Set Pemulihan |
Ini cerita lama, tapi aku nak tulis juga sekadar kongsi pengalaman. Tahun 2009 aku 'terbeli' juga produk ini walaupun aku tak guna pun. RM300 ++ harganya dikira mahal dan membazir jika tak dimanaffatkan
Sekadar maklumat pada 3 Disember 2009 Kementerian Kesihatan melarang penggunaan 27 produk yang dinotifikasi sebagai bahan kosmetik tetapi digunakan untuk tujuan perubatan dan rawatan, termasuk digunakan bagi menitis dalam hidung atau mata. Ini termasuklah Permata Hijrah yang aku sifatkan "menipu". Menipu kerana menggunakan doktor untuk kampen, menipu kerana ceduk daripada produk sebelum ini (rakan kongsi), menipu kata ubat sedangkan adalah supplement, menipu dengan tambahan pengunaan dan manipulasi air zam-zam.
Tapi secara ikhlas, aku telah menggunakan kepada beberapa ekor kucing liar yang ditinggalkan atau kucing terbiar termasuk yang aku terjumpa ditepi jalan. Hasilnya kucing yang sakit mata biasanya boleh baik dengan sekali atau 2 kali semburan sahaja.
Kucing ini alhamdulillah baik, tapi setelah elok kucing hilang dipercayai diambil orang... puak ni masa kucing tak sihat tak carapun.. |
Walaupun toner tu lama aku dah beli tapi proses membantu kucing berlaku pada tahun ini, 2011.
No comments:
Post a Comment