Bersunat atau bahasa baku disebut berkhatam suatu tradisi bagi anak-nak lelaki yang nak jadi benar-benar 'lelaki'. Aku dulu bersunat ketika masuk darjah 5. Hampir semua abang-abang aku bersunat dengan Tok Mudin di Kg Merbau Patah, sebab kami berasal daripada Kuala Terengganu. Aku dilahirkan di Kg Pulau Sekati.
Tapi aku, lain sedikit bersunat di hospital. Masa itu perubatan hospital Dungun dah mula ada rawatan khatam. Mungkin susah nak ke Kuala Terengganu, jadi paling baik sunat aje di Dungun.
Zaman dulu sunat guna iodin, balut, jahit dengan tali 'taksi'. Seminggu buka balut ya Allah sakit kerana melekat. Taksi pula kadang kala tak reput, kena tarik sendiri. Tapi sekarang perubatan bab khatam ini melalui banyak perubahan. Mudah dan canggih. Pasal tu tak hairan ada orang tua pun nak sunat sekali lagi, katanya nak"erong" he he he...
Muryid nampak macam taku sikit... |
Ok Matzaid minta 6 petang, pasal hari lain dah penuh. Aku kata kalau esok petang macam mana. Ok dia setuju pukul 5.00 petang.
Aku baru beritahu isteri aku pasal sunat dan anak-anak aku. Haziq nampak rileks aje macam setuju, musryid baru 7 tahun macam tak ready aje. Dia tak sihat, malam tu deman dan berpanjangan sampai esok. Aku pun macam nak batalkan Mursyid lagipun dia muda lagi... Tapi esok walaupun deman Mursyid berjaya disunatkan.
Haziq ok, rileks aje.. |
Emaknya malam tu panggang ayam guna microwave. Dulu aku tulis pasal microwave yang isteri aku tak setuju beli... sekarang dia adalah pengguna utama. (baca di sini).
Pagi besok Mursyid mula buat perangai, ubat tak nak makan... tak boleh telah. Deman dia makin melarat. Paling seronak aku terdengar daripada bilik aku "...Ayoh suruh sunat ni!!" Teruk aku layan mereka berdua. Termasuk kena buat 'sarang' semasa dia nak mandi untuk pastikan burungnya tak terkena air...
Kawan pun ssunat dgn Haji Embong Merbau Patah. Khabarnya anak beliau kini jadi orang kuat JPN Trg. Junior kawan mase skoloh.
ReplyDeleteTang buat 'sarang' tu kawan rasa kelakor sungguh. Kawan dulu pakai perekup nge gelas je. heh heh heh