Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, July 22, 2011

Anak yang mengkhianati ayah

Aku di SMKSO sekitar 1997

Anak anugerah Allah untuk pasangan ibu bapa. Penyeri keluarga. Ada orang kata kekekayaan dan kemewahaan itu adalah rezeki anak. Tapi rezeki itu bukanlah satu-satu penyebab datang daripada anak. Anak soleh adalah penyambung kepada amalan setelah kita tidak ada di dunia ini lagi.

Dalam masa yang sama kita jangan lupa anak juga adalah dugaan Allah ke atas diri kita. Tanggungjawab kita terhadap anak sehingga dia dewasa.

Dulu aku adalah seorang Ketua Guru Disiplin di SMK Sultan Omar. Tujuh tahun sebagai Ketua Guru Disiplin bermula daripada 1997 telah mengajar aku mengenal erti bagaimana sukarnya kalau ada anak-anak yang nakal perlukan bimbingan yang keras... ya masalah mengurus dan mentadbir tabiat dan perilaku anak-anak, apatah lagi anak-anak itu bukan anak kita sendiri, ketika itu aku masih belum kahwin dan di awal perkahwinan.

Menjadi Ketua Guru Disiplin di Sekolah SMKSO pada masa itu bukan pilihan terbaik. Masih ingat cikgu Hailee Omar menasihatkan aku jangan ambil jawatan ini. Katanya engkau akan menjadi panas barang. Darah sentiasa tinggi akibat perasaan marah yang berpanjangan. Tapi aku masih berdegil dengan alasan aku boleh kawal...

Malah Puan Hajjah Salmah (sekarang pengetua) sendiri pun tidak bersetuju dengan jawatan ini, walaupun beliau cukup mengharapakan aku membantunya kerana masa itu beliau adalah Penolong Hal Ehwal Murid (HEM). Aku tak tahu berapa ramai yang minta jawatan ini, tapi memang aku setuju 'orang gila' sahaja nakkan jawatan ini. Diberikan jawatan memang kita akur tapi minta jawatan yang membeban ini suatu diluar kebiasaan.  

Pengawas berkawal di pintu belakang sekolah
Tapi sampai hari ini aku masih menganggap jawatan itu adalah yang terbaik untuk aku... dan itulah jawatan paling aku suka dan banyak mengenangkan kenangan. Nanti aku tulis jika diberikan keizinan olehNya. Kalau nak ditulis pasal disiplin memang banyak, rasanya tak larat pula anda semua nak membaca.

Hari ini aku nak pilih satu isu iaitu bagaimana anak boleh mengkhinati ayahnya. Pengalaman ini aku nak kongsikan kepada pembaca agar menjadi suatu pengajaran yang baik.

Aku ada seorang kawan, kami bersama dalam kerja khidmat sosial, malah aku ada "kena waris" dengan dia walaupun jauh. Oleh kerana kami rapat dan selalu berjumpa setiap hari terutama di surau, aku anggap anaknya pun macam keluarga sendiri.

Aku selalu awasi  anak lelakinya yang agak nakal dan menghisap rokok. Peritiwa mengawasi ini berlaku semenjak anaknya masuk tingkatan 1 sehingga tingakatan 5. Tapi malangnya pada tingkatan 5 aku tangkap anaknya menghisap rokok kesan daripada bauan asap rokok.

Pelajar kalau lihat aku lari lintang pukang.
Aku ni ibarat harimau bagi mereka

Aku entah apa Allah bagi, kalau budak hisap rokok lalu dihadapan kelas aku sedang mengajarpun aku terbau asap rokok tersebut. Bau ini datang sekali sahaja selepas itu tak akan berbau lagi. Jadi aku ini amat ditakuti oleh pelajar... eeh macam "anjing pengesan dadah" kata dia orang. Keistimewaan ini agak lebih ketara kalau aku selsema.

Aku tangkap 3 orang pelajar sekumpulan dengan keistewaan ini dan semuanya mengaku menghisap rokok kecuali anak kawan aku. Oleh kerana kes ini tak ada bukti dan hanya pengakuan daripada 2 rakannya yang bersama. Kes ini menjadi tidak kukuh.

Oleh itu aku rasa sebagai kawan aku panggil ayahnya datang dengan harapan dia boleh membantu anaknya kerana anaknya sudah tingkatan 5 perlu berikan tumpuan kepada SPM kerana anaknya di kelas 5 Mulia dan antara pelajar terbaik kelas itu.

Tapi malangnya anaknya tidak mengaku dihadapan ayahnya, malah 2 rakanya juga telah digunakan untuk berbohong kepada ayahnya. 2 rakannya telah pergi ke rumahnya untuk memberitahu ayah pelajar tersebut bahawa 2 orang sahaja yang hisap rokok dan anaknya sekadar berada di situ.

Aku tak tahu kenapa tiba-tiba kawan baik aku datang dengan nada marah, marahkan aku di sekolah dan nak tampar aku. Aku pun tak banyak cakap sekadar kata "mung pakai piah (kupiah) saja, kalau dok puas hati selesai luar" Aku terus tinggalkan bilik disiplin.

