Lama aku tak masak untuk anak-anak. Hari ini kebetulan hari minggu dan aku ada masa sikit. Jadi aku cuba masakan Itali Spaghetti. Pada dasarnya aku tak suka masakan spaghetti. Pernah dulu semasa sambut harijadi anak aku di Hotel UiTM ada seorang anak aku order spaghetti. Dia tak makan pun.. aku terpaksa habiskan... dalam hati aku mee mamak lagi best.
Walaupun ini makanan tradisi Itali tapi mengikut sejarah Marco Polo menemukan dasar membuat spaghetti (mi gandum atau tepung beras) saat perjalanan ke China menjelang akhir abad ke-13 dan masakan ini dibawah balik ke eropah.
Tapi biasalah manusia suka kelaianan. Kena cuba pelbagai rasa. Jadi aku buat juga 'natang ni'.
Ramuanya mudah aje. Beli spaghetti kimball 8.50 (sos dan laksa lidinya). Kemudian beberapa ulas bawang putih dan bawang besar (aku guna bawang merah pasal cari bawang besar tak jumpa). Daging kisar, sosej dan aku tambah bebola ayam.
Rebus spaghetti dengan menitis sedikit minyak zaiton (aku ada minyak zaiton tapi anak aku tak suka)
Tumis bawang putih, bawang merah sehingga keluar bau dalam minyak sebaik-baiknya minyak zaiton. Masukkan sos spaghetti (aku guna kimball setengah orang suka prego). Masukan daging kisar.
Kacau sehingga hampir masak, kemudian masukkan sosej dan berbola ayam.
Ok boleh angkat dan hidangkan.
Angkat mee spaghetti
Ok sekarang boleh makan sekeluarga. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment