![]() |
Aku sekeluarga beraya di rumah terbuka Cikgu Zam |
Hari ini aku nak menulis mengarut sedikit, pasal semalam 10/9/2011 adalah hari ulang tahun perkahwinan aku yang ke-13 dan kami sekarang dah ada 5 orang anak. Al Hamdulillah semuanya adalah kurniaan Allah s.w.t. Pasal Kentut.. mesti yang membaca mengatakan aku dah mula tak berapa 'sihat'?
Sebelum aku mengulas panjang pasal kentut, nak tanya sepanjang yang berkahwin pernahkan engkau kentut di hadapan pasangan engkau.... atau cuba tahan sedaya upaya? Atau sekadar kentut di hadapan anak-anak sahaja?
Itu engkau orang jawab sendiri... tapi kajian secara tidak langsung makin lama perkahwinan makin tak terjaga rasa malu ini. Masa mula kahwin sanggup tahan walaupun 'biru' muka!!
Aku perturunkan beberapa bacaan aku tentang kentut ini, Pakar Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan.
![]() |
Jika kentut jangan tuduh orang lain. Ini kerja tak baik!! |
Bagaimanapun, kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil,berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.
Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.
Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika ‘terlepaskannya’ di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan.
Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen.
Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang.
Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon.
Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet anda dan bagaimana saluran gastro usus anda berfungsi.
Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu.
Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut.
Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada dua sumber iaitu udara yang anda telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok) manakala satu lagi peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus
Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen.

Ini daun kentut tak ada kaitan dengan artikel ini |
Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut.
Sesuatu yang anda perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain.
Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi ‘berangin’.
kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseorang itu kerap kentut.
Wah panjang lebar sarahan aku tentang kentut, mesti engkau orang dan mula "loya".
Kalau banyak sangat pengetahuan tentang sains dan tahu pasal kentut, janganlah buat perangai seperti seorang penumpang wanita pesawat Amerika yang menyalakan mancis untuk menghilangkan bau busuk akibat kentutnya.
Menurut berita Agensi akibatnya, pesawat American Airlines dalam penerbangan dariWashington ke Dallas , terpaksa mendarat di Nashville selepas penumpang terbau sesuatu terbakar. Keadaan panik tercetus selepas semua 99 penumpang dan lima anak kapalnya diarah keluar dan semua bagasi turut dipunggah. Pesawat berkenaan turut digeledah dan batang mancis yang terbakar itu ditemui di bawah kerusi wanita terbabit.
Peristiwa ini berlaku pada 8 Disember 2006.
Ini video yang menunjukkan kebenaran apa yang ditulis di atas. Walapun video ini dikategorikan sebagai video 'bengong' tapi apa juga pengajaran yang boleh di pelajari.
Sesuatu yang anda perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain.
Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi ‘berangin’.
kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseorang itu kerap kentut.
Wah panjang lebar sarahan aku tentang kentut, mesti engkau orang dan mula "loya".
Kalau banyak sangat pengetahuan tentang sains dan tahu pasal kentut, janganlah buat perangai seperti seorang penumpang wanita pesawat Amerika yang menyalakan mancis untuk menghilangkan bau busuk akibat kentutnya.
Menurut berita Agensi akibatnya, pesawat American Airlines dalam penerbangan dari
Peristiwa ini berlaku pada 8 Disember 2006.
Ini video yang menunjukkan kebenaran apa yang ditulis di atas. Walapun video ini dikategorikan sebagai video 'bengong' tapi apa juga pengajaran yang boleh di pelajari.
percaya atau tak sy xpernah kentut dpn suami sy....heheheh...
ReplyDelete