Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, April 28, 2011

Bank Soalan SPM

Yang ini aku dah tulis dalam www.aizek.net, sekadar salin di sini sahaja.

Dua hari lepas, saya mendapat e-mel menjadi agen untuk koleksi soalan-soalan SPM. Ada imbuhan untuk buat kerja ini. Tapi saya bukan berminat dengan hal-hal begini, sebab saya masih lagi berpendapat Pendidikan dan Kesihatan adalah menjadi tanggungjawab kepada penguasa bagi suatu kelompok masyarakat untuk menyediakan dalam bentuk kebajikan yakni secara percuma.

Tidak salah untuk berniaga tapi saya memang lebih fokus kepada kebajikan bersama. Ilmu pengetahuan komputer saya misalnya kalau dipelajari secara berbayar sudah tentu saya tidak mampu berbuat demikian dan sampai hari ini saya mungkin bodoh tentang komputer.

Di mana saya nak mencari wang untuk membeli software microsoft, corel, adobe dll. Nak bayar bil elektrik dan telefon pun sesetengah kita kadang kala terpaksa 'mengikat' perut.

Tuan pengetua dah banyak kali bertanyakan saya tentang projek untuk membuat koleksi soalan-soalan atau bahan pelajaran daripada guru sekolah ini. Saya pun kadang kala rasa naik malu juga pasal sukar untuk mendapatkan bahan tersebut.

Walaupun diberitahu kepada guru, sukar untuk guru nak "memahami". Saya guna perkataan memahami rasa guru semua dah faham. Bukan guru tak ada bahan. Setiap guru "kelek" pen drive yang penuh dengan bahan pengajaran. Apatah lagi pen drive 8GB daripada China yang comel. Tapi selalu terbalik bila di 'cocoh' pada PC kerana guru tak boleh nak bezakan mana yang hadapan atau yang belakang.

Bila ada peluang (ini pun belajar daripada SWOT) daripada e-mel itu saya pun guna kepakaran yang ada mengambil semua soalan itu dan dimasukkan kepada server AIZEK kerana soalan itu sebahagian besar (hmpir 100%) bukan hak milik multak syarikat berkenaan, tapi saya perlu akur usaha pengumpulan yang mungkin memakan masa.

Saya tak ambil skema, walaupun ada javascript protect yang dibasekan itu mudah ditembusi kerana itu menyalahi dan jika pelajar atau pembaca nak skema apa salah bayar RM10 - RM20 kepada syarikat berkenaan. Ilmu kita berkat dan rasanya duit sebanyak itu tidaklah terlalu mahal atau beban kepada pelajar.

Sama juga saya pernah crack Jadual Waktu winJAWS tak lebih daripada 15 minit untuk versi windows kerana teknik dia telah saya perolehi semasa saya crack versi DOS terdahulu yang memakan masa hampir 9 jam.

Saya tak pernah bagi kepada sesiapa pun melainkan cikgu Mazahardin dengan pesan khas untuknya sahaja. Pasal kita menghormati mereka yang berteungkus lumus untuk menjayakannya.

Tak elok kita ambil hasil kerja orang lain. Menjadi Hackers dan Crackers bukan satu bidang yang boleh dibanggakan. Hacker atau crackers sekadar mencari kelemahan pada sistem yang dibina. Orang buat memakan masa berbulan-bulan kita sekadar ambil masa sedikit sahaja tak tidur malam untuk menceroboh. Kerjayaan ceroboh itu dilihat kononnya hebat dan berbangga dengannya sedangkan tak ada pun "kita meroboh bukan membina".

Jadilah pembina atau sebutan lain programming walau lemah sekali pun atau simple sekali pun program yang dibuat sebenarnya kita telah memulakan sesuatu yang baru dalam kehidupan harian kita.

Panjang berleter, Cikgu Ghanami yang buat e-Filing sudah pun balik, tinggal saya dan beberapa orang pelajar asrama yang datang merayu untuk menggunakan PC makmal sahaja.

Nak soalan sila lihat apa yang dileterkan panjang ini, sila ke menu di sebelah kiri laman, atau klik Bank Soalan. Semoga perkara ini diberikan manafaat kepada semua. (http://www.aizek.net/downloads/banksoalan.php)







No comments:

Post a Comment