Kod QR adalah sejenis kod bar generasi kedua. Sejenis 'penyimbolan' dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat di negara Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar biasa kerana kod ini mengandungi maklumat secara menegak dan mendatar. Penggunaan Kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alam handphone.
Aku pun sebenarnya tak tahu sangat pasal kod ini, kebetulan semasa kita orang menjadi hakim "manipulasi" (pak kaduk) oleh pihak kerajaan Negeri Terengganu dalam pertandingan laman-laman Perlacongan Negeri Terengganu suatu masa dulu RizalHanafi ada membuka idea pasal perkara ini. (Nanti kalau ada masa aku akan tulis pasal hakim Pak Kaduk.. tapi nak tahu cerita panjang tanyalah Ustaz Mahadi.. dia Bapak Kaduk!!)
Sepintas lalu, seungkap catatan..
| Home | Keluarga | Sekolah | Pelajar | Tips | Software | Coretan | Santai
| Resipi
| Loyar Buruk
| Agama
| Admin | Keluar |
Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..
Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...
Friday, February 25, 2011
Thursday, February 24, 2011
Mesin Basuh
Mula aku bekerja, pertama yang aku beli ialah mesin basuh. Kawan-kawan aku lebih kepada peralatan audio video, kerana di Sarawak kami berada di Kapit cukup pendalaman. Surat khabar lewat sehari, kalau paling awal pun 6.00 petang baru sampai dengan bot. (Gambar: Aku tahun 1990)
TV3 pun tak dapat siaran. Kedai sewa tape video pada masa itu menjadikan cerita di TV3 sebagai rakaman jualan.. macam sekarang kita download cerita P. Ramlee nampak logo Astro.
Kapit ialah Bahagian ke-7, Bahagian yang paling pendalaman yang majoriti masyarakat adalah berbangsa Iban. Aku agak nasib baik kerana mengajar di sekolah menengah yang sudah pasti di pekan Kapit. SMK Kapit. K itu bukan kebangsaan tapi kerajaan, Sekolah Menengah Kerajaan Kapit, Kapit, Sarawak.

Monday, February 21, 2011
Minyak Ron 97
Dua bulan lebih aku tak menulis, macam ada suatu yang tak kena aje. Sibuk memanjang. Banyak isu boleh dikongsikan bersama tapi sudah terlepas.
Selepas kereta Iswara aku totaly loss aku macam 'patah kaki' sedikit. Motor buruk HandaCup aku yang telah ditinggalkan begitu lama kini jadi 'teman' semula.
Aku memang 'bengang' sikit dengan motor tu pasal tiap kali aku pakai mesti tayar pancit. Malas nak heret, aku tonggang juga, akibatnya aku terpaksa habiskan RM10 untuk tiub baru. Kata orang tak balik modal macam ni!
Terakhir aku minta 'pomeng akjus' macam mana kasi jangan pancit lagi. Al Hamdulillah nampak macam berhasil dah tak meragam lagi.

Friday, December 17, 2010
Cuti-Cuti Malaysia: Kupon Letak Kereta dan Polis Trafik
Bila saya sampai ke Kuala Kangsar (oghre Perak sebut Kuala), saya agak terkejut, pasal pekannya nampak sunyi aje. Kenderaan taklah juga sibuk. Lebih kurang macam Dungun aje dalam hati saya. Saya manalah pernah datang ke "Kuala" sepanjang hayat. Tapi Kuala Kangsar menjadi agak 'senonim' maybe ada MCKK.
Saya mengelilingi pekan Kuala Kangsar kerana nak mencari tempat rehat, sudah pukul 5.00 petang agak keletihan memandu. Terjumpa Izi Hotel, tapi malangnya dah penuh. Terasa juga pelik, dalam tak ada orangpun hotel boleh penuh. Mungkin hotel baru kot!!

Tuesday, December 14, 2010
Cuti-cuti Malaysia: Teluk Intan & Kawan Lama.
12 Disember 2010, pukul 6.30 petang aku bertolak daripada Kuala Kangsar ke KL masuk lebuhraya, setelah 4 hari aku bercuti menghayati kempen kerajaan "Cuti-cuti Malaysia 2010".Sebelum itu 'teman' (loghat Perak) terdengar cakap-cakap daripada members yang nak balik ke KL berkata "hari ini Ahad mesti jem punya!". Teman mana lah tahu dan tak pernah terfikir bahawa leburaya akan 'jem', melainkan jika ada perayaan aje.
Wah mak datok, jem sakang! Dalam mencari formula baru aku terfikir rupa-rupanya jika 'jem' adalah lebih baik masuk lorong kiri daripada kanan. Lorong kiri lebih cepat (memang sah aku dah uji)
Wah mak datok, jem sakang! Dalam mencari formula baru aku terfikir rupa-rupanya jika 'jem' adalah lebih baik masuk lorong kiri daripada kanan. Lorong kiri lebih cepat (memang sah aku dah uji)
Friday, November 12, 2010
Tips mengatasi telefon daripada promosi hotel, bank dll
Paling kita boring bila ada panggilan telefon daripada hotel, bank atau mana-mana agensi ke handphone kita untuk membuat iklan promosi atau pakej tertentu. Malas nak layan kadang kala tak kena masa.
Tambah boring bagaimana maklumat peribadi kita semasa kita mendaftar dengan celcom, maxis atau bank telah disalahguna oleh orang tertentu menjual maklumat ini kepada orang lain.
Saya ada kaedah sendiri mengatasinya, antara yang saya lakukan.

Cikgu buka FB berapa tahun sekali? Part II
Artikel saya pasal tajuk "Cikgu buka FB berapa tahun sekali?" tergantung tak habis. Saya menulis tengah malam dan mengantuk pada masa itu. Memang ada niat nak sambung... tapi biasalah kalau buat kerja, kita tinggalkan jawabnya tak siaplah!!
Rumah saya pun sama. Dulu abang saya nak sambung dan baiki tangga, sampai hari ini title tak siap di hadapan tu, tangga pun tak siap, macam 'rumah tukang'. (Abang saya kontrator yang buat rumah saya).
Title yang dah potong pun dah hilang entah kemana? Kalau sambung nanti jika warna title tak sama jawabnya macam kena penyakit "balau"!!

Subscribe to:
Posts (Atom)