Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, December 21, 2017

Tampar Pelajar (2)

Pelajar nak pergi kantin bukan waktunya, lihat aku terus lari..
Mereka tak selamat walapun semasa itu belum ada hp 

tapi aku ada kamera sony cybershot selalu ditangan.
Rupanya artikel aku pasal tampar pelajar menjadi viral juga. Mungkin ini tempias isu Cikgu Azizan. Memang pun aku menulis pasal tampar ni kerana isu Cikgu Azizan, kalau tak tak ingin nak dibocorkan kerja 'jahat' aku dulu-dulu.

Aku sebelum ini janji nak sambung pasal emosi dan marah, tapi rasanya kena perhabiskan pasal tampar dulu... jangan marah dan emosi ya.

Ada satu kes aku tampar pelajar yang baik dengan aku tanpa dia tahu apa salahnya. Ini adalah tindakan pelik yang pernah aku lakukan sepanjang aku menjadi Ketua Guru Disiplin. Kalau sekarang buat macam ni, dah masuk court.

Ceritanya begini...

Pelajar dalam kelas aku... tapi budak kena tampar tu bukan kelas ini
Cikgu Azizah Abdul Ghani (cari gambar cikgu Azizah tak jumpa) datang bilik aku (bilik disiplin), dia menangis dan mengadu ada seorang  pelajar tingkatan 5 'ngajing' (memperolok) dan dia tegur pun tak endah. Cikgu tu kata dia "kecik ati" (terasa hati dan sebak).

Cikgu Azizah bukan guru disiplin, tapi dia antara guru perempuan yang garang. Ramai pelajar takut kepada dia. Pernah suatu hari aku bertanya 'pak guard' pasal pelajar balik semasa waktu persekolahan. Dia cakap yang minta izin nak balik dua perkara aje, jika ada buku tertinggal. Dia sebut lagi pelajar akan minta balik jika tertinggal buku cikgu (akulah) dan Cikgu Azizah.

Cikgu Delfy guru PJK dan Matematik
Dulu kalau aku mengajar tak ada buku teks atau buku latihan termasuklah alat tulis tahulah apa dia orang kena.... Pendekatan aku berbeza dengan Cikgu Delfy, dia bawa se'berkas' (berbilang pensil yang diikat dengan getah gelang) pencil, pembaris, pemandan dll untuk dipinjamkan kepada pelajar yang malas....

Aku hanya bawa sebatang rotan aje... rasanya lebih mudah dan ringan. Kalau tak ada rotan aku tak guna akar, tapi aku bawa sebatang pembaris, tapi pembaris makmal sains yang tebal serta lebar! (Kalau tak lebar, letih aku kena tulis dalam "buku log peralatan rosak" yang biasa tergantung ditepi papan hitam di makmal sains)

Sekarang cikgu Delfy mengajar di SMK Balai Besar, bersama isteri aku. Dengar cerita dia masih bawa peralatan menulis untuk pelajarnya. Istiqamah betul dia... Sifat terpujinya itu mungkin membuatkan anak-anaknya berjaya belaka....

Bila cikgu perempuan datang mengadu dan menangis, aku pun rasanya tak perlu banyak siasatan. Apatah lagi cikgu Azizah seorang yang garang, tegas dan sangat berkerja untuk pelajar. Bayangkan setiap tahun subjeknya 100% lulus untuk SPM.

Bila guru yang mendidik kita dengan ikhlas menitis air mata, aku terasa seperti emak kita menitis air mata. Sejahat-jahat emak kita... apa jahatnya? Apa sangat salah leteraannya, atau jika dia "tang" (libas) dengan tali timba pun aku tak kata seorang ibu itu salah. Jika pelajar membuatkan cikgu perempuan (bukan guru lelaki) menangis.... itu aku tak boleh terima.Ini bukan soal siapa yang salah, tapi prinsipnya penghormatan kepada guru yang hampir sama dengan penghormatan kepada ibubapa apatah lagi guru yang benar-benar berkorban untuk mendidik anak muridnya tanpa mengira pernah dan lelah.

Banyak kali aku bercakap dalam perhimpunan sekolah, untuk mendapat "keberkatan hidup" jangan sekali-kali membuat ibu kita menitis air mata kerana kita... jangan sekali-kali membuatkan guru-guru anda menitis air mata kerana selepas ibubapa guru menghampiri darjat mereka apatah lagi guru yang benar-benar ikhlas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

Bila cikgu Azizah keluar, aku terus ke kelas pelajar berkenaan panggil dia (ketika itu ada cikgu mengajar, aku tak ingat siapa) bila dia sampai ke pintu aku terus tampar. Aku pun kata "jangan kurang ajar".

Kelas itu aku mengajar subjek Fizik, Aku sebenarnya rapat juga dengan pelajar berkenaan dan pernah aku ingat dia minta duit dengan aku di kantin dan aku pernah berikan. Dia ni jenis suka menyampuk... atau bercakap di dalam kelas.

Selepas peristiwa itu aku mengajar macam biasa dan aku pun tak ada-apa. Aku jenis tidak berdendam dengan pelajar termasuk yang membuat salahlaku disiplin. Biasanya selepas kena hukum aku boleh bertegur sapa....  terpulang kepada pelajar untuk menerima aku. Aku pun tak kisah sangat hal ini. Aku menjalankan tanggungjawab. Dia serius dalam kelas tak lagi bercakap banyak semasa aku mengajar.

Dua tahun lepas, aku berjumpa pelajar tersebut, kebetulan dia datang jumpa pengetua untuk satu projek sekolah (SMKTIZ). Kami bersembang, dia cakap aku gurunya dan dihadapan pengetua dia sebut aku pernah tamparnya dan dia ingat sampai sekarang....

Aku diam aje. Aku semasa itu selamba aje.. Aku pun tak cerita kenapa aku tampar dia. Kalau dia terbaca coretan ini, dia akan tahu sebabnya... Mungkin selama ini dia tertanya-tanya dan mencari kesalahannya kenapa aku tampar dia.... dan dia mungkin tak jumpa sebab kenapa aku tiba-tiba tampar dia sedangkan sebelum ini aku sangat mesra.

Bila kita menjadi Ketua Guru Disiplin, Kita kena ada satu pendekatan khusus untuk menghayatan peraturan dan disiplin sekolah. Pendekatan ini perlu pelbagai dan ada kalanya seperti "experimen" yang boleh membawa 'celaka'.

Jika kita boleh 'langgar' keegoan pelajar, barulah kita akan di"pandang" oleh pelajar... kalau tak kita akan menjadi guru displin tunggol sahaja.

Tindakan tampar tanpa alasan, satu pendekatan yang boleh menghasilkan pelajar berfikir (kena kelas cerdiklah...).... Itupun kalau betul-betul dia orang berfikir positif... Kalau nagetif, naya kita dibuatnya.

Hari ini bila aku fikir semula..
Kenapalah Zul mung buat kerja bodoh!












2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat!!! Cerita yang mengagumkan. Tahniah.

      sila berkunjung ke site saya.

      http://donrichmanchannel.blogspot.com

      baru buat yg baharu.

      Delete