Hari ini aku berkupiah. Nampak warak sikit!! |
Bila ada wuduk, aku kena berhati-hati dengan isteri, pasal takut tersentuh. Dalam kereta masa hantar anak-anak ke sekolah belum turun kereta dia orang bersalam hulur tangan dari tempat duduk belakang. Aku pun berhati sebab tak nak tersentuh tangan isteri untuk berebut dan bersalam dengan empat orang anak.
Tapi masa parking, dan masuk gear undur tersentuh juga tangan isteri aku. Tension aku, dengan hari ini bulan ramadan aku berkupiah pula tu.
Aku banyak kali terdetik dalam hati, tak setuju dengan Iman Shafie pasal fatwa batal wuduk ini. Tapi aku ini insan biasa bukan pandai sangat agama. Di akhirat nanti sekurang-kurang boleh juga aku ber'sandar' dengan ulama.
Dalam surah An-Nisa' ayat 43 Allah s.w.t. ada menyebut "Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan. dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu Dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu, Yang suci, Iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
Mengikut pendapat Ibnu Abbas antara orang yang mahir tentang ayat-ayat Quran yang mempunyai maksud tersembunyi, 'mulamasah' dalan ayat tersebut bermaksud berjima' bukannya maksud bersentuh secara kulit.
Aku sebenarnya bersetuju dengan pendapat ini, iaitu tak batal wuduk sekadar bersentuh tanpa nafsu. Tapi aku masih mengamal seperti kebanyakan orang awam bermazhab Shafie.
Banyak kali juga kami tersentuh dan batal wuduk. Biasanya aku yang merugut pasal batal wuduk. Isteri aku jawab mudah sahaja "Ah boleh ambil wuduk lagi, bukannya payah ambil wuduk".
Sekali sahaja aku paling gembira sehingga 'serial sampai orat tekok' pasal batal wuduk tersentuh isteri. Itu masa nak sarungkan cincin perkahwinan dengan adab "batal wuduk"
Susah juga nak sebut payah atau tak payah ni. Memanglah ambil wuduk bukan payahpun. Apatah lagi ini adalah ibadat. Tapi isteri sepatutnya memahami apa yang suaminya suka dan tak suka, soal anggapan diri hendaklah diketepikan. Contoh paling mudah katakan suami tak suka makan durian. Takkan isteri nak paksa, walaupun semua orang kata durian itu sedap, termasuk anak-anak kita sendiri.
Salah satu perkara penting dalam rumah tangga ialah saling faham memahami antara satu sama lain. Misalnya aku cukup suka makan kaki ayam. Pertama kali aku tahu isteri aku tak suka makan kaki ayam, masa kami mula-mula tinggal di rumah sewa. Antara yang suka di masak oleh isteri aku ialah nasi ayam.
Sup Kaki Ayam |
Aku lihat kaki ayam dibuang dalam tong sampah. Aku ambil dan beritahu sedap kenapa tak dimasukkan sekali terutama untuk sup. "Mana ada orang makan kaki ayam" katanya selamba. "Kotor kaki ayam" katanya lagi.
Aku terus terdiam dan aku pun buang kaki ayam itu dengan rasa sedih (mungkin perasaan aku macam budak buang burger kot!)
Bila buat jamuan yang melibatkan banyak ekor ayam, saya banyak kali melihat bagaimana kaki ayam segar baru disembelih oleh Haji Nawawi yang tempah itu dibuang dalam tong sampah bersama perut dan kepala.
Alhamdulillah selepas 10 tahun, anak-anak kami membesar, entah tiba-tiba semua anak aku tak pernah aku suruh atau asuh suka kaki ayam. Sehingga memaksa emaknya masukkan kaki ayam ke dalam sup nasi ayam. Begitu juga dengan ikan keli, aku melihat isteriku membeli ikan keli kerana anak-anak aku.
Tapi terlewat untuk aku lebih 10 tahun aku "macam terpaksa" tak makan haruan, keli, sepat dan puyu kerana meraikan isteri. Sekarang aku sudah macam tak ada selera untuk ikan-ikan ini.
Kenapa isteri kita boleh meraikan anak-anak sedangkan susah untuk meraikan suami, memahami dan mengerti apa yang disukai dan tak disukai.
Aku tinggal persoalan di sini dan suka kalau ada mana-mana pembaca yang bergelar isteri memberikan komen!
No comments:
Post a Comment