Keputusan UPSR anak aku |
Emaknya, hari ini telah mengurus untuk mandapat keputusan UPSR. Tadi dapat telefon bahawa Muizzuddin hanya dapat 4A 1B sahaja. Nampak macam frust aje isteri aku. Aku macam biasa, tak pusing sangat. Lagipun aku dah tulis mengenai perkara ini dalam tulisan lalu bahawa keputusan peperiksaan UPSR tak valid kerana banyak sangat soalan bocor. [ baca di sini ]
Aku lebih suka Hj Zabidi dalam hal ini, masa dia bercakap di metting PIBG SRABZA (Sekolah Menengah Agama Islam Zainal Abidin) dia kata dia tak kisah keputusan UPSR nanti tapi yang penting anaknya diajar berdikari, berakhlak mulia dan ditingkatkan potensi secara neutral bukan asakan atau suapan semata-mata untuk nak lulus cemerlang UPSR.
Sebahgian ahli ALP sekolah SRABZA, tidak termasuk Hj Zabidi yang juga ALP |
Nampaknya anak aku tak ke mana, hanya akan ke sekolah SMIDB (Sekolah Menengah Islam Darul Bayan Pinang Merah aje). 23 subjek dengan belajar "bersusah payah!"
Pelajar SMIDB sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun |
Aku masa kecik dah pakai tali pinggang kulit rupanya.. |
Pelajar Darjah 6 -- Mana satu aku?? |
Aku ditempatkan kelas 1 Khas di SIS |
Tak ada kekayaan dan kerjayaan nak di mewahkan. Aku cerita pula apa dia bahagia.. aku cerita bagaimana bahagia boleh diperolehi dengan bersusah payah. Anak aku macam pening aje...
Aku cerita bagaimana orang boleh berebut mendaki Gunung Everest yang merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian setinggi 8850 meter. Apa yang dapat dengan bersusah payah nak daki gunung itu. Ada emas ke di puncak gunung tersebut?
Aku tanya anak aku, apa dia dapat jika dia boleh sampai ke puncak gunung tersebut. Bangga, bahagia.. kesenangan yang sukar nak diucapkan. Aku tanya lagi macam mana beza manis buah durian dengan manis buah epal?? Semuanya manis kan?
Itulah kemanisan kehidupan....
Anak aku meninggalkan aku dengan keadaan tertanya-tanya. Mungkin dalam hati apa ayah aku merepek ni!! Sebentar tadi aku lihat dia asyik "main games PIS 2011" di notebook.. aku rasa dia dah dapat kemanisan dan kebahagian "bermainan games". Kalau tak bagi dia main, dia akan sedih dan tidur tak lena....
Anak aku... dapat 4D 1 E. Tak macam abang2 dia... koman2 pun 2A, 3A, 5A. Abang sulung dia.. dapat 12A SPM 2007, sekarang tengah praktikum kat Jepun. Abang No 2, sekarang Diploma Kejuruteraan Mekanikal TESDEC, Abang No 3, sekarang diploma kejururawatan USM, Abang no. 4, ranking ke 4 dalam seluruh tkt 4 sekolah. Kakak no 5 ranking no 1 dalam seluruh tkt 4 sekolah (twin).. tapi yang bongsu ini ranking no 133/158. Kecewanya aku rasa...
ReplyDeleteTapi kemudian aku terfikir... Bila aku sakit tenat nanti.. Abang no 1, Jurutera Dermaga Minyak di Laut Carribean, Abang No. 2 Ketua Teknisyen di Proton Shah Alam, Abang No 3 paramedik Utama di Qatar, Abang no 4 Jurutera elektrik di Kuching, Kakak No 5 pakar jantung di IJN. Dan DIA lah yang akan picit kaki dan ajar aku mengucap dua kalimah syahadah. Betapa beruntungnya aku ada DIA.
Zul, kalu nok ejas ke Sekolah Menenghah Agama Kg Laut (SMAKL) pun comel jugok. Anak ambe dah 4 orang kat situ. Anak kedua merupakan first batch kat situ, sekarang kat UIA Kuantan. Tapi rasanya untuk kemasukan 2012 dah penuh. Kalu minat bolehlah ejas dgn mudir yg rumahnya tak jauh drpd rumah deme (jalan melati).
ReplyDeleteterima kasih Anonymous, saya tulis di sini pun sekadar nak menyebut kerjayaan itu semua kerja Tuhan kita kena bersyukur dan pasrah!
ReplyDeletezizie ali, ambe terlibat juga sikit-sikit dengan SMIDB. Kena hantar di sana. Di situ baru mula tingkatan 1 tahun 2010.
ReplyDeleteSRABZA pun dalam proses nak buat sekolah menengah. Tahu hadapan baru mula. ada dah orang derma tanah 7.2 hektar. plan bangunan pun dah siap. Bangunan kosong sahaja bernilai 6.5 juta... terkejut macam mana nak cari pitis nanti.