Lama aku nak buat ais krim goreng kepada anak-anak aku. Pertama kali aku makan ais krim goreng ialah di Motel Desa. Masa tu aku, Anuar Yahya, Amir jadi JU (Jurulatih Utama) Kursus ICT. Masa kursus aku banyak buat teguran kepada En. Azman (sudah meninggal) Ketua Unit Latihan JPNT kerana memilih Motel Desa salah satu daripada tempat kursus.
Semasa aku membuat teguran, ada beberapa orang sepak kerusi aku, aku tak faham. Aku pelik bila aku tegur En Azman akan jawab seolah-olah dia tahu tentang Motel Desa.
Selepas mensyuarat mereka memberitahu aku bahawa Boss Motel Desa itu adik En Azman. Tension aku..
Ok bagaimana nak buat ais krim goreng? Bahannya seperti gambar di atas, ais krim (apa jenis), corn flakes (dihancurkan jadi serbuk) dan telur yang di"kepok" dengan sudu.
Selepas mensyuarat mereka memberitahu aku bahawa Boss Motel Desa itu adik En Azman. Tension aku..
En Azman Paling depan. PC depan "cerobel" tu kerja Zahron. |
Esok adik En. Azman datang jumpa kami semasa makan tengah hari. Dia tanya ada apa-apa yang tak ok just beritahu sahaja dia... kita orang senyap aje.. Lalu dia panggil waiter dan order 3 ais krim goreng dia cakap dia belanja kami. Ini kira rasuah juga!!
Ok bagaimana nak buat ais krim goreng? Bahannya seperti gambar di atas, ais krim (apa jenis), corn flakes (dihancurkan jadi serbuk) dan telur yang di"kepok" dengan sudu.
Mula-mula sekup air krim dengan sudu dan susun pada bekas. Selepas siap simpan dalam peti air sekitar 2 jam.
Selepas beku ambil daripada peti ais ulikan dalam telur dan selepas itu uli dalam corn flakes. Ulang beberapa kali untuk dapatkan ketebalan yang anda suka.
Masa ini boleh uli jadi bulat kalau mahu. Aku jenis malas.. aku kira apa bentuk sama aje...
Susun dalam bekas jangan tersentuh dan simpan semula dalam peti ais sekitar 2 jam lagi.
Panaskan minyak.. Ingat minyak betul panas baru masukkan untuk goreng dan goreng jangan sampai hangus.. kira-kira ½ minit aje.
Ini yang dah siap digoreng.
Ini rupa ais krim yang dah siap. Jika kita buka didalamnya. Anak-anak aku teruja dengan resipi ini. Dia orang kata sedap. Bini aku pun no komen, rasanya dia malu nak cakap sedap tu!!
Jika ada masa aku akan tunjukkan cara lain buat ais krim goreng yang lebih mudah lagi... harap tunggu.
No comments:
Post a Comment