Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, September 14, 2011

Mayat tak reput di Kg Pasir Raja

Gambar hiasan sahaja
Mengikut cerita, seorang wanita yang tinggal di Kampung Pasir Raja, Dungun dengan anak perempuannya berusia 5 tahun setelah 2 tahun kematian suami telah membawa anaknya ke hospital Dungun kerana anaknya mulai sakit dan demam yang berpanjangan.

Atas nasihat seorang doktor anak itu telah dirujuk ke Hospital Kuala Terengganu dan tak sampai satu hari pihak hospital Kuala Terengganu telah mencadangkan anak ini di hantar ke Hospital Pakar Kuantan kerana penyakitnya agak sukar dikesan dan agak ganjil.

Ibu ini dalam nada yang sedih kecewa dengan ketidak mampuan hospital kerajaan untuk mengubati anaknya sedangkan dia adalah di kalangan golongan yang miskin dan mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM300 sebulan.

"Mana mampu nak bawa ke sana dan ke mari, sedangkan semuanya melibat duit" rintih ibu tersebut. "Sekarang terpaksa tinggalkan kerja demi menjaga anaknya" rintihannya lagi sambil mengesat-gesat kelompak mata dengan lengan baju yang agak usang.

Dia mengambil keputusan nekad, apa nak jadi anak ini aku tak akan hantar hospital. Sakit pun pakai duit, matipun pakai duit. Hiduppun nak duit juga untuk makan, kata-katanya dengan penuh kecewa.

Dia bawa balik anaknya ke Kg Pasir Raja, tinggal di pondok usang peninggalan suami. Itulah satu-satunya harta yang dia ada. Dengan sekakngkang tanah di belakang rumah, dia bertanam dan hasilnya dijual untuk sara hidup.

Tak ramai yang membantu, JKKK pun tak nampak batang hidung melainkan jika ada YB turun. Masa itu  bolehlah 'beraya sakan' kerana YB akan hulur duit dan ramai juru gambar akan ambil gambar untuk publisiti.

Tapi pada masa-masa yang lain hanya Allah sahaja yang tahu perit deritanya.

Tak sampai seminggu, anaknya meninggal dunia. Dia jadi macam 'ising'.. sudahlah suami tiada kini anaknya pula meninggalkan dia. Dia tak bagi sesiapa pun usik anaknya.

"Dulu masa aku susah ada engkau orang jengok? Ada engkau orang tolong bagi  sedikit makanan untuk anak aku?" Kata-katanya yang kesat dengan nada marah kepada sesiapa yang mendekati dia dan anaknya yang dah mati.

Orang kampung tak berani mendekati ibu ini. Apatah lagi semenjak anaknya meninggal parang panjang untuk menebas peninggalan arwah suaminya sentiasa ada disisinya.

Hampir sebulan orang kampung melihat dia mandikan anaknya, sikap rambut dan pakai pakaian untuk mayat anaknya. Malah di dukung anak itu kehulu hilir... kadang kala dia menangis, ada kala pula dia ketawa dan banyak masa dia hanya mendiamkan diri,

Yang mengjadi hairan anaknya tidak reput, busuk atau berulat. Kejadianya menjadi perbuialan hampir seluruh kampung dan Ketua JKKK mengambil inisiatif membuat report polis dan pihak polis bersama dengan wartawan datang dan usaha untuk menanan anak ini dilakukan secara membujuk.

Hanya Pak Kasim, Tok Imam Kg Pasir Raja yang tak sebulu dengan Ketua JKKK sahaja yang mampu membujuk ibu ini dan akhirnya dia bersetuju unutk menamam anaknya di tanah perkuburan Islam di situ. Pak Kasim memang di hormati oleh ibu ini kerana dialah satu-satu insan yang 'cakna' semasa dia susah.

Semasa mengebumikan mayat anak ini, semua orang yang hadir kehairanan kerana mayat tersebut tidak sedikitpun terjejas walaupun dah sebulan meninggal dunia.

Wartawan yang hadir cuba memberanikan diri bertanya apakah amalan yang ibu ini lakukan yang membolehkan mayat anaknya tidak reput. Biasanya mengikut ulama hanya Nabi-Nabi, alim ulama dan orang yang dikasihi Allah sahaja mayatnya tidak reput.

"Tak ada apa yang saya lakukan, saya hanya manusia biasa sahaja" kata ibu itu dengan nada bersahaja.

"Oh ya, oleh kerana saya miskin saya hanya bagi makan anak saya maggie tiap-tiap hari. Kalau beli ikan pun ikan 'air batu' (ais)" kata ibu itu lagi..

Patutlah tak reput maggie ada 'farmilin' (Formaldehid) bahan pengawet dan ikan sekarang banyak menggunakan 'pengawet mayat' untuk nampak segar...

Aku rasa engkau orang dah faham maksud yang aku nak sampaikan.. JANGAN MAKAN MAGGIE hari-hari boleh bahayakan kesihatan. Sorrylah daripada semalam aku tak tidur.. untuk melegakan kepala kasi joke sikit! ok jumpa lagi dalam tulisan lain.

DR. FATIMAH (kiri) menunjukkan cara menggunakan
alat pengesan bahan pengawet mayat
dalam ikan di Universiti Putra Malaysia, Serdang


3 comments:

  1. suspen je cikgu...:)

    ReplyDelete
  2. CISS! TERKENA JUGA.......

    ReplyDelete
  3. salam, maaflah klau trsalah ckp, wlaupn ni 2011 pnye crita, perluke nk letak nama kg sebenar dlm cerita2 joke kamu ye? asal nk burukkn nama kg aku?? asal nk burukkn JKKK kg aku? fikir la prasaan org sblm nk melawak ye en.. anda lebih matang dr saya, salam..

    ReplyDelete