Semalam aku baru terperasan bahawa Sony Vegas Pro telah mengeluarkan versi baru. Bukan sahaja baru malah dah versi 10d iaitu yang keempat daripada versi 10nya.Memang kebelakangan ini, aku kurang buat projek video. Tahun ini hanya satu sahaja video klip iaitu majlis penutupan program Adab. Itupun banyak dikendalikan oleh Cikgu Zam.
Macam biasa versi terbaru dikalangan pembuat software video utilities sekarang menumpukan kebolehan membuat video dalam versi 3D.




