Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Monday, April 22, 2013

Sotong Bakar..


Hari aku bersembang dengan Cg Noripah pasal resepi.. sambil "joke" aku tunjukkan blog ini dan minta dia masukkan aku ke dalam Panitia Kemahiran Hidup untuk mengajar memasak. Percakapan terhenti disebabkan masa itu aku ada kelas.

Hari ini sibuk sedikit, aku balik lewat. Sekitar pukul 5 ptg, kemudian teringat isteri minta beli beras siam cap pisang. Ke kedai runcit Atiqah. Tegok (lihat) kerang beli kerang RM3.50. Ikan Daun Ba'ru 'bapok' (besar) hampir besar pinggan... jarang aku lihat ikan daun ba'ru besar tu. Angkat letak, angkat letak... pikir isteri sibuk tak jadi beli... Dalam perjalan pulang rasa macam silap tak beli RM12 aje sekilo..

Dulu masa aku kecik.. aku ke pasar. Aku pilih dalam timbunan ikan.. ikan daun baru... sesupik (satu plastik) hanya RM1 aje. Goreng memang sedap. Sedap daripada ikan kikek lagi.

Lalu di pantai singgah tepi jalan beli sotong, RM15 sekilo anak murid aku semasa SMSO dulu yang menjual. Ada 3 ekor aje... RM10.



Balik rumah dalam keadaan perut lapar, nasi dah hidang tapi aku kata nak masak dulu. Dahlah pagi tadi hanya makan 4 utir kueh aje Cg Mahmood belanja. Aku pun ambil rempah ikan bakar, 2 ulas bawang putih, sedikit halia (ini adalah konflik dengan isteri, isteri aku tak letak halia), bawang besar (ini pun tak ada orang buat)

Sotong tu aku belah dengan gunting sampai ke ekor, aku tak buang kulit (orang Kelantan biasa kata manis), aku hanya buang hitamnya dan gigi aje. 



Balut dengan aluminium fosil. letak dalam kuali. Kebetulan ada kuali atas dapur yang anak Muryid, tahun 3 goreng roti dengan telur. Aku malas nak basuh. Sedar kuis-kuis sepihan roti dan telur yang melekat.


Tutup dengan tutup rice cooker untuk "Haba Pendam Perlakuran" (cari dalam buku fizik) bagi mencepatkan masakan.



Akhir sekali sotong bakar guna perencah Adabi siap di makan. Perencap ikan bakar Adabi kurang sedap kerana terlalu masam....

Tapi sotong buat macam mana pun memang sedap.. terutama yang segar baru naik... Selepas aku masak, isteri aku sambung masak untuk 2 eko lagi sotong... kami sekeluarga 'rantah' sotong...

No comments:

Post a Comment