Setiap kali mengajar atau memberi kursus photoshop, saya suka 'buka minda' (dalam p&p di sebut set induksi) dengan bertanya bagaimana nak masukkan teks di belakang bukit tanpa menggunakan layer. Ya iaitu memasukkan gambar pada 'layar background' pada photoshop. Kita tahu antara kelebihan photoshop dan dia boleh mengalahkan corel photo paint atas dasar layer. Konsep layerlah membuatkan photoshop begitu hebat...
Lihat contoh gambar di atas, saya masukkan perkataan kursus di belakang bukit pada gambar satu layer sahaja iaitu layer background. Bagaimana?
Anda boleh ambil dan copy gambar ini untuk mencuba.
Taipkan perkataan "LEPAR PELURU" pada satu sudut. Guna warna yang contrast dan sebaiknya buat stroke di keliling teks.
Double klik pada layer untuk paparkan 'Layer Style' atau pilih menu Layer ---> Layer Style ---> Blending Options. Lihat seperti rajah di atas.
Kemudian lihat menu "Underlying Layer" dan setkan kepada 145 misalnya. Lihat seperti panah di atas. Lihat teks 'Lepar Peluru" akan tenggelam di bawah pokok dan bangunan. Ini menggunakan konsep 'blend' pada RGB color.
Hasilnya adalah seperti berikut.
Untuk tugasan dalam kelas nanti anda akan diberikan gambar ini. Cuba masukkan teks;
1. di belakang pokok sebalik sungai
2. dibelakang pokok sebelum bukit dan
3. di belakang bukit
Ini adalah contoh no. 2
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment