Contoh kenderaan yang menghalang laluan di Putik sebelum ini yang menyusahkan orang ramai. |
Kita selalu mendengar ungkapan hadis yang disebut Jihad adalah setinggi-tinngi amal dan membuang halangan jalanan adalah selemah-lemah amalan yang boleh membantu iman pada diri seseorang. Jihad pula menurut Said Hawa dalam bukunya "Jundullah", di bahagikan kepada 4 iaitu Jihad paling utama ialaj Jihad Fisibillah dan termasuk juga jihad dalam pendidikan, khusus golongan guru ramai yang terbabit jika dia benar-benar ikhlas.
Saya suka satu percakapan pengetua saya kepada kontrator yang membaiki dewan sekolah. Dia sebut anggaplah membaiki dewan ini sebagai suatu amalan untuk membantu atau sumbangan mereka kepada sekolah atas asas untuk memberikan kemudahan kepada warga pengguna termasuk anak-anak kerabat mereka yang akan bersekolah situ nanti.
Jika mereka sekadar memenuhi tander yang diperolehi, mereka hanya dapatlah tander tersebut sahaja. Sebab itu Iman Nawawi telah meletakkan hadis niat ikhlas ini sebagai hadis pertama dalam kitab Riahus Solehinnya.
Dalam bulan ramadan, ramai dikalangan kita berlumba-lumba untuk menambah dan meningkatkan amalan, tapi kadang kala kita leka dengan perkara kecil yang menjadi asas kepada keperibadian kita. Dalam kita terkejar-kejar ke masjid dan surau kita leka dan lalai meletakkan kenderaaan kita. Ada kenderaan yang menghalang lalaun.
Sepatutnya kita perhati, adakah kenderaan kita itu akan menyukarkan kenderaan orang yang datang awal untuk keluar atau kenderaan itu terletak pada laluan orang ramai. Lebih baik kita terpaksa berjalan jauh sedikit atau tertinggal rakaat daripada kita 'dimaki' atau 'sumpah saranah' orang yang yang nak lalu atau nak keluar kerana sesuatu "emergency"
Jika membuang halangan ini disebut selemah iman, bagaimana keadaan kita yang menghalang laluan? Perkara yang kecil jangan dianggap mudah, nabi pernah sebut ada yang masuk neraka kena tidak sempurna membasuh kencingnya. Saya juga ada menulis tentang nasib selipar mereka yang datang awal ke masjid/surau juga adalah perkara kecil juga.
No comments:
Post a Comment