Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, September 16, 2009

Hari Pertama Mengajar Tingkatan 6

9.00 pagi aku ke kelas 6 Intan 3, 'sekor habuk' tak 'dok' dalam kelas. Aku ke Perpustakaan, rupa-rupa dia orang lepak di situ. Ada yang main games.

Kenapa main games? Dia orang menjawab internet tak boleh cikgu. Aku lihat setting pada komputer tersebut, rupa-rupanya ada yang dah menukar setting IP kepada NetBios. Ini semua kerja 'kaki download' di sekolah ini.

Kepala aku terbayang, ini mesti kerja si Shafiq.


[Pic: Pelajar tingkatan 6 sedang menggunakan komputer]

Aku tawar di orang ke Makmal ICT untuk akses internet di sana. Dia orang setuju. 8 orang semuanya. Sepatutnya kelas 6 Intan 3 ada 17 orang. Kenapa hilang. Jawapan serentak daripada dia orang "honeymoon" selepas exam cikgu!

Semasa di Makmal aku pesan tentang beberapa perkara terutama soal pemantau oleh CCTV oleh pihak pentadbir. Tingkatan 6 ni kira besor panjang semuanya jangan buat malu.

Entah tiba-tiba aku terasa untuk memanafaatkan masa yang ada dengan info yang berguna. Aku mula tanya tentang e-mel. Adakah semuanya ada e-mel.

Aku mula mengajar bagaimana membina e-mel, membina blogspot untuk menjadi blogger.

No comments:

Post a Comment