Malam itu aku keluar rumah dengan pakai baju t-shirt dan berkasut, isteri aku hairan. Hanya aku pesan jika ada orang datang ke rumah berita aku tunggu dia di suatu tempat yang aku tak perlu aku nyatakan di blog ini. Tapi al hamdulillah tak apa kejadian tak diingin berlaku dan isteri aku sampai hari ini pun tak tahu kenapa aku pelik malam itu. Kalau dia terbaca coretan ini mungkin dia boleh menginggatinya kembali.....

Pelajar biasanya couple waktu hampir nak pulang
kerana masa itu ada lagi kelas lewat waktu pengajarannya
.
Aku kecewa kerana kawan baik menjadi terlalu bodoh dalam hal ini, takkan aku bodoh sangat nak kenakan anak dia... yang aku dah anggap sebagai keluarga. Aku juga kecewa kerana ada guru disiplin yang tahu hal sebenar dan rapat dengan dia tidak buat apa-apa pun atas kepentingan, yang memberikan aku pengajaran bagaimana untuk mengenai erti rakan sekerja!

Aku di kantin sekolah. Tapi aku banyak sarapan di luar
terutama dengan Cikgu Awang  Junoh (sekarang ini pengetua)
kerana  alasan 'ronda'  cari budak ponteng
Selepas beberapa hari 2 pelajar itu datang dan memberitahu apa yang berlaku mengenai dia terpaksa berbohong untuk menyelamatkan kawannya daripada dipukul oleh ayahnya yang terkenal seorang yang garang!

Sampai hari ini kawan aku itu tak pernah tegur aku, dia putuskan silaturahim atas peritiwa itu. Dia walapun warak tapi dia tidak mengendahkan amaran Allah tentang silaturahim... Dan anaknya adalah penyebab. Aku angggap anak seperti anak yang membebankan ayah dengan dosa-dosa adalah pengkhianat kepada ayah sendiri.

Aku nak dedahkan di sini, peristiwa ini cukup menghiris hati aku kerana aku tak boleh terima seorang anak boleh mempergunakan ayahnya untuk memusuhi sahabat ayahnya dengan cerita bohong untuk selamat diri (atas kepentingan diri). Biar apa terjadi pada ayahnya.


Cikgu Hassim Safar adalah Ketua Guru Disiplin  sesi petang
Seorang yang warak dan tegas serta berdidikasi. aku cukup senang
bekerja dengan dia.
Rintihan hati ini bak kata adalah doa kita kepada Allah s.w.t. atas keikhlasan kita menjalankan tanggungjawab. Ikhlas hanya kita sahaja yang mengetahui. Pasal itu disebut pelacur yang memberi minum anjing yang dahaga boleh masuk syurga.

Cikgu Kamaruddin
Aku tak pasti aku pernah meluahkannya kepada seseorang tentang peristiwa ini, tapi aku masih ingat bila keluar result SPM, cikgu Kamarudin (sekarang ini dia mengajar di Kuala Terengganu) panggil aku, "Zul, Zul mari sebentar. Mung ada dok sumpah xxxxx (nama) anak xxxx (nama ayah dia)?".

Aku jawab "dook"

Dia tunjukkan result SPM, 9 untuk semua subjek kecuali satu sahaja 8.

Perhimpunan di SMKSO
Orang kata "sumpah", tapi sebenarnya rintihan doa. Aku banyak kali semasa perhimpunan menerangkan kepada pelajar jangan melawan cikgu kadang-kala kita tak sedar cikgu yang mengajar kita dengan ikhlas bila dia terasa hati dia akan terdoakan kita sesuatu yang buruk. Biasanya doa seoarang guru menghampiri doa ibubapa, jika dia benar-benar mengharapkan sesuatu yang baik kepada kita.

Cikgu Shukri Abdullah mengantikan aku
sebagai Ketua Guru Disiplin bila Cikgu Jain
nak aku tumpukan kepada ICT
Sebab itu aku pernah tampar seorang pelajar yang baik dengan aku (pernah aku bagi duit kepada dia kerana rapat dengan aku) atas semata-mata dia kurang ajar dengan cikgu perempuan sehingga menangis cikgu perempuan tersebut.

Dia memang tak puas hati kepada aku sebab apa aku tampar dia. Pernah jumpa aku dia di SMKTIZ, dia ungkit lagi pasal tampar tu!!

Aku tak jelaskan kepadanya tapi kalau dia terbaca dan nak tahukan sebabnya ialah aku takut doa cikgu perempuan itu boleh binasakan masa depan dia. Ingat doa sahaja yang BOLEH mengubah qadha Allah.


Sebahagian cikgu SMKSO termasuk allahyaham Azli Husin
Banyak peritiwa yang berlaku diluar jangkaan kita. Apapun tugas yang kita lakukan kita mesti laku sebaik mungkin dan seikhlasnya  sebab Allah pasti akan bersama dengan hambaNya yang benar-benar menjalankan tanggungjawab bukan untuk mencari kepentingan di dunia yang tak seberapa ini.

Banyak peristiwa manarik, lucu, sedih dan menyiksaakan semasa aku menjadi Ketua Guru Disiplin... nanti aku akan tulis buku untuk berasing dengan buku "Merai Kehidupan" (untuk yang mengetahui sahaja....)







1 comment: