Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, April 11, 2014

Makan Nasi Lauk Kari Gemunggal (kacang kelo atau munggai)


Hari ini balik sekolah makan kari gemunggal. Isteri aku masakkan spesial untuk aku. Gemunggal ini bukan makanan orang Melayu. Jarang sangat orang Melayu tahu cara makannya... Orang Melayu kalau nak buat ubat kuat itu memang pandai.. nanti aku cerita di akhir coretan ini.

Cerita masakan ini bermula bila aku nak tukar tabung gas terpandang pokok gemunggal dan ada buah hampir kering (tua). Aku terlintas ditepi pagar rumah adik aku ada pokok ini. Maka aku pun balik dan pergi lihat, wah masih ada buah muda!! Aku petik dan tinggalkan di atas meja.

Tanpa di suruh isteri aku cuba buat yang spesial untuk aku...



Untuk bagi info begitu aku cari dan copy paste untuk pembaca pasal gemunggal ni. Pokok gemunggal yang juga dikenali dengan nama kelor dipercayai berasal dari Himalaya, India dan kemudian disebarkan ke benua Afrika, Asia Tenggara dan Asia Barat. Di beberapa negara Afrika, ia dijadikan tanaman untuk program pemulihan tanah yang tidak subur, kering dan gersang. Pokok ini sangat lasak dan ia mampu tumbuh dan hidup di kawasan yang tandus. 




Di Malaysia, pokok gemunggal biasanya ditanam sebagai tiang pagar kerana ia mudah hidup. Pokok ini juga dikenali sebagai kacang kelo, kilo, munggai, murunggai dan gemunggai. Ketinggian pokok gemunggai mencapai sehingga 10 meter. Pokok ini mempunyai daun yang bersaiz kecil dan berbatang agak rapuhya rapuh. Bunganya keluar secara berjambak dan buahnya dalam bentuk lenggai yang berdiameter kira-kira 6cm dan panjangnya sehingga 60cm.



Kegunaannya b
uah gemunggal atau kelor ini boleh dimakan dan ia digunakan dalam masakan. Daunnya juga boleh dijadikan bahan masakan seperti masak lemak atau digoreng bersama telor. Ia sebenarnya kaya dengan vitamin B, B1, B2, B3, C, D, E, antioksidan, fiber dan sumber klorofil yang tertinggi. Daunnya digunakan untuk merawat gusi berdarah, anemia , mengimbangkan dan memulihkan sistem fungsi badan. Akarnya yang pahit boleh ddigunakan untuk membantu sistem penghadaman, mengatasi masalah kecacingan, mengatasi sembelit, melegakan sistem saraf dan meningkatkan tenaga batin.


Pokok ini mengandungi kompaun yang dikenali sebagai cytokini. Ia mampu untuk mempercepatkan tumbesaran. Kajian saintifik telah membuktikan cytokini mengandungi unsur anti penunaan. Ini bermakna ia boleh dijadikan bahan awet muda. Daun, buah, batang dan akar pokok gemunggal diproses untuk menghasilkan teh, minyak, salad, syampu, sabun, jus dan kosmetik.

Ia juga mengandungi beta sitosterol yang berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan India (Ayurveda). Pokok ini bersifat bebas toksik.



Manakala 'orang barat' panggil Moringa (ada juga memanggil "horseradish" atau "drumstick" tree). Orang barat tak boleh jumpa mesti kaji dan kalau banyak manafaat akan dijadikan ubatan atau juga pemakanan tambahan. Di atas adalah info perbandingan khasiatnya.


Di barat juga daunnya dijadikan tepung dan minyak yang dicampur untuk apa jenis masakan seperti Smoothies, Cole slaw, Salad dressing, Split pea soup, Garlic butter dan lain-lain.

Bagaimana nak masak kari?? Ini yang aku suka.


Mula-mula batang yang muda ini di potong macam kita potong bendi.. Kalau tua 'khapah'


Kikis atau kupas sedikit kulitnya dan amsukkan dengan kentang dalam kari.


Daunnya boleh masukkan dalam telur dadar macam daun bawang. Atau kalau rajin buat kucai.


Kalau nak masak lemak. Sila lihat ramuan di atas. Kalau malas guna santan kotak... Santan kotak adalah 'seteru mak bapak bini aku weee' kalau beli dikotak tulis exp. 2015 jawabnya sebelum buka dan.. expired dulu!!


Masukkan air dan bahan tadi..


Masukkan santan. Pastikan ori. Nak tahu santan ori tak campur air masukkan dalam peti ais semalaman. Pastikan air dan santan akan terasing itu tanda TIPU... Macam madu juga masukkan dalam peti air seminggu dua gula/glukos akan beku.


Akhir... siap untuk di cuba.


Boleh ditanam dengan biji, tapi sebaiknya kerat aje batang gemunggal dan semai seperti diatas. Pokok ini jenis lasak dan mudah tumbuh.


Oh ya tadi saya kata orang Melayu kalau cerita pasal ubat kuat atau barang ajaib mesti bulat mata. Gemunggal dikatakan ada rahsianya.


Orang Melayu kata gemunggal ada 2 jenis iaitu Gemunggal Hutan dan Gemunggal Kampung. Gemunggal Hutan diambil terasnya untuk dibuat cincin dan gelang.




Ini adalah batu cincin dicanai daripada teras dalam.



 Buat cincin jual ratus ringgit.



Ini adalah tasbih daripada teras gemunggal. Harga dalam pasaran RM250.. Melayu.. melayu!!! Melayu sudah LUPA!!





14 comments:

  1. Banyak ilmu pasal kacang gemunggai dari post ni.dari cara masak sampai kegunaan.terima kasih kerana tulis entri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nota Tercicir...: Makan Nasi Lauk Kari Gemunggal (Kacang Kelo Atau Munggai) >>>>> Download Now

      >>>>> Download Full

      Nota Tercicir...: Makan Nasi Lauk Kari Gemunggal (Kacang Kelo Atau Munggai) >>>>> Download LINK

      >>>>> Download Now

      Nota Tercicir...: Makan Nasi Lauk Kari Gemunggal (Kacang Kelo Atau Munggai) >>>>> Download Full

      >>>>> Download LINK FM

      Delete
  2. Banyak ilmu pasal kacang gemunggai dari post ni.dari cara masak sampai kegunaan.terima kasih kerana tulis entri ni

    ReplyDelete
  3. Terima kasih info tuan amat berguna bg saya.. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Minggu lepas saya terjumpa dengan seorang Apek Cina dia jual biji buah gemunggal,katanya banyak khasiat,makan 2 biji pagi dan 2 biji malam .Betul ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..maximum 10/day those yg dah slalu consume.. Mmg sgt effective dlm mngurangkn bacaan glucose Turin drastically.. Amazing

      Delete
  5. Terbaik perkongsian nii...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum cikgu. Bolehcikgu kongsikan di mana lokasi pokok ni ada tumbuh?

    ReplyDelete
  7. Assalaam.. Terima kasih atas entri yg sgt bermanafaat. Baru tahu psl khasiatnya lately.. N try to plant..

    ReplyDelete
  8. Nak cari anak pokok gemunggal.
    . Mane ade jual ye?

    ReplyDelete
  9. Nota Tercicir...: Makan Nasi Lauk Kari Gemunggal (Kacang Kelo Atau Munggai) >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Nota Tercicir...: Makan Nasi Lauk Kari Gemunggal (Kacang Kelo Atau Munggai) >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Nota Tercicir...: Makan Nasi Lauk Kari Gemunggal (Kacang Kelo Atau Munggai) >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete