ada riben cikgu (maksud aku lilitan putih pada songkok). Tuan Pengetua diam sahaja, aku tak pasti beliau terima atau tidak jawapan aku.

Aku sebenarnya dah lama beli songkok untuk acara-acara bersongkok terutama di sekolah. Songkok itu aku tinggalkan  di sekolah pasal di rumah aku tak pernah guna melainkan masa kahwin dulu sahaja. Kalau aku bawa balik songkok, pasti isteri aku tidur tak lena, mandi tak basah apa tah lagi jika berbaju melayu yang segak.

Selepas aje balik daripada kantin, aku terus ambil kertas A4 putih potong 3 jalur dan buat lilitan dan sempat guna songkok berbelang ini dalam taklimat sekolah 2.30 petang pada hari yang sama. Nampak pengetua tersenyum aje...


Monday, April 18, 2011

Nasi lemak dijual seminggu sekali di kantin sekolah, rasionalnya?

Semalam heboh tentang arahan keluar daripada Menteri Kesihatan untuk larangan serta merta untuk penjualan nasi lemak. Aku ambil petikan kenyataan tersebut daripada akhbar untuk tatapan semua.

Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.


Saturday, April 9, 2011

Budak pandai tak perlu belajar sejarah

Hari ini aku boring sedikit, campur pula kekenyangan selepas balik dari Mayang Sari, Majlis Meraikan Guru-guru dan pelajar yang berjaya didalam acara sukan antara sekolah-sekolah Daa (sekolah swasta Terengganu). Cuba mengemaskini bloglist dan terbaca beberapa artikel daripada blog guru terutama daripada Cikgu Zali bekas bos peperiksaan IZ dulu.

Aku tertarik tulisan daripada blog ZizieAli.. yang tersirat dengan tajuk "Budak Pandai". Walaupun tulisan ini sudah dua bulan dan nampaknya zizie sibuk kerana blognya pun banyak 'tumbuh sarang laba-laba'.

Friday, April 8, 2011

Microwaves

Zaman aku bujang dulu, banyak perkakas dapur aku beli, termasuklah microwaves. Masa aku beli dulu emak aku berlebel "nak wat menda got Zul weh!". Dulu microwaves agak mahal. Beli microwaves dibekalkan video tape VHS. Tonton dulu cara menggunakannya. 1 jam lebih aku habis masa belajar memasak dengan video tapes. Kalau tak ada tapedecoder, mampuslah tak boleh guna microwaves dengan betullah.

Oleh kerana emak aku tak suka, aku dan abang aku Hamzah yang dah meninggal adalah pengguna setia 'menatang tu'. Buat teh o pun guna microwaves, mudah aje masukkan air, gula dan teh ucang pada cawan yang tahan microwaves, pilih 1 minit. Teh O siap untuk diminum. Kalau members datang ke rumah, teh sejuk dalam teko aku panaskan. Dia terkejut cepat engkau buat air. Anak tukang masak!!! jawab aku mematikan hujah.