Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Sunday, January 8, 2017

Kisah Hidup 1 : Tak tahu air nescafe


Dulu semasa kecil, aku selalu ikut emak aku ke mana sahaja dia pergi kerana aku anak lelaki paling bungsu daripada 6 adik beradik. Aku ada adik kecil perempuan ketika aku berumur 4 tahun. Jadi sekitar umur 5 tahun akulah yang di bawa oleh emak kerana menjadi kebiasaan anak 4-6 tahun akan dipimpin berjalan bersama dengan ayah atau ibu.

Suatu hari aku dibawa oleh emak ke rumah Mak Cik Wook. Mak kepada Zainal (kawan abang aku. Umurnya 3 tahun lebih tua daripada aku) Zainal dikenali sebagai Zainal "buntal". Sudah meninggal dunia dalam usia muda. Semoga Allah berkati beliau.

Mak Cik Wook adalah antara keluarga yang berada (agak senang juga kehidupannya). Zaman dulu di kampung aku tak ramai orang kaya. Aku adalah golongan miskin kerana waktu itu ayah aku mulai sakit dan banyak hari tak dapat bekerja.

Ayah kerja sebagai tukang masak di kedai makan Idrus (seorang pendatang India Muslim yang sebelum akhir hayatnya sempat dia pulang ke negeri asalnya, India dan meninggal di sana). Rasanya gaji sekitar RM200 - RM250 sebulan jika kerja penuh satu bulan.

Dengan pendapat RM200 untuk sekeluarga anak 6 orang memang tidak memadai. Lagi pun kami tinggal di rumah sewa.

Semasa di rumah Mak Cik Wook kami dihidangkan dengan air dan kuih. Aku hairan kenapa teh o tak ada 'abuk' (hampas, semasa dulu teh o mesti ditapis kerana belum wujud lagi teh ujang). Aku tanya emak aku kenapa teh lain rasanya dan tak ada hampas. Emak macam tak nak layan aku dan suruh aku diam. Aku masih tak puas hati dan dia berpaling tak layan sambil bercakap dengan Mak Cik Wook.

Aku rasa dia tak nak nampak "darat sangat" (ketinggalan)

Dalam perjalanan pulang aku bertanya lagi dan semasa itu, emak aku terang bahawa itu bukan air teh o tetapi nescafe o. Aku tanya kenapa kita tak ada nescafe. Emak jawab nescafe mahal dan kita tak mampu beli.

Kemiskinan membuat kita 'bodoh' tetapi bukan bodoh sebenarnya tetapi 'ilmu' pengajaran untuk kita berdikari di masa-masa akan datang. Mengenal diri sendiri untuk membuatkan kita insaf tentang kejadian manusia yang tak semua manusia akan dapat merasai kebaikan, kebahagian dan mudahan.






No comments:

Post a Comment