Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, June 25, 2014

Bilik tidur ibubapa jadi ruang keluarga


Hari ini saya berkesempatan bersembang dengan rakan lama. Banyak topik kami sembang akhirnya masuk kepada "BILIK TIDUR" Ibubapa menjadi ruang keluarga. Ada pro dan kontra dalam hal ini.

Ada ibubapa sangat 'regit' tak benarkan anak-anak masuk ke bilik mereka.. malah kalau nak masuk kena ketuk pintu dulu. Ada pula sangat 'liner' sehingga anak-anak lebih selesa di bilik ibu bapa daripada bilik-bilik lain sehingga 'macam bodoh' buat rumah banyak bilik tapi terbiar tak digunakan sepenuhnya sekadar menjadi stor barangan sahaja.

Saya buka perbincangan dalam pertemuan itu dengan rumah miskin dan kebanyakkan rumah nelayan dan rumah pekerja estet yang mana kalau ada bilik hanya satu sahaja. Walaupun rumah sempit tapi keluarga mereka ramai dan ibubapa menggunakan kesempatan yang minimum untuk 'kemesraan' dan ini disebut sebagai pengurusan bijak dalam kehidupan... rakan-rakan saya gelak.

Berbalik kepada bilik ibubapa yang bersifat terbuka dan anak-anak mesra dan kadang kala anak-anak tertidur disitu malah dicelah emak dan ayah...

Ada sesetengahnya anak-anak jadikan katil ibubapa sebagai 'meja study' dan menyebabkan keadaan bilik ibubapa benar-benar bersifat "ruang keluarga".

Saya sebut yang ini memang bagus sebab hubungan ibubapa dengan anak-anak akan menjadi akrab tapi sebenarnya tidak bijak kerana rumah dibina dengan pelbagai idea untuk bilik itu dan ini tetapi tidak dimanafatkan sepenuhnya... rumah menjadi hiasan semata-mata tidak 'bernyawa'.

Wah rakan saya tak jelas maksud bernyawa?

Saya nyatakan kepada mereka kenapa kita selalu disebut-sebut tentang khalifah zaman dulu hanya ada satu atau dua helai pakaian sahaja? Mereka miskin? Mereka tidak mampu?

Kalau kita buat sesuatu tetapi kita manafaatkan sepenuhnya makna benda itu tak 'bernyawa'

Satu lagi kontra dalam hal ini ialah hubungan suami isteri... Bila "ala ke tua" (menghala ke zaman ketuaan) masa romantis sudah kurang. Jika masa yang kurang itu tidak ambil kesempatan atau terganggu hubungan itu akan mejadi makin 'tawar dan bersahaja' dan jika ini berkekalan lama menjadi pula 'kebiasaan'.

Kalau sudah menjadi kebiasaan atau tak apa.... hubungan itu akan menjadi macam kehidupan atuk dan nenek kita (kehidupan orang yang sangat tua).

Saya sebut sangat berkesan perkara ini jika ayah atau si isteri sibuk dengan pelbagai urusan jadi masanya adalah terhad... kadang kala masa yang sikit itu tidak dapat dimanafaat sepenuhnya oleh suami isteri kerana tertanggu dengan kehadiran anak-anak.

Rakan saya tanya soalan itu kepada saya. "Mung macam mana Zul... mung kan sibuk mengehadap pc 24 jam??"

Saya jawab dulu saya ambil satu bilik yang ada di rumah saya. Saya jadikan bilik kedua saya. Bilik itu dilengkapkan sebagai bilik IT dan di situ ada satu katil Queen. Bilik itu sebagai bilik 'privacy'. Tapi kadang kala isteri kita tak faham pula dia ingat kita nak lari daripada dia.... kata saya. Kalau ada krisis kita boleh berkurung di situ bertemankan komputer... tak payah tidur di masjid, hotel  atau di makmal komputer.. kami semua gelak!!

Saya kata bilik itu sudah tidak ada....

Satu lagi jika bilik ibubapa sahaja ada aircond, anak-anak akan masuk ke bilik untuk merasai kenyaman udara... ini pun masalah juga kepada hubungan romantis ibubapa yang sudah mencapai penghujung usia.

Ada juga kami bincang.. siapa yang mendapat kesan lebih jika hubungan romantis 'ala tua' tidak dijaga. Suami atau isteri... Saya lebih berpendapat isteri... sebab isteri lebih bersifat memendam rasa... walahualam.

Entah ini sekadar pendapat yang disembangkan dikalangan kami untuk memberikan idea untuk menjadika keluarga lebih hormonis.

Apa pendapat anda?






No comments:

Post a Comment