Zaman aku bujang dulu, banyak perkakas dapur aku beli, termasuklah
microwaves. Masa aku beli dulu emak aku berlebel
"nak wat menda got Zul weh!". Dulu microwaves agak mahal. Beli microwaves dibekalkan video tape VHS. Tonton dulu cara menggunakannya. 1 jam lebih aku habis masa belajar memasak dengan video tapes. Kalau tak ada
tapedecoder, mampuslah tak boleh guna microwaves dengan betullah.
Oleh kerana emak aku tak suka, aku dan abang aku Hamzah yang dah meninggal adalah pengguna setia 'menatang tu'. Buat teh o pun guna microwaves, mudah aje masukkan air, gula dan teh ucang pada cawan yang tahan microwaves, pilih 1 minit. Teh O siap untuk diminum. Kalau members datang ke rumah, teh sejuk dalam teko aku panaskan. Dia terkejut cepat engkau buat air. Anak tukang masak!!! jawab aku mematikan hujah.