Hari ini selepas solat zohor di Surau sekolah aku menyandar di dinding sambil mengadap keluar. Kelas tak ada, sekadar tunggu untuk pulang sahaja. Metting pun tak kena, nama aku tak ada.... selamat! Sambil membelek tie yang ter'jolor' (lebihan panjang...) keluar aku terpandang 100% silk. Aku terbingkas bangun... Sebelum ini aku tak ambil peduli pun.... pasal tie ni. Tie pun banyak aku dapat hadiah berbanding aku beli sendiri.
Lagi pun aku bukan suka sangat pakai tie... terpaksa. Ini aku dah tulis pasal tie, sila baca di sini (klik).
Kami (beberapa guru termasuk ustaz) berbalah kira-kira pasal sutera!! Betul ke 100% silk seperti yang ditulis. Aku menjawab ujian bakar boleh menentukan walaupun tak tepat 100%.
Ramai guru lelaki tak ambil pusing pasal sutera ini walaupun ada hadis yang jelas tentang pengharaman memakainya. Kenapa ada diskriminasi pemikiran kita soal haram kulit babi dengan haram sutera??
Semasa pulang, aku masih resah dan sambil menunggu anak-anak masuk ke kereta, aku memanaskan api rokok pada kereta aku lalu aku bakar perca hujung tie. Aku dapati tiada bau seperti rambut pada kebiasaan sutera tulin.
Cara pembakarannya macam benang benang polyester |
Hugo Boss adalah jenama yang terkenal juga di USA. Tapi kenapa, walaupun tulis 100% silk dan hand made, ujian bakar tidak menunjukkan ciri-ciri sutera asli? itu menjadi persoalan kepada aku.
Bila sampai ke rumah, aku buat ujian bakar sekali lagi pada semua tie yang aku ada.
Bila sampai ke rumah, aku buat ujian bakar sekali lagi pada semua tie yang aku ada.
Klik gambar untuk besarkan |
Rene Changal adalah jenama yang terkenal di Korea. Myung Ju Silk adalah silk terkenal di Korea. Bila aku belek-belek rupa 100% silk (dah pakai hampir setahun, baru sedar....). Tie ini adalah hadiah abang ipar aku semasa dia pulang melancong dari Korea.
Ini lagi pening!
Aku test pula Reycher daripada W.Gemany. Walaupun tie ini buatan luar negara tapi tak ada tercatat 100% silk. Aku sengaja nak 'main bakar-bakar'.
Hasilnya bauan macam kain biasa terbakar.. mungkin cotton + polyester.
Aku test pula tie murah Italy yang anak aku hadiah harijadi aku setahun lalu. Hasilnya pun sama bukan sutera pasal tak tercatat pun sutera!!!
Memang sah bukan sutera sebab di situ tercatat Hand Made 100& polyester!!
Kesimpulan (ini sekadar pendapat aku sahaja) rupanya tie pun ada yang tipu macam baju bola adidas Brazil boleh dibeli di Golok RM35 sahaja.
Ini menginggatkan aku kepada Mamat Tukang di Bukit Chatak 2 yang beli baju bola kuning Brazil ori dengan harga hampir RM300. Mat Tukang ni kawan baik Cikgu Nasir.. suka sangat pakai baju bola. Abang aku dengan Zul Toyo beli baju local RM35 sahaja beri kepada dia. Bila kita orang semak tak jumpa mana satu ori dan local hanya tanda holigram sahaja yang membezakannya. Sukalah member ni... dapat dua helai baju Brazil!! (Ini citer piala dunia 2010)
Kebetulan adik aku ada menjual sutera juga yang diambil daripada Desa Murni. Aku test kain-kain Desa Murni pada ujian bakar semuanya mengeluarkan bau macam rambut.
Adik aku jual 2 kali bayar hanya RM210 sahaja. |
Akhir sekali aku uji sekali lagi ujian bakar untuk batik sutera sekolah aku 1Malaysia.
Ujian bakar menunjukkan bau seperti rambut terbakar. Mengikut pendapat aku, sah batik sekolah 100% sutera asli. Ini bermakna sutera tulin. Ada yang mungkin tak setuju.
Ramai yang berhujah bahawa batik sutera itu campuran. Tapi macam mana dia orang kata campuran? Sumber manakah? Betul atau sekadar denganr cakap-cakap aje?
Apa salahnya bakar sedikit baju yang ada tu untuk mengujinya dan terlalu mudah kalau cikgu yang merokok....
Orang kata kenapa aku bersungguh dalam hal ini. Aku ingin jelaskan, aku sudah menyampaikan apa yang aku tahu. Sekurang-kurang aku telah berlepas dengan tangungjawab sebagai 'sahabat' sesama mukmin. Semua yang lain terserahlah kepada Allah Taala. Masing-masing akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang diamalkan.
Saya (pendapat) lebih suka mengambil pendekatan meniggalkan perkara yang ragu daripada kita menegak tanpa hujah yang nyata, sekurang-kurang mudah untuk kita menjawab disisi Allah s.w.t. nanti. Biarlah aku tak dapat merasai nikmat sutera di dunia ini sebab aku percaya dan yakin Allah pasti akan memberikan aku yang lebih baik diakhirat nanti... itu kepercayaan yang tak boleh orang ubah sedikit pun pada diri aku. Walahualam
.........
Adalah baik baca juga artikel ini
Kemeja Batik atau Batik Sutera?
Ujian bakar untuk jenis-jenis benang/kain
Adalah baik baca juga artikel ini
Kemeja Batik atau Batik Sutera?
Ujian bakar untuk jenis-jenis benang/kain
No comments:
Post a Comment