Lama aku tak masak, tapi bila ada periuk tekanan (Pressure Cooker) aku mula rajin. Dulu semasa ada periuk tekanan menggunakan dapur gas, aku tak sentuh pun... Tapi yang guna elektrik aku banyak sentuh daripada isteri aku...
Ramai yang beli periuk tekanan tapi malangnya tak guna dan disimpan buat perhiasan. Ada yang beli tapi tak tahu nak guna dengan betul. Ini biasa perempuan... ada duit banyak kalau tak membeli tak seronok!! Apa tak lagi semenjak ada whatsapp yang groups dah jadi pasar raya dan jualan langsung. Aku kalau jadi admin group jika ada iklan jualan terus aku 'ban' tanpa amaran... padam muka!!
Ada banyak kelebihan menggunakan periuk tekanan antaranya jimat masa, makan enak segar, jimat tenaga dan wang, mudah basuh, dapur pun bersih. Kita membeli dipasar pun tak perlu beli banyak untuk disimpan.
Yang paling utama kelebihannya kalau ada suami malas ke dapur jangan hairan ada periuk tekanan ini dia mula ke dapur dan memasak. Tapi ini fenomena ini biasa tak lama.. paling lamapun seminggu... lepas itu kalau jenis mengadap komputer akan mengadap komputer, kalau jenis tidur akan tidur, kalau jenis sukan bersukan dan balik selepas azan maghrib!
Hari ini aku nak tunjuk bertanpa mudahnya menggunakan periuk tekanan.
2 ekor anak kerapu, bersihkan jangan letak terus!!
2 biji asam boi
3 ulas bawang putih, hiris nipis
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 inci halia, potong halus seperti batang mancis
½ batang karot, potong halus seperti batang mancis
1 sudu besar sos ikan (jika ada)
1 sudu kecil tepung jagung (aku tak 'bubuh' pun)
½ biji limau nipis
½ cawan air
1 biji tomato, potong 4 (ini pun aku tak 'bubuh')
4-5 tangkai daun ketumbar (aku tak letak pasal tak jumpa, biasanya macam daun sup jangan tertukar...)
Sekit kiub Knor...
Aku tambah dengan bawang besar, cili api, lengkuas dan daun sedari...
Cara masak masukkan semuanya dalam dapur... tak kira mana dulu. (Aku lupa ambil gambar) dan pilih fish tekan periuk tekanan biasanya 6 minit.... tunggu sehingga berbunyi... Kemudian buka tekanan seperti yang ditandakan bulatan merah... awas wap memang panas..
Biarkan seketika dan hingga semua wap keluar baru buka dan hidangkan seperti di atas.
No comments:
Post a Comment