Anak perempuan 5 tahun aku yang suka menggangu semasa memasak. |
Bulan puasa ini kalau sebut pasal makanan semuanya berselera. Aku pun nak menulis pasal makanan juga kali ini. Pernah engkau orang terutama yang lelaki (suami) macam aku ini membuat 'spot check' apa yang ada dalam peti ais? Berapa plastik yang berisi lada, sayur, cuka kerepok, ikan bilis, kueh atau makanan yang tak habis? Mungkin ada yang dah berkulat kerana terlalu lama?
Kalau suami, isteri bekerja kita tak selalu masak dan banyak juga kita beli lauk di kedai sahaja. Kadang kala sayur yang dibeli tak sempat nak dimasak akhirnya terbuang sahaja.
Bila dah siap, nampak berselerakan! |
Inilah hasilnya. Nasir bersama dengan sayur. Aku namakan resipi ini sebagai NASi SAYUR. Kalau di tambah dengan kicap lagi best!!
Kami sekeluarga makan malam tersebut kecuali isteri aku yang lebih banyak berpuasa 'malam'. Mungkin jaga badan kot!. Licin nasi percubaan aku yang menyelamatkan sayur daripada rosak.
Esoknya anak aku yang 5 tahun itu bertanya "Ayah bila ayah nak buat NASI CAIR!!" Aku pun tersenyum dalam hati "Wah ini kompius nak bagi nama NASI SAYUR atau NASI CAIR"
Aku sebenarnya ada tekad nak buat lagi, kalau aku buat lagi akan aku tambahkan beberapa item bagi menguatkan rasa nasi sayur ini. Kalau nak sedah pastikan ada bilis goreng atau ikan kering macam kita makan nasi bubur yang boleh memberikan rasa masin.
Nasi sayur ini berbeza sedikit dengan nasir bubur atau nasi air pasal nasinya masih berbutir... rasanya macam kita makan nasi dengan kuah yang banyak. Orang tua marah makan nasi banyak kuah "nanti hujan".
Engkau orang boleh cuba...
No comments:
Post a Comment