Soalan ini aku terbaca di internet dan aku terasa nak juga tahu "menantang apa" lebihnya Corel DESIGNER ini? Sebelum ini minda aku tertutup Corel DESIGNER hanya untuk grafik teknikal termasuk buat pelan dan kejuruteraan sahaja (untuk CAD).
Aku mula download, Corel DESIGNER Technical Suite X5 daripada laman asalnya hanya sekitar 807MB sahaja.
Bila nak install, kena buang CorelDraw yang tersedia ada. Rupa-rupa pakej ini telah ada dengan CorelDraw sekali.
Corel DESIGNER yang diintaller adalah seperti berikut:-
Klik untuk besarkan |
Klik untuk besarkan |
Tapi mula hari ini, siapa yang minta installer CorelDraw daripada aku; akan aku bagi pakej ini, yakni termasuk Corel DESIGNER sekali. Tak rugi sekadar memenuhi harddisk kita yang besar sahaja.
Dah terlanjur bercakap pasal CorelDraw ada juga yang nak tahu bila aku menggunakan software ini?
Aku mula guna CorelDraw versi 4, akhir tahun 1994. Masa itu installernya 8 keping Disket. Mat Haslim seoarng penjual komputer, juga kawan aku yang banyak mengalakkannya. (CorelDraw ver. 4 - 1993, Included Corel PHOTO-PAINT* (for bitmap editing), CorelSHOW (for creating on-screen presentations), CorelCHART (for graphic charts), CorelMOVE for animation, Mosaic and CorelTRACE (for vectorizing bitmaps). Multi-page capabilities, Powerlines, support for graphic tablets, Clone tool, elastic node editing, Envelope tool.)
Yang guna CorelDraw di Dungun pada masa itu, yang aku ingat, Syed Watan Niaga (Kedai Cetak), Aziz (Kedai Kreatif Art), Rohim WansaMaju (kedai Cetak), Mat Yasim Pegawai PPD masa tu, sekarang Pegetua. (Pinjam installer coreldraw 4 aku aku sampai hari ini tak hantar) dan Aziz (kedai Komputer, pekerja AAOpen)
Aku tak minat mana CorelDraw pada masa itu, aku berpendapat nak lukis lebih mudah guna Amipro 3.0. Pasal kebolehan aku melukis dengan baik menggunakan Amipro termasuk melukis "Tolok Skru Micrometer" dengan skalanya sekali.(Aku bukan pengguna Microsoft Word)
CorelDraw 5 keluar, masa itu intallernya ada dalam "CD Master Inteller" antara CD inteller paling top zaman awal CDROM 2 speed berharga RM750.00
Kemudian aku beli CD untuk CorelDraw 6, 3 keping dengan harga RM27. Asalnya ada 4 keping tak nak jimat duit tak beli CD yang ke empat.
CorelDraw 7 tak sempat nak beli, keluar CorelDraw 8., 9 dan 10.
Antara CorelDraw 9 dan 10 aku mula mengenai mereka-mereka ini Yusri, Anuar, Subky, Amir, Mahadi dll
Aku mula menjadi pengguna CorelDraw tegar pada versi ke 10. Masa tu aku tak guna Photoshop aku guna CorelPhoto Paint. Ingat lagi masa duduk sebilik dengan Ustaz Mahadi, aku selalu bandingkan CorelPhoto Paint dengan Photoshop... masa tu Photoshop versi 6 atau 7.
Bila aku bertukar kepada Photoshop? Ini citer menarik.. Aku masih ingat lagi Ustaz Mahadi tergelak nasib baik tak tergolek bila aku jadi Fasilitator untuk kursus Photoshop di Ti-Man. Nanti ada masa aku tulis pasal citer ini. (Photoshop berbeza dengan CorelDraw, nak bandingkan CorelDraw bandingkan dengan Adobe Illistrator)
Mulai CorelDraw X3 aku tak beli lagi, aku mula download (jimat pitih)
Sekarang aku masih beranggapan CorelDraw yang terbaik, buku rekod, surat malah nak buat notis nak tampal di dinding pun aku guna CorelDraw....
No comments:
Post a Comment