Dua hari lepas aku ada install CorelDraw Graphic Suite X6 (versi 16). CorelDraw X6 telah menambah ciri-ciri baru antara lainnya ialah membaiki
'color' untuk interface antara Adobe, Microsoft dan CorelDraw versi lama. Kalau kita bekerja di kedai printing perkara ini amat penting, tapi memang tida terasa bagi pengguna biasa.
CorelDraw adalah software terbaik bagi aku kerana dengan CorelDraw aku boleh buat apa sahaja, seperti menaip surat, membuat jadual
(table), buat kad, pamplet, majalah dsbnya. Tak perlu lagi Microsoft Word atau Publisher. Buku rekod mengajar aku dah lebih 4 tahun aku buat dengan CorelDraw 100%.
Photoshop software kedua yang menawan hati aku. Dengan gabungan CorelDraw dan Photoshop hasil kerja menjadi lebih mantap. Pada kebiasaannya orang gabungkan Adobe Photoshop dengan Adobe Indesgn tapi aku mengabungkan Photoshop dengan CorelDraw.