Ramai yang ucap tahniah kepada aku di FB pasal sekolah aku memang 17 kategori daripada kategori yang dipertandingkan untuk sekolah-sekolah daerah Dungun. Tahun lepas dapat 9 sahaja.. (sahaja ??? oii)
Makmal ICT kalah, dan sebenarnya kalah sebelum bertanding lagi.. Tak banyak projek tahun ini sekadar buat "Taman Wifi" aje... itu pun idea cikgu Jasli.
Makmal ICT kalah, dan sebenarnya kalah sebelum bertanding lagi.. Tak banyak projek tahun ini sekadar buat "Taman Wifi" aje... itu pun idea cikgu Jasli.
Aku suka bertanding jika pertandingan itu boleh menambahkan pengetahuan dan persedian kita. Tapi kalau lebih drp itu aku macam tak selesa sahaja. Sepanjang aku ingat 3 pertandingan sahaja yang memenatkan yang aku tempoh selama jadi cikgu. Pertadingan 3K peringkat kebangsaan di SO (Sultan Omar) dulu. Dapat tempat keempat.
Aku berpendapat sekolah sepatutnya tumpu 2-3 kategori sahaja untuk bertanding. Tumpuan dibuat bagi mengatasi masalah, menambah baik dan memberikan pengalaman kepada katogeri yang ditumpukan itu.
Misalnya sekolah menghadapi masalah disiplin, maka sekolah patut bertanding kategori disiplin agar susun atur displin menjadi lebih tersusun dan diambil perhatian.
Tandas guru lelaki (takkan perempuan pula... mana aku tahu...) sekolah aku misalnya ketiga-tiga pintu tak ada kunci dah lebih dua tahun rasanya. Perkara ini nampak kecil dan dipandang kecil.. Tapi jika ada pertandingan sudah pasti perkara kecil pun diambil perhatian.
Lebih kurang macam ini, tapi mangkuk tandas jenis cangkung, bukan duduk. |
Dulu masa aku belajar di UTM, aku tinggal kolej Pertama. Bangunan UTM Jalan Gurney KL (sekarang Semarak). UTM adalah asal daripada sekolah Teknik, bangunan lama peninggalan "mat salleh". Tandasnya cukup hebat, ada pintu, tapi pintu macam pintu koboi. Lagi masalah mangkuk bukan duduk, tapi jenis cangkung. Bila buang air besar, kalau ada orang duduk pasti akan nampak 'rambai kita'. Awal-awal aku di sana nak buang air besar, najis pun tak nak keluar....
Di SMKSO, aku masih ingat apabila cikgu Mat Dollah (Mohamad Abdullah, sekarang ni dia pindah ke SMK Balai Besar setelah lebih 25 tahun di SO) minta tukar tangki tandas di tandas guru lelaki kerana tangkinnya di sebut Mat Dollah "sejak zaman Jepun lagi"... Habis satu bilik mesyuarat guru gelak, akhirnya cikgu Mat Zaid (pengetua masa itu dah pencen ketua sektor) akur.
Aku mula sampai di sana rasa pelik juga lihat tangki tandas berbentuk besi macam "kapal selam"... tak penah 'omor hidup' aku lihat tangki seperti itu...
Jika IZ bertanding untuk kategori tandas guru, aku rasa aku boleh buang air dengan selesa bukan apa, takut-takut ada tertolak pintu itu... kalau cikgu Wahab tak apa, kalau 'akak' tukang bersih tandas, aku rasa aku akan ambil cuti rehat 7 hari 'seritekkk'

No comments:
Post a Comment