Pembantu Amil, Sdr Md Zaid orang panggil Mat Zaid Dr pasal dia boleh sunat.. bagus sunat dengan dia ni.. |
Sepintas lalu, seungkap catatan..
| Home | Keluarga | Sekolah | Pelajar | Tips | Software | Coretan | Santai
| Resipi
| Loyar Buruk
| Agama
| Admin | Keluar |
Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..
Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...
Wednesday, August 31, 2011
Zakat Fitrah & Amil Zakat
Saturday, August 13, 2011
Menghalang laluan
Contoh kenderaan yang menghalang laluan di Putik sebelum ini yang menyusahkan orang ramai. |
Kita selalu mendengar ungkapan hadis yang disebut Jihad adalah setinggi-tinngi amal dan membuang halangan jalanan adalah selemah-lemah amalan yang boleh membantu iman pada diri seseorang. Jihad pula menurut Said Hawa dalam bukunya "Jundullah", di bahagikan kepada 4 iaitu Jihad paling utama ialaj Jihad Fisibillah dan termasuk juga jihad dalam pendidikan, khusus golongan guru ramai yang terbabit jika dia benar-benar ikhlas.
Saya suka satu percakapan pengetua saya kepada kontrator yang membaiki dewan sekolah. Dia sebut anggaplah membaiki dewan ini sebagai suatu amalan untuk membantu atau sumbangan mereka kepada sekolah atas asas untuk memberikan kemudahan kepada warga pengguna termasuk anak-anak kerabat mereka yang akan bersekolah situ nanti.
Thursday, August 11, 2011
Menginsafi Diri Di Surau Intan Sakinah
Aku kalau setiap pagi khamis jika ke surau sekolah (Surau Intan Sakinah), cikgu-cikgu lain mesti akan gelak sakan mengumpat aku. Mereka kata kalau cikgu Amra datang itu tanda kiamat kecil, kalau cikgu Zul datang makna tanda kiamat besar.
Hidup bermasyarakat dan sekop komuniti sekolah, acah, perli dan bergarau adalah perkara biasa. Kita tak patut mengambil endah sangat perkara seperti ini.
Thursday, August 4, 2011
Nasi Sayur @ Nasi Cair
Anak perempuan 5 tahun aku yang suka menggangu semasa memasak. |
Bulan puasa ini kalau sebut pasal makanan semuanya berselera. Aku pun nak menulis pasal makanan juga kali ini. Pernah engkau orang terutama yang lelaki (suami) macam aku ini membuat 'spot check' apa yang ada dalam peti ais? Berapa plastik yang berisi lada, sayur, cuka kerepok, ikan bilis, kueh atau makanan yang tak habis? Mungkin ada yang dah berkulat kerana terlalu lama?
Kalau suami, isteri bekerja kita tak selalu masak dan banyak juga kita beli lauk di kedai sahaja. Kadang kala sayur yang dibeli tak sempat nak dimasak akhirnya terbuang sahaja.
Batal wuduk bila tersentuh isteri
Hari ini aku berkupiah. Nampak warak sikit!! |
Bila ada wuduk, aku kena berhati-hati dengan isteri, pasal takut tersentuh. Dalam kereta masa hantar anak-anak ke sekolah belum turun kereta dia orang bersalam hulur tangan dari tempat duduk belakang. Aku pun berhati sebab tak nak tersentuh tangan isteri untuk berebut dan bersalam dengan empat orang anak.
Subscribe to:
Posts (Atom)