Kalau orang tanya aku adakah hobi lain boleh mengatasi daripada mengadap komputer.. aku jawab masih belum lagi walaupun ada cubaan untuk mengubah hobi.. Entri aku dalam blog album boleh di baca..
Aku dah mula tukar hobi. Pelihara ikan pula. Aku mula dengan 2 ikor ikan jelawat. Satu hilang (
'nompak' agaknya) dan sekor lagi 'mapus keras' pasal silap tukar air (Baca
di sini). Selepas itu aku bertukar kepada 2 ekor anak keli biasa, 4 ekor ikan puyu, 3 ekor ikan sepat kuning (
gold gourami) dan 3 ekor sepat padi (
pearl gouromi).
|
Sepat kuning dan Sepat ronggeng |
Hasilnya semua ok. Lepas tu aku tambah dengan 3 ekor keli putih (
albino catfish), 3 ekor
Cobalt blue Gouromi (Jenis Sepat juga) dan 3 ekor sepat ronggeng (
blue gouromi).
|
Keli Putih (Albino Catfish) |
|
Puyu |
|
Sepat kuning dan sepat ronggeng kelihatan di permukaan |
Selapas itu aku cari ikan guppy.. ambil di sekolah aje. Mula-mula letak 10 ekor (hilang seekor -- entah puyu atau keli yang 'sebat'). Lepas tu aku tambah lagi 20 ekor. Tak sampai 2 minggu aku rasa dah ada 50-60 ekor. Memang guppy jenis kuat biak dan dia selamat dengan keli, puyu atau sepat sebab dia boleh melocat laju dan jauh bila diserang!
|
Ada terlalu banyak jenis guppy |
|
Antara jenis-jenis guppy |
|
Kelihatan Sepat Kuning, Roggeng dan Biru |
Selapas itu aku beli lagi 2 ekor sepat merah (Dwarf Gourami) dan 3 ekor sepat kuning.
|
Anak-anak aku pun asyik ke kolam. Nak ke sekolah pun
mengadap kolam |
Semasa aku pergi ke PSPN untuk projek KIK Negeri dan Daerah Dungun, anak aku lepas 2 ekor ikan sekilau siamnya kedalam kolam ini. Ikan sekilau itu tak muncul sampai hari ini. Mengikut telahan aku sekilau ini menjadi hidangan pemangsa di kolam ini sebab sekilau bukan jenis yang lincah bergerak.
|
Ikan laga siam (Ikan sekilau
orang Kelete panggil ikan karim) |
2 minggu keli biasa aku dah terlalu besar dan aku rasa tak sesuai di berada dalam komuniti kolam ini. 2 ekor keli ini aku telah keluarkan dan lepasnya dalam longkang. Biar dia makan "ogak-ogak" (jentik-jentik) dan sisa makanan...
|
Aku ambil gambar malam. Keli, sepat, puyu dan guppy
semuanya ada kelihatan |
Keli putih taklah membesar cepat macam keli kampung tu... Dia ni siang hari tak nampak batang hidung, menyorok celah batu. Tapi malam dialah raja.. makanan semuanya dia kedarahnya!
|
Malam keli suka main atas air |
Aku mula terlintas bagaimana spesis ikan lain dimasukkan sekali dengan sepat, puyu dan keli. Mungkin menarik. Aku cuba dengan 5 ekor ikan Tiger Barb. Nama latinya ialah
Puntius tetrazona dan dia ada 3 jenis iaitu tiger barb, green tiger barb (hijau kehitaman) dan albino tiger bard (merah).
|
Tiger Barb |
Ikan ini boleh membesar sehingga 7 cm sahaja. Bertelur dalam rumpai dan makan telur sendiri. Boleh bertelur 300 - 500 biji dan kerap bertelur. Paling cantik pelihara sekawan 6 - 10 ekor.
|
Dalam akurium nampak macam ni |
Ikan ini bergerak terlalu laju dan tak berhenti-henti sehingga anak aku kata "ayah ikan ni dok lenggah ke?".
Esok hari seekor ikan ini mati. Mungkin diserang oleh ikan lain. Aku dapat satu petua. Bila komuniti ikan telah banyak, jangan lepas ikan baru sebarangan. Jadi cara terbaik bagi makan hujung kolam dan lepas ikan baru di sebelah hujung satu lagi supaya ikan yang sedia ada tak kejar ikan baru yang dianggap musuh.
|
Tiger bard dan albino tiger bard |
|
Albino tiger bard dan green tiger bard |
Aku dah mula jadi "gila" aku beli lagi 3 ekor Albino tiger bard, 3 ekor green tiger bard dan 3 ekor Cobalt Gourami (sepat biru kecil macam ikan sekilau).
|
Cobalt Blue Gourami |
Pagi esoknya ikan cobalt blue gourami macam nak mati, macam peribahasa nyawa-nyawa ikan. Hangus dua rial dalam hati aku... AKu tangkap nak buang masih hidup, jadi aku masukkan semula. Balik sekolah aku tak nampak pun bangkai.. mungkin segar semula.
Aku kedai lagi walaupun pukul 6 lebih. Aku balik sekolah lewat hari ini 5.30 petang pasal siapkan slip PMR online. Sempat beli ikan 6 ekor "Black Widow Tetra" dan 3 ekor sepat kuning.
|
Black Widow Tetra |
Ikan ini bergerak macam Tiger Barb laju dan sekawan. Cantik kalau ada 6 atau lebih. Boleh membesar sehingga 6 cm. Bukan berasal daripada asia. Tak tahu apa terjadi esoknya hidup atau mati, sekadar aku cuba campur dalam komuniti berbeza.
Aku pun cakap kepada isteri aku, aku nak puasa beli ikan selama 2 minggu (15 hari)... he he he
|
Sepat Roggeng (sepat rawa atau blue gourami) |
|
Sepat Merah (Dwarf Gourami) |
|
Sepat Kuning (sepat siam atau gold gourami) |
|
Satu lagi spesis Sepat Merah (Honey red gourami) |
|
Sepat Padi (Sepat Mutiara atau Pearl Gourami) |
|
Sepat Siam |
|
Sepat Kedah |
Kalau ikut kategori gourami ada 93 jenis... kalui pun masuk dalam kategori ini. Walahualam
No comments:
Post a Comment